Jun 20, 2011

Terima Kasih dan Tahniah.

walaupun telah lebih dua minggu bergelar isteri, namun ucapan tahniah dan doa dari sahabat-sahabat tersayang masih belum putus-putus. terima kasih yang tak terhingga buat mereka-mereka yang comel lagi cantik yang tak pernah lupa akan diri ini. walaupun tidak dapat hadir ke majlis, tapi mereka tetap mendoakan kami. sungguh terharu sampai rasa nak menangis sob sob sob T____T TERIMA KASIH berjuta-juta laki kali. teruja nak ucapkan terima kasih sampai lupa nak bagi salam. (padahal sebelum-sebelum ni jarang pun bagi salam *lempang*)


Assalamualaikum saudara-saudaraku sekalian. diharapkan semoga semuanya sihat pada hari monday blues ini. almaklum baru start kerja setelah cuti dua hari. aku sendiri macam malas-malas je nak bangun pagi tadi tapi terpaksa la bangun juga sebab dah kerja kan. tiba-tiba rasa nak jadi suri rumah sepenuh masa pulak, boleh duduk lepak kat rumah sambil tengok tv dan tunggu suami pulang dari kerja. haha. lepas tu baru jadi suri rumah dua hari engkau pun mula bosan tahap gaban macam mati kutu dan lepas tu mata lebam sebab asyik mengadap tv saja. yelah, duduk sorang sorang macam kera sumbang sampai tak tahu nak buat apa. lebih baik kerja kat pejabat. melalut apa la ni..sudah sudah!

ok berbalik kepada tajuk asal. setelah dihujani dengan ucapan tahniah, jadi saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada sahabat alam maya saya yang cantik kerana telah melahirkan seorang bayi perempuan yang comel. hoyeah hoyeah..seronoknya dapat baby. tahniah kepada MAMA ATIE kerana telah selamat melahirkan anak beliau yang di beri nama NUR QISYA SURFINA. alololo comel sangat la anak kamu. rasa macam nak picit-picit je. yang bestnya Qisha lahir sama tarikh dengan hari ulangtahun perkahwinan mama dan papa dia.. wah wah..hebat sungguh perancangan Allah kan? nanti sambut birthday anak sekali dengan annivesary la ye..
pic dari facebook mama qisya ^^ comel kan?

tahniah sekali lagi buat atie dan fahmie diatas kelahiran orang baru dan juga ulangtahun perkahwinan yang pertama. moga qisya menjadi anak yang solehah, taat kepada ibu bapa dan Allah. moga dengan kelahiran qisha ini akan memberi lebih kebahagiaan kepada rumah tangga kalian. 

cukup sampai disini untuk kali ini. jumpa  lagi..

p/s - kepada yang belum berkahwin, didoakan moga kalian cepat-cepat bertemu jodoh. amin ^^

terima kasih sudi baca ^^


6 respons:

MamiAina said... [Reply to comment]

salam..hehhe.. cntik akk dlm pic tuh.. huhu thank doa kn kat owg2 yg single2 nie.. ngeh...

yana-feehily said... [Reply to comment]

hehehhee..yela, sbb seronok kawen ni so nak la jgk org lain cepat2 kawen.. ^^

MamiAina said... [Reply to comment]

heheh.. tersgt teruja kak... thank... "mak nurul nk kwen gak!!.."leh tak ckp cm tuh.. hahaha.. mmber2 ain pown dh bnyak kwen.. jeles tgk nye.. huhu

yana-feehily said... [Reply to comment]

hahahaa..boleh2 no hal je..ce cakap ce cakap. ada bran?

Anonymous said... [Reply to comment]

damha...selamat pengantin baru puan yana..maaf kerna terlewat wat ucapan...he3333..moga2 bahgia hingga keakhir hayat...

atIEsAyAnGkAmU said... [Reply to comment]

selamat penanten bawuuu syg...
alahai..mcm da lambat2 sgt kan..
hehehe...

maceh wat entri pasal qisya..so touch!!!!
luv u n misz u~~~~

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya