Jun 20, 2011

Pesanan Buat Diri Sendiri.

Assalamualaikum.

diwaktu petang yang tak tahu nak buat apa ni, jadi dengan rajin dirinya aku mengupdate blog. kalau update blog tu rajin la, kalau tak update tu rajin juga. rajin membuta. bahahaha. selepas kahwin ni berat aku naik mendadak kot sampai jumpa encik penimbang pun aku buat-buat tak nampak dan kalau boleh rasa macam nak kata wahai penimbang berat badan, sila jauhkan diri anda dari saya. dulu berat 45kg saja. sekarang tak payah tanya la, angka 4 tu pun dah tak ada. abaikan semua tu. bukan itu yang hendak dipersoalkan. nanti-nanti aku diet balik. sengal.

sejak dari bulan puasa tahun lepas aku jadi penumpang tegar di rumah raudhatus sakinah. as a manager aku sepatutnya duduk di ofis kat melawati saja tapi disebabkan ada hal-hal tertentu aku terus bertukar status dari pelancong kepada pemastautin di sungai buloh sana. jadi sepanjang masa disana hanya sekali sekala aku akan ke ofis atas urusan yang memerlukan aku ke situ. dan sepanjang waktu itu, aku memang dah tak jawab panggilan dari insan-insan yang memerlukan pertolongan di ofis melainkan dari handphone sahaja dan seterusnya badan aku terus mekar mengembang sehingga hari ni. manyak sedih T__T

kerja di rumah bimbingan ni memang banyak cabarannya. duduk di sungai buloh memang seronok sebab ada kawan-kawan (warden) tapi kadang-kadang tak tahan jugak dengan sikap adik-adik pelatih (penghuni rumah). pening nak layan karenah diorang tapi insyaallah ikhlas dalam melaksanakan tugasan. tapi kalau kadang-kadang tu mengeluh dan komplen masih dikira ikhlas lagi ke? *ketuk kepala sendiri*

sekarang dah kembali bertugas di ofis, tidak lagi di sungai buloh dan rutin harian juga kembali kepada asal macam waktu mula-mula kerja dulu. yang paling utama ialah menjawab panggilan telefon sampai rasa macam dah tak nak jawab. boleh ke? kadang-kadang aku buat tak tau jugak. ye la, baru letak lepas tu terus bunyi, bunyi dan bunyi lagi. masa tu rasa sedih sangat tahu? bukan sebab penat jawab call tapi sedih sebab memikirkan betapa banyaknya masalah sosial masa sekarang.

bertambah sedih bila yang call tu hanya untuk nak tumpang bersalin saja. apa kau ingat ini rumah tumpangan yang anak kau tumpang masa dia buat projek dulu ke? geram ni, geram ni. tapi tak ada la aku jawab macam itu kan. kena cakap elok-elok tapi kasi pedas sikit. biar meleleh air mata kau seterusnya moga-moga hadir keinsafan pulak lepas tu. serius memang penat nak bercakap dengan orang yang tak reti bahasa ni. anak dia mengandung tu bukan masalah besar bagi dia. lepas anak dia bersalin segala masalah akan selesai macam itu saja. liberal betul kebanyakan mak ayah zaman sekarang ni. nak tutup malu dengan manusia saja. sebelum baby lahir bukan main dia suruh anak dia gugurkan kandungan tapi lepas baby lahir dan kita cadangkan untuk serahkan kepada keluarga angkat, tiba-tiba nak bela sendiri dan cakap, ini cucu saya keturunan saya. eh engkau ni cakap macam pa**a. mula-mula cakap lain konon-konon macam malu. tapi lepas tu dah tak tahu mana dia campak perasaan malu tu. dengan Allah yang dah bagi kita macam-macam kesenangan ni tak pulak dia tahu malu. dasar tak sedar diri. bukan semua ibu bapa ye, hanya segelintir yang aku jumpa saja.

macam-macam pengalaman bila kerja kat sini dan macam-macam perangai manusia yang aku jumpa. kalau mak ayah ok, maka insyaallah anak yang dibimbing akan jadi ok. tapi kalau anak ok mak ayah pulak KO, susah la anak nak berubah. memang la iman tak dapat diwarisi tapi sikap ibu bapa tu sendiri satu pengaruh besar juga pada anak-anak. kalau ibu bapa bersikap macam ketam yang mengajar anak jalan lurus tapi dia sendiri jalan bengkok, payah la anak nak jalan lurus sebab contoh didepan mata sendiri pun dah tak betul. jadi nak salahkan siapa kalau dah anak jadi bohsia, bohjan, pelacur dan sebagainya?

bukan niat aku nak salahkan ibu bapa. ya, ada juga ibu bapa yang dah didik anak dengan sempurna tapi anak dia tetap nak ikut perangai syaitan dan untuk kes ni mesti ramai yang tanya, ha ni macam mana pulak kan? semua itu ujian dan dugaan. tapi sekurang-kurangnya kita kena fikir yang ibu bapa tersebut dah bagi didikan yang baik tapi yang menentukan anak itu jadi baik atau sebaliknya hanyalah Allah. betul tak? macam kita sendiri, walaupun kita solat puasa dan sebagainya, tapi belum tentu dijamin masuk syurga. tapi sekurang-kurangnya kita dah usaha untuk buat apa yang Allah perintahkan. dan segala anggota badan akan jadi saksi diakhirat kelak. macam itu juga bagi ibu bapa yang yang dah didik anak dia dengan baik tadi. sekurang-kurangnya dia boleh jawab bila Allah tanya nanti.

korang cuba buat penilaian dialog dibawah, mana satu yang baik dan yang tak baik.

situasi 1;

A : anak saya mengandung tanpa suami. dah masuk 7 bulan. boleh ke nak dihantar ke rumah ni?
B : boleh tapi kena interview dulu la. kat sini kena duduk 13 bulan untuk temboh bimbingan.
A : bimbingan macam mana tu?
B : bimbingan untuk betulkan akidah mereka. supaya mereka berubah menjadi insan yang baik.
A : oh anak saya tak la jahat pun, dia cuma mengandung saja.
B : &@%&*& (rasa macam nak lempang laju-laju)

situasi 2;

ibu    : kakak duduk sini baik-baik. ikut cakap warden. solat n taubat banyak2.
anak : *diam*
ibu    : dalam tempoh 3 tahun ni mak nak kakak berubah.

staf : kenapa puan cakap sampai 3 tahun? tempoh bimbingan cuma setahun lebih saja.
ibu  : biar saya cakap macam tu puan, dia tu bukan buat salah kecik. dia berzina, dosa besar. bukan biasa-biasa. mengandung pulak. biar dia serik dan lepas ni mudah-mudahan dia tak buat lagi.

for sure ramai yang jawab situasi 2 adalah ibu bapa yang baik. kalau yang jawab situasi 1 tu baik, aku pun tak tahulah nak cakap macam mana. terpulang pada diri masing-masing.

macam ini lah ragam manusia. kalau macam situasi 2, datanglah sepuluh kes pun aku sanggup terima dengan hati terbuka. itu adalah contoh ibu bapa yang  bertanggungjawab terhadap anaknya dan tak mudah nak menyebelahi anak. anak dia saja yang memilih jalan salah. tapi kalau situasi 1 tu memang tak tahan. tu belum lagi yang cakap eh mana boleh duduk situ lama-lama, anak saya kena masuk belajar. itu penting untuk masa depan dia. memang dasar manusia yang jadi hamba dunia betul la. nanti anak kau melalak sebab masuk api neraka, time tu kau nak jawab apa pulak? masa baru nak sedar yang akhirat lagi penting dari dunia. time tu tak dapat buat apa la der..kau menangis macam mana pun tengok saja anak kau terbakar. silap-silap kau dibakar sekali. nauzubillah.

kadang-kadang aku laser jugak dengan orang-orang macam ni. maaf ye encik, bagi kami yang lebih penting adalah akidah dia. itu yang perlu diperbetulkan. sambung belajar bila-bila pun boleh. tapi terpulang kepada pihak encik lah. kalau encik memang lebih pentingkan pelajaran anak encik terpulanglah, teruskan sambung belajar. tapi bab akidah ni mana boleh tangguh-tangguh. *buatnya ajal sampai, tak sempat taubat susah juga. encik fikir sendiri. (*ayat tambahan)

bila dah macam-macam pengalaman dilalui, rasa macam nak buat novel pun ada juga.tiba-tiba bersemangat waja nak menaip cerita-cerita ini lepas tu nak buat skrip drama dan terus ditayangkan di tv seterusnya wow aku jadi glemer dan kaya. sila lempang kalau aku terlebih berangan supaya kembali sedar T___T tapi tak tahu nak mula dari mana dan ending macam mana. hmm mungkin aku boleh mula..eh tak payah cerita kat sini la kan. nanti bila dah jadi baru boleh cakap. konon la..

abaikan sifat berangan aku (mudah-mudahan jadi kenyataan) dan marilah kita kembali ke dunia yang sebenar. kesimpulan dari cerita-cerita di atas ialah apabila kita menjadi ibu bapa kelak, maka didiklah anak-anak mengikut ajaran alquran dan sunnah sebagaimana hadith wasiat nabi s.a.w berpeganglah kepada alquran dan assunnah nescaya takkan sesat selama-lamanya. insyallah dengan berpegang kepada ajaran alquran dan sunnah diri kita akan terpelihara dan terhindar dari melakukan perkara mungkar. mungkin akan ada ujian dan dugaan dalam pada itu tapi insyaallah dengan iman dan taqwa kita akan dikembalikan semula ke jalan benar tak kira dengan apa cara pun. melentur buluh biarlah dari rebungnya. sebagai ibu bapa kita adalah contoh terbaik dan terdekat bagi anak kita. anak ibarat kain putih, terpulang kepada kita untuk mencoraknya.

jumpa lagi..

p/s - persiapan dan persediaan untuk menjadi ibu bapa. pesanan untuk diri sendiri.

terima kasih sudi baca ^^

3 respons:

fara anak abah said... [Reply to comment]

saya dtg india,naik dekat 20 kg..haaa...lagi laa..

yana-feehily said... [Reply to comment]

wah..lg sakan tu ^^ takpe janji hati senang kan...

Anonymous said... [Reply to comment]

damha....slm yana...yana keje bhg apa ek...he333

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya