Assalamualaikum.
Diam tak diam sudah 16 hari berpuasa, sedar tak sedar ramadhan yang berkat ini bakal meninggalkan kita tak lama lagi. Tahun depan tak tentu lagi kita dapat bertemu dengan bulan yang mulia ini.
Siapa yang masih puasa penuh sila angkat tangan! Satu dua tiga eh semua tak puasa penuh. Aku je yang masih bertahan 16 hari puasa. Haha..Ok tak lawak. Mari kita bercerita pasal pengalaman puasa masa kita kecik-kecik atau lebih dikenali sebagai zaman tiada masalah. Eh siapa kata tak ada masalah, time gaduh dengan kawan-kawan, time tak ada duit macam kawan-kawan lain semua itu masalah apa?
Aku start berpuasa penuh bermula dari umur 7 tahun. Tiada paksaan, tiada upah yang dijanjikan oleh mak dan abah. Aku sendiri sukarela nak puasa penuh. Ini bukan riak. Zaman itu berapa kerat sangat ibu bapa dikampung macam mak abah aku janji nak bagi sehari seringgit bila anak dia puasa. Walaupun mak abah asalnya berkenalan di Petaling Jaya tapi mereka tidak menerapkan budaya upah mengupah ini tak kira dalam apa jua perkara. Walaupun aku dapat tempat pertama dalam kelas, tiada hadiah khusus dari mak dan abah. Cukuplah hadiah yang berlambak-lambak yang aku dapat disekolah. Banyaknya hadiah yang aku dapat disebabkan tempat pertama dan hadiah matapelajaran terbaik (setiap subjek dapat 100 markah) tapi akhirnya abang aku juga yang bertuah sebab kebanyakan hadiah masa tu ialah water color yang budak darjah satu tak pandai pun nak guna.
Dua tahun aku berpuasa penuh (darjah 1 dan 2) tapi darjah 3 terpaksa ponteng. Bukan suka-suka tapi demam yang teruk sampai muntah hijau! Masa tu punya la sayang nak buka walaupun mak berkali-kali paksa. Arwah tok pun sama. Akhirnya saya tewas jua apabila terpandang buah anggur dalam peti sejuk. Dengan muka tak malu mintak izin pada mak, "Mak..Kakak nak bukak posa.." maka tak cukuplah puasa aku untuk tahun itu.T____T
Walaupun mak dan abah tak pernah menerapkan budaya upah tapi dapat dapat juga hadiah setelah penat berpuasa menahan lapar dahaga semasa berumur 7 tahun. On the way nak balik ke kampung abah di Jitra untuk menyambut aidilfitri, abah berhenti di kedai emas dan belikan saya gelang emas yang ada loceng. Tapi masa tu aku rasa seronok sebab ada loceng saja. Manalah tahu emas itu mahal (masa tu masih murah) dan ianya adalah satu pelaburan yang menguntungkan. Sepupu-sepupu yang ikut pun dapat juga tapi mereka punya bukan emas betul lah. Cuma emas celup. Bila kena air warna emas pun luntur. Aku punya tak! ^____^
Semasa darjah 2 kalau tak silap aku dapat pula jam tangan Alba. Tak pasal-pasal abang pun dapat juga. Tapi jam itu aku tak pasti hadiah untuk apa. Abah macam tu lah, bukan nak beritahu. Lagipun masa tu bukan aku tahu itu hadiah ke apa sebab abah tak balut cantik-cantik. Beli dan terus pakai sebab aku pun ikut sekali pergi beli. Lepas dah besar sikit dapat basikal. Yang saya hairan sangat kenapa apa benda yang aku dapat (kecuali emas) abang pun dapat sama padahal dia tak pernah buat apa-apa yang membanggakan mak abah (ayat cemburu?). Tapi sekarang aku suka sangat kalau dapay hadiah yang berbalut. Sanggup buka hadiah tengok benda apa dan balut balik cantik-cantik.
Dah melalut pasal hadiah pula. Berbalik kepada kisah berpuasa waktu kecik-kecik, hari tu tengok nasi lemak kopi 0 di tv9 dan tetamu undangan budak-budak kecik sebab topiknya puasa dan masa tu baru nak mula puasa kalau tak silap. Temamunya dua orang lelaki, adik Fimie dan adik Haziq, seorang perempuan tak inga nama siapa tapi dia tu peserta idola kecil. Masing-masing bercerita pengalaman puasa dan yang paling tak tahan cerita Haziq. Kreatif betul dia curi minum masa mandi. Caranya dia sedut air yang lalu kat mulut dia masa dia jirus air kat kepala. Saya tak pernah terfikir pun nak buat macam tu. Betul tak tipu!
Walaupun aku puasa penuh umur 7 tahun tapi tak la bangga sangat sebab anak sepupu aku puasa penuh start umur 6 tahun. Adik aku yang nombor lima pun sama. Tapi yang 5 lagi semuanya hampeh belaka. Tak boleh diharap puasa penuh masa kecik. Adik yang bongsu lagi la. Mentang-mentang bongsu dia buat ikut suka dia ja. Darjah 3 pun masih lagi puasa tak puasa. Arwah tok bukan boleh tengok cucu bongsu dia muka kecut, terus dia hidang nasi suruh makan. Masa dia umur 5-6 tahun dia puasa cuma masa waktu nak berbuka sebab kami semua cakap orang tak puasa tak boleh makan sama dengan orang puasa. Jadi bila hampir waktu berbuka secara automatik dia mengaku dia puasa dan dia orang yang pertama duduk mengadap makanan. Mujur bila dah tingkatan 1 ni Wajdi (adik bongsu) tak macam dulu, siap rajin puasa sunat isnin khamis lagi. Almaklum duduk asrama, tiba-tiba jadi baik.. HAHA. Mudah-mudahan baik selamanya. Amin..
Jadi inilah kisah puasa aku yang biasa-biasa saja masa kecik-kecik dulu. Mungkin tak ada yang menarik dari pandangan mata anda tapi ianya tetap kenangan yang tak boleh dilupa dan bakal dikongsi dengan anak-anak aku pula (mudah-mudahan). Ini cerita aku, cerita korang macam mana pula?
p/s - puasa jangan tak puasa!
terima kasih sudi baca ^^
Ini Blog Saya |
6 respons:
pose2 jagn tk pose...
pose yang yuk...
pagi2 bukak periuk..hehe..
dulu atie mule2 nk pose pun tk dpt ape2 ganjaran..sumernyer sukerela..
salam yana...wat la entry sal perbezaan posa bersama suami dan semasa single..hehe
testing2
ye la atie..kita dok kat kg ni mana mak ayah janji nak bg hadiah ke apa kan..hehe
takpe la teha, nnt takut ceritanya lebh byk yg tak best dari yg best.. ^___^
he3..gudla yana..chayok2..smela..ja pun mula dari kecik gak..xdpt pea gak..tp berbuka mak mask sedap2 la kan..maklumla anknyer poce...keh3
btl tu ija..mak masak sedap2 as upah utk anak dia yg puasa..sebut je nk mkn apa ^__^
Post a Comment