Setiap kali Ramadhan memang kuih jadi tumpuan. Pergi la kat bazar ramadhan mana pun wajib ada bermacam-macam jenis kuih muih yang pelbagai bentuk dan rupa. Ada yang cantik bukan main sampai rasa sayang nak makan, ada yang tak berapa lawa, yang bermacam warna macam pelangi pun ada. Kalau rajin sangat pergilah bazar setiap hari, boleh la menjamu anak mata dengan melihat kuih muih itu sambil telan air liur seterusnya jangan lupa melubangkan poket anda demi untuk menjamu anak tekak pula. Tak perlu beli banyak, sejenis kuih beli sebiji saja, Bajet sehari seringgit so dapat la 3 jenis kuih (kalau kuih 3 seringgit). Kiralah sendiri bila dah sebulan berpuasa berapa jenis kuih yang kau dapat rasa? Banyak tu..
Time bulan puasa ni lah kita dapat jumpa kuih-kuih yang jarang-jarang kita dapat makan bila time bulan lain. Tapi kena ingat ye semua, bulan puasa ni janganlah terlalu membazir. Kalau nak beli ikut je macam yang aku sarankan tadi. Sehari seringgit dan make sure kuih tu kau habiskan. Tak perlu nak beli banyak-banyak. Buka puasa bukan kita makan banyak sangat pun, makan sikit saja sudah kenyang. Jadi kalau kau teringin macam-macam, kau simpanlah untuk esok pula. Bersikap adil lah terhadap kuih muih itu sebab dia pun teringin jugak nak kau beli dia. Jadi bila dah cukup 3 jenis kuih, kau cakap kat kuih lain yang esok kau akan beli dia pula (tolong cakap dalam hati saja).
picture source |
Bila dah macam-macam kuih ni ada pulak yang mengkategorikan jenis-jenis kuih ni. Kreatif betul lah manusia yang merekacipta benda ni. Jangan pulak lepas ni ada yang taknak makan kuih-kuih ini lagi.
10 respons:
eh, lamabt lagi nak raya tau...jgn dok juai kue..heheh
waaa...awat mcm nak seropa jer skin blog kita?? (",)
heheh..ini kue nk bukak posa..bukan kue raya.. ^^
tu la kan..baru gue perasan..hahahha
ngeh2...
tersenyum kamben lak pg2 neh...
kui3....
hek hek..kuih paling gangster tak tahan..
yunk..lawakla pasal jenis kuih2 tu..keh3..
betul 2..bl jeakla alakadar..t bbuka bkn mam pun..tgok jeak alih2 msuk tong smph..hahahaha
hek3..hiburan di bulan ramadhan :)
btl tu..tk perlu nk beli byk2..irg org yg tak mampu..
saya pon ada bwt N3 pasal kuih ni
http://najahmadi.blogspot.com/2011/08/teka-tekikuihooookuih.html
taknah beli kuih kat bazar lagi
bazar mahal
kuih time puasa ngan tak puasa takde beza pon., same je..
tp ada kueh yg jarang2 kita jumpa setiap hari di bulan lain..
Post a Comment