Pernah ke dengar nama kumpulan Native Deen? Sejujurnya aku pun tak pernah dengar. Tapi hari ni dapat peluang jumpa dengan mereka. For information, Native Deen is an Islamic musical group from Washington D.C and the group uses percussion instruments and synthetic sounds. They do not use wind or string instruments. Genre muzik tidak lain tidak bukan-hip hop (sambil hangguk kepala) tapi lirik islamic gitu.
Tiba-tiba bajet cakap omputeh pulak..Poyo je (muntah). Tapi dorang ni best la wa cakap sama lu. Relax je gurau-gurau dan sangat cepat belajar cakap melayu. Masa video conference dengan ummi kat mekah tadi, bila ummi cakap terima kasih sebab datang ke RS, si Joshua tu selamber je cakap "takde masalah". Tambah kelakar dia cakap "tau takpe" bila ummi kata dia pandai cakap melayu. Habis semua pakat gelak.
Ok mari kita berkenalan dengan mereka..
Dari kiri Joshua Salaam, Naeem Muhammad dan Abdul Malik Ahmad. Yang 3 orang wanita kat belakang tu backup singer depa. Ok tipu.
Team RS Selangor (staf tetap) |
Tujuan dorang datang ke RS kali ni sama macam Maher Zain datang hari tu. Kongsi rasa dengan remaja yang tersasar dan bertaubat selain dari memberi kata-kata semangat. Native Deen siap buat lagu khas untuk RS (Raudhatus Sakinah) lagi. Tacing la camni (lebih-lebih pulak macam orang buat lagu kat aku).
Ni masa tengah bercakap ngan ummi kat Mekah. Siap menyanyi untuk ummi lagi.
Ok tak payah letak gambar banyak-banyak sebab muka dorang sama je setiap gambar. Hehe. Sebenarnya malas nak upload. Sekadar ini untuk tatapan anak cucu nanti. Insyaallah kalau diberi kesempatan. Hari Sabtu ni Native Deen buat konsert kat UIA. Sapa nak beli tiket boleh lagi. ^__^ Jumpa disana.
p/s - RS dapat special seat masa konsert tu nanti-tak pasal-pasal aku dapat tengok konsert free. Sila jeles.
25 respons:
wahhhhhhhhhhh yunk...cakp omputih skunk..keh3...:-)
ooo..tak kena..hehe..yana ahli RS ke?
untungnya jd nana...jmpa retis memacam...mcm penah dgr group ni dr mane ekh diorg ni???
best lagu depa i'm not stand alone...btoi tah tajuk lagu tu..
wah... sangat menarik ni...
jue : hahhaa..saja gatai, padahal tak reti sgt pon..
yana libra : saya staf kat RS tu..bukan pelatih ye..hihihi
fatiha : depa dr washington..
cikgu ma : tajuk dia i am not afraid to stand alone.
eeiyss : alhamdulillah rezeki dpt jumpa depa :)
haaa..semalam dorg masuk MHI kan?
haha ada tengok la.nasyid+rap.
cool.untung laaa :p
kak yana staf RS ea...ooo baru tahuuu...hehe..
best la dapat jumpa artis...huhu
*teringin nak tengok secara live artis islamik ni.. :)
syafiqakarim : yeke? tak tau pun dorg kt MHI pagi tu..alhamdulillah rezeki dpt jumpa dorg :)
x penah dgr lg group ni...best x diorang nynyi?
aien : hehe..baru tau ke? biasa je jumpa dorg sbb dorg pun org biasa jgk..ekeke
mawar qaseh : ok la jgk..yana pun tk penah dgr sebelum nipadahal kumpulan ni dh lama dah bertapak..
apesal aku tak tau pun kewujudan kumpulan ni weh...huhu...
wahida : ku pun tak penah tau jgk kak..huuhuhu. baru je tau..
Awak keje kt rs ea?
Erm, perasan kump ni kat wanita hari ini haritu;)
sejuk je hati bila lihat saudara seagama kita dari negara lain kan... mesti lagu2 kumpulan ni macam Maher Zain kan.. ehehe
langsung tatau kewujudan kumpulan ini..sob-sob
salam yana..brkenan ngan backup singer tu...single lagi tak?anakbuah k.atie ramai bujang nih..hihi
MasyaAllah. fik pon nak jugak join konsert Native Deen ni~!!
Semoga usaha dakwah mereka dapat menarik lagi minat jiwa muda terhadap Islam :)
*tempah tiket boleh?
mcm pernah ku lihat mereka ini..
ooohh smlm masuk tb9...hehe...
wah...bestnya..lagi best boleh jadi kakitangan RS
bru tau..nt nk search lagu2 depa :P
Native deen? First time dgr name group ni, maybe nnt bole google kat youtube dgr lagu dorang :)
waaa...untung akak dpt tgk konsert free...heee ^_^
hehehe.....ct pon bru kenal...bgus la dorg bwk lagu2 islamic :D
Post a Comment