Assalamualaikum..
Bila baca blog Puan Eeiyss, entri bertajuk penat yang membahagiakan, terasa nak berkongsi jugak. Biasa la, Puan Yana bila dah mula BW sampai melecet jari, baru ada idea nak dihumbankan kat sini.
Ikhlaskah kita menjadi hamba Allah?
Ikhlaskah kita menjadi seorang anak kepada ibu bapa?
Ikhlaskah kita menjadi suami/isteri kepada pasangan kita?
Ikhlaskah kita menjadi seorang pekerja?
Ikhlaskah kita menjadi ibu/bapa kepada anak-anak?
Masih adakah secebis ikhlas itu seandainya diri kita sering saja mengeluh dan merungut? Selalu membebel kepada anak-anak dan suami dan mengungkit tentang kerja-kerja yang telah kita buat?
Dikongsikan disini tentang kisah Khalid Al Walid yang telah dilucutkan jawatan sebagai Panglima Perang. Tempat Panglima Perang kemudiannya digantikan oleh Abu Ubaidah al-Jarrah. Meskipun dilucutkan jawatan Khalid tanpa rasa kecewa telah menanggalkan serban yang melambangkan panglima perang dan menyerahkan kepada Abu Ubaidah.
Beliau sedikit pun tidak berkecil hati malah dengan semangat yang tinggi terus berjuang dan berjihad bersama-sama pasukan tentera Islam diketuai oleh Abu Ubaidah demi menegakkan Islam tercinta. Ini menunjukkan betapa pengorbanannya selama ini bukan kerana meraih pujian dari sesiapa tetapi hanyalah untuk mendapatkan redha Allah semata. Keikhlasan tidak nampak dengan mata tetapi akan terlahir dari setiap perbuatan dan perlakuan kita.
Cuba bayangkan kita berada ditempat Khalid Al Walid. Dah tentu-tentu akan rasa kecil hati, sakit hati, sedih dan macam-macam perasaan yang sewajarnya sebagai seorang manusia biasa akan rasa. Kenapa ya kita mesti nak rasa sakit hati? Sebab bila kita buat baik kepada manusia, kita mengharapkan orang itu berbuat baik juga pada kita. Tapi bila sebaliknya..Dah la tak dapat pahala, sakit hati pula yang kita rasa.
Jadi, sama-sama kita berdoa agar Allah ikhlaskan hati kita dalam melakukan semua perkara. Moga kita sentiasa berada dalam keredhaanNya..
p/s - terima kasih kepada mereka yang sudi baca dan komen disini. dengan ikhlas ^^
Ini Blog Saya |
15 respons:
Kadang2 nak ikhlas tp, ade je yg watkan kita jadi tak ikhlas..
Kena blaja untuk menjadi ikhlas sepenuhnya pasni..hehe.. ~ :)
kalu kita berbuat sesuatu dgn ikhlas...insyallah ganjaran pahala..amin..
subhanallah..
maha suci allah...
solatku idup dan matiku hanya kerna mu Yaallah..
yana libra : susahkan nak smpai ke maqam ikhlas tu.. T__T
nyue : amin..
buat sesuatu perkara dengan ikhlas insyaallah besar ganjaran pahala yang kita dapat...
ya, alangkah indahnya bila semua kita lakukan niat ikhlas kerana Allah swt
tu la kan kak yana... keihlasan tu sangat sulit... hanya Allah yang dapat menilai... bila kita dapat hikmah ikhlas tu dalam diri... baju suami/anak2/ibu kita, kita sanggup basuh guna tangan dari guna mesin... sambil basuh sambil senyum kepuasan... insyaALLAH~
trm kasih dear sebab buat entri ni ... dapat menasihati kita agar ikhlas dlm perbuatan .. benda2 mcm ni kadang2 kita tak perasan kita buat ikhlas atau sebaliknya kan?
anda buat anda dapat...hati yg ikhlas pasti di balas...kata ustazah siti nur bahyah
baru terfikir..ikhlaskah saya sblom ni? (T_T)
terima kasih ats entri ni..lps ni kena perbaiki diri lagi :) insyallah.. :)
xckop ikhlas maybe
Sentiasa cuba menjadi seikhlas yang mungkin...tp kita manusia biasa nih sering d hasut syaitan yg menjadi musuh utama kita dalam menyesatkan kita...tp entry macam nih kekadang bleh mengingatkan kita andai terleka..Nway thanks dear utk ingatan ini...
try hard to be better than today...
bila cuba nak berubah ke arah yg lebih baik..mesti dugaan dtg bertimpa2..sedey..tp nak capai keikhlasan tu mmg payah...:(
salam ziarah dan ukhuwwah julung kali, moga istiqamah hendaknya dalam perubahan, amin. Jemput ke laman WADi untuk menimba, mengambil dan menyebarkan ilmu insyaAllah :)
Tauhid Menurut Imam Syafie dan Ulama' Syafieyyah
Nak bertindak ikhlas bukan sesuatu yg mudah... Insya'allah demi redha Allah, mari sama2 kita lakukan :)
Post a Comment