Apr 15, 2011

Baby Sudah Botak.

assalamualaikum..

semalam dapat MMS dari adik. Aufa dah botak! alololo..comel sangatlah kamu ni. geram tau. rasa macam nak terbang malam ni saja untuk tengok dan tatap muka Aufa sepuasnya. tapi, amati tak ada sayap pulak. alahai..naiklah airasia, dekat subang tu saja. eh  menjawab pulak dia.

abi dan ummi Aufa ni macam tahu-tahu saja amati nak tengok gambar terbaru Aufa. baru teringat nak mesej minta hantar gambar, tup tup dah sampai. dapat la menatap wajah si kecil ni. alhamdulillah teknologi sekarang banyak membantu.

jadi apa lagi..jom la kita tengok wajah Aufa Mawaddah bt Mohd Zulhakimi.


EH ini gambar hari tu. kata sudah botak? boleh bawak bersabar tak? kita tengok versi tak botak dulu ye..ini gambar Aufa masa hari pertama menjejakkan tubuh badannya ke bumi. 

haaa inilah wajahnya yang terbaru. telak dibotakkan rambutnya pada hari ke-14 kalu tak salah la. lain dah mukanya. Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah. tengok mata dia, besar kan? kulit Aufa lebih cerah kalau nak dibandingkan dengan abangnya Farhan. 

jeng jeng..ini dia gambar terbaru Farhan. tak tahu la apa alasan buatt gaya muka macam ini. mungkin nak tunjuk gigi bawahnya yang hanya empat batang itu ataupun sengaja nak tunjuk lesung pipit dia yang konon-kononya dia seorang saja ada lesung pipit. kawan amati ada lesung pipit kat kaki tahu! betul, dia baru cakap tadi. siap tunjuk lagi. tak sempat pulak nak ambil gambar. tak percaya sudah.

dah ada dua anak sedara aku ni. cukup sepasang. seronok la mak dan abah. lepas ni pastilah orang akan tanya aku pulak. itu soalan lazim. kira macam soalan wajib yang akan ditanya lepas seseorang kahwin macam soalan KHB. soalan berulang-ulang. sebab itu exam paper dikutip semula lepas kita habis exam masa PMR dulu. betul tak? kalau ada orang cakap tak betul, mungkin dia ponteng paper tu ataupun dia tak pernah pergi sekolah. hehehe. bergurau saja ok. reader blog saya ni semuanya pandai-pandai dan comel-comel orangnya. mana ada yang kaki ponteng sekolah atau ponteng kelas.

apa-apa pun insyaallah aku dah bersedia dengan soalan-soalan macam tu. soalan bocor, jawapan pun standard lah kan? cubalah tukar soalan lain ke, seronoklah nak study banyak-banyak. boleh dapat markah lebih. apakehal la ko ni melalut meraban tak tentu hala. cukup-cukuplah tu. baiklah.

sampai jumpa lagi nanti..

p/s anak kami nanti agak-agak ikut muka siapa? (beranganlah kau!)

3 respons:

Firdnurjue said... [Reply to comment]

yunk...YA ALLAH...comelnyer...lawo...aishhh nak geget3 ase...muahhhh omei3...like baby..(bilalah nak dpt baby sdrik nie..berangan jap..)

yunk...t baby u ikut muka u...aisssssssssshhh so sweetttt...cam gula g2...:-)

yana-feehily said... [Reply to comment]

hehehe..makasih... tu la kan..bila nk dpt baby sendiri ni..

mudah2 baby comel dr segi rupa wajah dan akhlaknya..amin.. ^__^

atIEsAyAnGkAmU said... [Reply to comment]

cumil la ia......
aloh2....botak pun cumil..hik3...

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya