Apr 20, 2011

Fesyen Tudung Dulu dan Sekarang

assalamualaikum semua..apa khabar hari ini? wahh yana bukan main lagi bertanya khabar. apa yang seronok sangat hari ini pakai tanya khabar segala. sebelum-sebelum ni tak ada pun? manusia berubah kan? hihih
apa-apa pun diharapkan semuanya sihat-sihat belaka.

ni kenapa tiba-tiba saja terkeluar tajuk fesyen pulak dekat sini? blog jual tudung ke hapa. mana ada la, saja seronok tengok fesyen tudung sekarang. belit sana  belit sini mau terbelit leher karang terus mati. opss...maaf. pakai la macam mana pun, tak salah. janji menutup aurat.

sebenarnya bercakap pasal fesyen tudung ni sebab tadi sepupu tag gambar kat facebook. gambar dolu-dolu. rupanya anak sepupu yang tag. ntah kat mana diorang dapat pun tak tahu. mungkin tiba-tiba diorang satu rumah mengemas dan tiba-tiba terjumpa pulak album lama-lama. maka terkeluarlah gambar aku yang tak boleh blah tetapi comel dengan gaya tudung yang sangat tak boleh blah..hahhaa..

tapi bila tengok-tengok balik, fesyen tudung tu lebih kurang saja dengan fesyen tudung sekarang. ala yang jenis syria ke hapa aku pun tak tahu. almaklum aku ni bukan pengikut fesyen tudung semasa.
tudungnya lebih kurang beginila..
sumber
kalau nak tahu dulu-dulu pernah je aku pakai tudung macam ini. tak percaya? rasa-rasanya engkau orang yang perempuan-perempuan ni pun pernah pakai tudung macam ini. pakai time nak pergi mengaji al-quran malam-malam atau petang. ala tak payah tipulah. konon-konon malulah nak mengaku pakai tudung macam ni masa kecil-kecil dulu padahal dah tua-tua ni tak malu pulak. hahaha

mari sini aku tunjukkan bukti. walaupun tak comel tapi aku tetap bangga sebab aku dah pakai fesyen tudung ini sejak dari kecil-kecil lagi. tak patut betul tudung tu nama tudung syria. bagilah nama tudung fazhana ke, glemer sikit i.

sudah la membebel. mana gambar ko yang kononnya pencipta fesyen tudung macam ni? tunjuklah! yelah memang nak tunjuk. tapi kau orang jangan pulak terkejut beruk bila tengok kecomelan wajahku ini..hahha..sila lempang laju-laju.. T____T


see? aku dah cakap kau orang yang tak percaya. sekarang silalah kagum dengan diri aku..bahahaa...kat sebelah tu kak long aku. lihat, dia pun pakai tudung fesyen jenis yang sama. comel tak kami? tolonglah puji dan buat hati kami gembira, sedikit pun jadilah. *pang-pang bunyi orang kena lempang*

4 respons:

atIEsAyAnGkAmU said... [Reply to comment]

kui3....
cumil per..

tp atie tk penah plak pakai cenggitu..
tp kalau tudung ke depan mcm nk tutup muke tu mmg yea...hahaha...senget2 tkyh ckp..haha..

yana-feehily said... [Reply to comment]

hahhaa..muka tak blh blah kan? ekekee..

tu la pasal..masa kecik2 senget la hapa la, ada kita kisah? tp klu skrg bukanmian melawa lagi mak..iihihih

Jue said... [Reply to comment]

omie3...ahaks...lalalalala..len ek muka yana ms kecik...yg pntngnyer omeiiiiiiiiiiii...muahhh

yana-feehily said... [Reply to comment]

hahhaaa..comel apa, muka sememeh ja..btw tq..ija n atie pun mesti comel masa kecik2 dl..

anyway seronok kan zaman dulu2 masa kita kecik2..tkda masalah yg menyerabutkan fikiran..miss that momment..

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya