May 22, 2011

peringatan sebelum berkahwin

assalamualaikum dan selamat petang.

benarlah syaitan itu mengotakan janjinya dengan Allah iaitu nak mengganggu anak adam sampai akhirat. tak guna betul incik syaitan ni kan? saman baru tau. ok tak kelakar. bukan apa, geram tau sebab dia membuatkan aku dan incik bakal suami seolah-olah bergaduh gitu. tak kelakar nak main-main time orang sudah hendak kahwin ni. kau ingat kau boleh menang macam tu saja? oh sekali-kali tak akan kami mengalah. kau mesti suka kan encik syaitan tengok kami gaduh-gaduh? lepas kami nikah nanti, bersedih la engkau. hahaha. memang sekarang ni aku sedih tapi aku kuat sebab aku ada Allah.

tadi rajin dok skodeng blog orang, terjumpalah artikel pasal di bawah ni. jumpa disini. jadi dikongsikan disini juga untuk renungan diri sendiri dan sesiapa yang sudi menjengah.

pic from google
  • Jika asas perkahwinan adalah kerana seks, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.
  • Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.
  • Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.
  • Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.
  • Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
  • Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.
  • Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka, tidak ada alasan apa pun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhakai Allah.
maka renung-renungkanlah dan fikir-fikirkanlah apa tujuan kita mendirikan rumah tangga. aku sendiri dalam masa tak sampai dua minggu lagi akan menjejakkan kaki ke alam perkahwinan ini mula muhasabah diri. apabila bergaduh tak perlu diperbesar-besarkan. seperti entri yang sebelum ini, sebagai perempuan kita terpaksa korbankan perasaan kita sendiri demi kebahagiaan orang sekeliling kita. tidak boleh tidak kerana mungkin fitrahnya kejadiaan wanita tercipta dengan hatinya yang lembut dan mudah tersentuh. seandainya wanita keras hati, maka porak peranda lah keluarga didunia ini. *buat andaian sendiri*

terasa macam terlalu skema pula. haha. tapi kesemua diatas adalah ditujukan untuk tujuan memperingatkan diri sendiri. kadang-kadang aku sendiri tak behave dengan sikap aku. tiba-tiba berubah ikut mood. yang jadi mangsa nanti mestilah orang yg paling dekat dengan aku kan? kesian pulak. tapi kadang-kadang beliau pun buat perangai jgk (mula la aku ni) tapi aku marahnya tak lama. sungguh. tapi kalau orang tu pun buat tak tahu bila aku bercakap dengan dia, hangin jugak aku. terus malas nak layan. lantak ler. 

pic from google
eh tiba-tiba macam terkongsi masalah kat sini pulak T__T sebenarnya sedih ni sebab nak tinggalkan zaman bujang walaupun ada juga perasaan gembira sebelum ini sebab tak lama lagi akan ada orang care tapi bila tiba-tiba terkecil hati, perasaan tu dah tak segembira dulu. tiba-tiba rasa tak bersemangat. dan mesti incik syaitan bersorak kegembiraan apabila tiba-tiba aku terfikir ah tak nak kahwinlah macam ini. tolong ye encik dan puan syaitan, walaupun kau bersorak kegirangan ke, bersiul-siul macam syaitan ke aku tetap akan bernikah dengan izin Allah. titik. sila menangis sekarang. insyaallah aku sayang dia (bakal suami) kerana Allah. aku terima dia kerana Allah. aku ingin berkongsi hidup dengan dia kerana Allah. aku sanggup susah dan senang dengan dia kerana Allah. aku ingin ada disisi dia sewaktu dia gembira mahupun berduka kerana Allah. datang la jeneral ke inspektor mahupun prebet biasa iangat aku takut? sila berhati-hati dengan amaran ini? taku tak takut tak? semangat ni!

oklah..nak bersiap-siap nak balik kampung dah. banyak lagi hal yang tak settle lagi. moga Allah permudahkan urusan perkahwinan aku ini. moga tiada acara bermasam muka dikalangan kami. moga semuanya lancar dari mula sampai ke akhir. amin ya rabb.

p/s - perlu bersedia dari segi mental dan fizikal.

terima kasih sudi baca dan doakan saya ^^
jumpa lagi nanti..

3 respons:

Jue said... [Reply to comment]

incik syaitan da nangis guling-guling da pun..hantuk pale kat dinding ag..muahahahaha...:-)


Selamat pengantin baru..hik3..:-)

Citrus Azwa said... [Reply to comment]

salam singgah disini...
tq for the info...=) bagus utk saya jgk..

Rekta Maya said... [Reply to comment]

hie..thanks for sharing the info..

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya