setelah kecewa kerana tak menang pertandingan, cik yana terus saja merajuk taknak join apa-apa saja pertandingan yang dianjurkan oleh blogger. tipu. baru sekali cuba, dah nak menang. itu tak span namanya. lepas ni tolonglah ketuk kepala cik yana bila nampak dia join contest lain. haha.
assalamualaikum. ha baru reti nak bagi salam. tak jawab dosa.
semalam hari yang sangat sibuk dan cik yana hanya duduk dalam kereta sampai malam. berumah tangga dalam kereta ke apa? pagi-pagi dah pergi pejabat tanah buat carian rasmi, kemudia terus ke ofis di melawati. naik sekejap dan keluar pulak pergi ke ofis puan mariyah arkitek merangkap tuan rumah yang baik hati mewakafkan rumahnya untuk tujuan kebajikan dan saham untuk akhirat untuk ambil tandatangan beliau. balik semula ke ofis dan ambil dokumen-dokumen berkaitan, salam-salam dengan orang kat ofis sebab dah nak cuti dan terus balik ke sg buloh. solat dan makan dengan banyaknya sebab terlampau sedap (tempoyak + ikan + telur masin) terus keluar ke MBSA pulak. lepas balik dari MBSA solat asar dan tunggu incik amir datang untuk pergi hantar barang kat rumah sewa kami di rawang. huh. kalau balik kedah dan lama sampai kot.
countdown kt ticker sebelah dah bertukar dari angka 2 ke angka 1. maka dengan ini masa untuk aku melangkah dari alam cik ke alam puan semakin berkurang dan bermaksud ianya semakin hampir. bersediakah aku? kalau kalian-kalian semua pula macam mana? apa perasaan dan sila kongsi pengalaman anda sebelum bergelar seorang isteri.
malam tadi seorang kaunselor di tempat aku bekerja yang lebih mesra kami panggil pakcik (prof.madya) datang as usual untuk kaunseling pelatih disini. dan sebelum balik as usual juga aku akan berjumpa dan bersembang-sembang dengan beliau dan isteri. pakcik ni selalu sangat bagi nasihat. bahagia betul tengok dia dan isteri sebab macam pasangan baru bercinta. usik-usik gurau-gurau walaupun anak sulung mereka dah berumur 25 tahun kalau tak silap.
dan seperti biasa, akan ada nasihat dan kata-kata semangat yang akan dia berikan pada kami. malam tadi dia berikan nasihat sebelum aku bergelar isteri kepada incik bakal suami. nasihat dan tips yang sangat-sangat berguna dan insyaallah akan aku cuba praktikkan demi kebahagiaan rumah tangga. nak catat tak ada kertas pula semalam, jadi catat dalam kepala otak je la. korang nak tahu juga ke?
* isteri ada ego dan suami juga ada ego. tapi sebaiknya isteri perlu merendahkan egonyadan sentiasa beralah dengan suami, insyaallah banyak pahala yang akan diperolehi. jangan biarkan suami yang beralah dengan isteri.
* jangan ada assumption. contohnya "takkan itu pun awak tak tahu". dan bila suami buat andaian begitu, isteri jangan melawan. diam lebih baik kerana bila melawan insyaallah akan jadi pergaduhan. (ayat aku buat sendiri)
* perlu TRUST pasangan. trust mengikut kata pakcik, kita sanggup diperlakukan apa pun oleh pasangan. cemburu perlu ada tapi jgn berlebih2. kita hanya akan kenal suami/pasangan kita dalam tempoh selepas 5 tahun dan ke atas. dalam tempoh sebelum 5 tahun itu maka perlu banyakkan sabar.
* bila suami marah, diam saja dan jangan cuba tegakkan apa-apa. apabila bergaduh, cuba selesaikan dengan baik sebelum waktu tidur.
* perlu selalu ada sentuhan (touch) sama ada fizikal mahupun sentuhan dalaman contohnya sentuhan dari hati ke hati kot. mungkin luahan perasaan ataupun nasihat dari suami pada isteri atau isteri ke suami.
inilah 5 tips untuk kekal bahagia aman sentosa yang pakcik kongsikan dengan aku dan kak lang malam tadi. alhamdulillah masih kuat lagi ingatan aku rupanya walaupun ada ayat-ayat yang aku pandai-pandai tambah tapi pointnya tak lari insyaallah. jadi kesimpulan yang dibuat adalah, sememangnya isteri perlu banyak berkorban tentang perasaan sendiri. pakcik pesan, tak rugi kita berkorban kerana disitu banyak sangat pahala yang digandakan untuk para isteri yang sanggup dan buat semuanya kerana Allah.
sebelum tidur, terngiang-ngiang nasihat pakcik kat telinga aku. mampukah aku untuk lakukan 5 tips di atas? mulut memang kata boleh dan hati memang berazam dan bertekad untuk lakukan tapi apabila realitinya nanti bagaimana? besar tanggungjawab isteri kan? besar lagi tanggungjawab suami. untuk kebahagiaan rumah tangga sendiri, tak ada salahnya untuk kita bertolak ansur dan hormat menghormati. isteri tolong suami, suami pun kena tolong isteri.
jadi kepada sesiapa yang baca entri kali ini, mohon untuk doakan rumahtangga yang bakal aku tempuhi ini bahagia dan kekal hingga ke syurga. doakan supaya cik yana jadi isteri yang solehah. amin.
sampai jumpa lagi di lain masa.
p/s - sampaikan walau sepotong ayat.
terima kasih sudi baca ^^
Ini Blog Saya |
2 respons:
Dear..InsyAALLAH..moga segalanye berjalan dengan lancar..moga bahagia tempuh alam baru, dunia baru n hidup bersama dengan orang baru..best of luck dear...:-)
tq syg..amin ya rabb. yana doakan ija pun bahagia bersama yg tersayang ^^
Post a Comment