Jul 12, 2012

Alkisahnya...Jeng Jeng

Assalamualaikum..

Terima kasih kepada yang sudi mmbelek dan menilik gambar Wordless Wednesday minggu lepas. Maaf la puan eeiyss kita yang asyik bertanya tapi kak yana ni macam nak buat suspen saja. Bukan macam tu, masa tak mengizinkan.

Begini kisahnya..

Gambar itu diambil oleh adik lelaki di pusat rekreasi air panas ulu legong nun di Baling sana masa kami sekeluarga pergi berkelah (perkelahan malam, ahaks). Waktu tu dalam pukul 12 malam macam tu. Masa duduk tengah makan tu, si kecik aufa mawaddah memandang ke arah pokok sambil melambai-lambai dan panggil-panggil macam ada orang kat situ. Lepas tu siap hulur-hulur makanan lagi.


Aufa Mawaddah


Ummi aufa gelak-gelak pandang saya sambil cakap " haii aufa ni dok panggil-panggil tu dia nampak apa ntah.." saya pun gelak-gelak jugak. Adik lelaki saya menyampuk, dia kata tak ada apa la. Adik saya tu pengamal perubatan islam. Lepas tu dia terus ambil tab dan ambil gambar kawasan tu.

Esoknya adik ipar bagitau dalam gambar yang adik saya ambil tu memang ada sesuatu. Kalau tengok macam tu je memang tak perasan apa tapi bila tengok betul-betul sungguh ada sesuatu macam yang kak marya nampak. Tapi secara jujur saya rasa macam biasa je, tak la takut ke seram ke. Saya rasa macam, eh comelnya benda tu dok bersandar kat pokok. Hishh..

Sesiapa yang tak nampak tu..haaa pendek umur. Gurau je. Kalau nak tengok jugak boleh save gambar tu dan beri perhatian pada bulatan merah, sebelah kiri pokok. ^__^

Jadi kesimpulannya waktu malam adalah waktu tidur. Bukan waktu untuk berkelah. Hehe..Selamat beramal.


Surah al-hijr : ayat 27
"Dan telah Kami jadikan jin sebelum manusia..."
 
Surah al-a'raf : ayat 27
"...sesungguhnya dia dan pengikutnya melihat kamu, dari sesuatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka..."

19 respons:

Aien Alien said... [Reply to comment]

budak kecik memang nampak ek...siap panggil2 lagi. macam anak buah sy kak...ajak masuk rumah, lepas tu dok cakap takut-takut.

Nyue said... [Reply to comment]

mingikut kisah ini...menambah rs seram nyue ag..eheheheh.....biasa kita kat ats muka bumi share dgn dia..hehehe

Jue said... [Reply to comment]

hohohohoho...sekali ade toyol daaaaaaaaaa....huuuuuuuuuuuu

mama aryan said... [Reply to comment]

kalu tgk betul2..jegilkan biji mata akak nih mcm ternampak sesuatu juga tp tatau la apa dia tu..

Yana Libra said... [Reply to comment]

seram lak rasa~

bahaya gak kalau bawak budak2 ni pergi tempat tu malam2 kan?

FatihaNur said... [Reply to comment]

Salam..

nana aritu org tgk2 camtu je x perasan ape pun...td bila tenung lama2 br npak sesuatu...

aih semput tol...hahaha

msredcheesecake said... [Reply to comment]

macam nampak, kalau dia tak kacau kita biarlah....

Kakzakie said... [Reply to comment]

Org tua-tua kata budak meamng nampak tau Yana. Heeee.. menakutkan kakak je..

miss daya said... [Reply to comment]

budak2, org tua yg nyanyuk, budak downsyndrom mmg bole nampak.. huhu tapi kan yana.. if diorg mcm tgh communicate ngan bnda tu.. if kita snap gamba bole nmpak ke? or sbb ur brother tu ada ilmu?

wahida said... [Reply to comment]

kalau aku lah nampak si aufa tu melambai2 rupa gitu, sure aku dah takut...huhu...

Marya Yusof said... [Reply to comment]

Yana,

Td akak komen kat bwh tak baca lg kisah yg ni...hehehe... True story rupanye... Alamak... Akak ingat super impose ke apa... Betul kan buat apa nak takut dgn makhluk ALLAH... sepatutnya takut dgn DIA yg mengengam seluruh isi alam ni... Tp budak2 mmg dikurniakan pancaindera tambahan utk nampak makhluk2 halus ni kan :))

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said... [Reply to comment]

alamak, kak yana ni... buleh no berkelah tengah2 malam... aduiyai... pendek umurkah daku? kekekeke.. nak save dan tenung len la.. hahha

^saya sangat berminat^^ hoho

Nasuha said... [Reply to comment]

selamat menjalani ibadah puasa.

Cikgu Ma said... [Reply to comment]

kami pun tgk balik gambaq tu...x nampak...naseb bek x nampak...hehe...yana, lama x update, kami lg lama...hehe..sampai ketinggalan cerita hgpa...

Marya Yusof said... [Reply to comment]

Bila nak update ni dik? hiks..

mama aryan said... [Reply to comment]

salam yana...lama tak update ye,bizi ke?

cik azLyzah⊙.☉ said... [Reply to comment]

Dah puas tgok..tp tak nmpak ape2 pon T.T

cerita best said... [Reply to comment]

cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip tuto pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..lg 1 klo tuan blog komen dekat blog pakjoe sekali pakjoe kn bls blk komen dekat blog nie,http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html

cheeze maz said... [Reply to comment]

salam ziarah.

kanak2 kecil mmg blh melihat semua ini, sebab mereka masih suci dan bersih.

Jemput ke blog akak di cheezemaz.blogspot.com. Mana tau berkenan nak rasa serbuk cheese CHEEZE MAZ, yg bila dicampur air akan menghasilkan sos cheese seenak sos cheeze wedge, KFC. Lagipun hy RM 10.00 untuk 1 pack seberat 200 gram.

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya