Aug 5, 2011

Cerita Sahur

Salam Ramadhan semua. Diharapkan anda ceria-ceria dan sihat sentiasa. Apa khabar iman anda? Cewah..Bajet ustazah la sangat kan.. Ade aku kesah?

Pejam celik pejam tak celik dah masuk 5 hari kita puasa. Cepat sungguh masa berlalu kan sampai kita tak terasa sangat keletihan berpuasa. Ditambah pulak cuaca yang mendung dan hujan ni, jadi kuranglah rasa lapar tu kan. Alhamdulillah.

Tahun ni episod pertama berpuasa dengan incik suami. Oh rupa-rupanya agak penat juga jadi sang isteri ni kan. Barulah tahu betapa penatnya mak kita menjaga kita adik beradik yang ramai tu. mana nak jaga suami lagi, nak urus rumah lagi. almaklum bila dah jadi isteri ni tak boleh la nak fikir perut sendiri. Kalau time bujang dulu, sahur ikut dan saja tapi sekarang terpaksa terhuyung hayang bangun seawal 4.30 pagi untuk memasak. Nasib baik la incik suami jenis tak berapa cerewet. nasi goreng pun ok, maka giranglah sang isterinya itu. ^___^

bercakap tentang sahur ni, oleh kerana aura ustazah tiba-tiba saja kembali maka nak kongsi sedikit tentang kelebihan bersahur ni. Ada beberapa hadith tentang sahur ini dimana bersahur ini adalah satu tuntutan. Kena ingat ye, sunat bersahur adalah pada waktu 1/6 malam. bukan pukul 12, 1 or 2 tapi lebih kurang pukul 5 pg..

Tuntutan bersahur ini juga adalah kerana untuk membezakan antara puasa kita dengan puasa orang yahudi dan nasrani dimana Rasulullah (saw) bersabda: "Perbezaan di antara puasa yang kita lakukan dengan yang dilakukan oleh Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) adalah terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak melakukannya."

 Seterusnya  tentang keberkatan bersahur Baginda bersabda: "Bersahurlah kerana di dalamnya terdapat berkat yang besar, dan lagi terdapat keberkatan di dalam tiga perkara iaitu dalam jamaah, di dalam makanan 'tharid' dan bersahur. "
Abdullah bin Harith (ra) meriwayatkan bahawa seorang sahabat telah berkata: "Suatu ketika aku menziarahi Rasulullah (saw) tatkala baginda sibuk bersahur. Kemudian, Rasulullah (saw) bersabda: 'Inilah perkara yang penuh dengan keberkatan.’

Bersahur membantu membekalkan kita tenaga disepanjang waktu kita berpuasa (sebelum berbuka). 
Di dalam sebuah hadis dinyatakan: "Bersahurlah dan perkuatkan puasamu. Dan tidurlah selepas pertengahan (khailullah) untuk membantumu bangun pada akhir malam (untuk beribadah). "

jadi sempena bulan Ramadhan yang berkat lagi mulia ini, marilah sama-sama kita mengambil peluang untuk menambah saham akhirat kita dengan bersahur. bukan susah pun, bangun pagi-pagi tu untuk makan. bukannya orang nak suruh pergi berperang pun sampai nak nangis-nangis bagai. ini merujuk kepada perangai adik aku dulu yang sesungguhnya sangat susah untuk dikejutkan. setiap hari confirmlah dia akan merajuk ataupun menangis. nak nak lagi abang sulong yang tolong kejutkan. memang tak ada kod etika.

Incik suami tak susah nak bangun sahur sebab dia memang kena makan nasi kalau nak puasa jadi memang dia akan bangun dengan sendiri, tak payah nak kejut banyak-banyak kali. Dia tau je time bila dah siap masak, terus bangun cuci muka dan makan.

Cukup sekadar disini sahaj perkongsian untuk hari ini (ayat masih lagi dalam mood ala-ala ustazah) semoga bertemu lagi pada episod akan datang atau pun episod tak datang-datang. selamat beramal.

p/s : bulan ramadhan bulan yg berkat, marilah sama-sama kita beribadat (bajet ustazah bahiyah pulak, sila lempang laju-laju T____T )

terima kasih sudi baca ^^

7 respons:

Jue said... [Reply to comment]

salam yunk..wahhhh beshnyer ade incik somi..keh3...

selamat berpuasa yunk..:-)

✿ cik pieQa ✿ said... [Reply to comment]

untungla org tu dah kawen.
untungla org tu leh sahur dgn insan terchenta. hehehe.
selamat berpuasa kakngah.
thun ni puasa berdua, thn dpan puasa bertiga ye :)

Cikgu Ma said... [Reply to comment]

di sebalik aura ustazahnya, dia sedang mendeklamasikan sebuah sajak yg bertajuk, "oh, incik suami ku"...krueng...krueng..jgn mare puan yana...nnt saya juai incik suami awak tu kt bazar ramdhan...hik3..

yana-feehily said... [Reply to comment]

@firdnurjue : hihih..seronok jgk jue... slmt berpuasa jgk ^^

@cik pieqa : hihihi..nnt wawa akan merasa jgk..

@cikgu ma : hahaha..ni perli ka pa ni cikgu ma...kakaka

yana-feehily said... [Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
atIEsAyAnGkAmU said... [Reply to comment]

hehehe...
kamooo kene rajin2 mangun masak yea...

moga menjadi isteri solehah yea..

p/s : jgn lupe buat milo yea..
hahhahaa....

yana-feehily said... [Reply to comment]

heheheee..tu la pasal, mmg kena rajin..

amin..tq 4 the du'a..hope atie jg ^__^

oh...milo itu perkara wajib..hahha

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya