sedap tak? |
selamat tengah hari semua. sudah makan ke belum? saya belum makan lagi sebab ustaz belum habis mengajar jadi adik-adik belum dapat hidang makanan. rasa macam nak cakap kat ustaz tu, eh ustaz tak reti-reti nak berhenti bercakap ke, tahu tak aku dah lapar ni? nak pergi dapur pun malas sebab kena pakai tudung segala. sabar je la. jadi sebelum dapat makan, update lah blog sebentar. moga-moga rasa lapar itu bertukar menjadi kenyang (sambil mengunyak keropok udang cap tesco)
bercerita pasal makan ni memang seronok kan? aku kalau termissed tengok jalan-jalan cari makan kat tv3 tu rasa macam sentap nak menangis je. menyesal pun ada. masa tu mula la aku salahkan sesiapa yang datang time pukul 12 tgh hari hari ahad sebab betul2 mengganggu aku nak menonton cerita kegemaran. dapat tengok makanan-makanan yang dimakan oleh incik pengacara sudah buat aku rasa kenyang tau. lepas tu air liur meleleh bertimba-timba. oh suka sangat menipu.
semua orang suka makan betul tak? apa ye makanan kegemaran kau orang? kalau cik yana a.k.a cik nana ni sukanya makan makanan yang sedap saja (baca slang indon). kalau yang tak sedap macam mana? mestilah tak suka. eh tak la..kalau sedap makannya banyak sekali tpi kalau ngak sedap sikit saja la. makan untuk ambil hati orang yang memasak. tapi kalau makanan yang sangat pelik rasanya, memang sekali cuba saja la, lepas tu minta ampun la nak cuba lagi.
makanan pelik-pelik insyaallah boleh telan lagi. tapi kalaulah makanan yang dah biasa kita makan tapi rasanya pelik, memang tekak ni tak sanggup nak telan. kalaulah tekak tu boleh bercakap, confirm dia kata sudah-sudah la tu, aku tak larat nak mencekik dah ni. contoh makanan yang biasa kita makan tapi rasanya pelik itu adalah laksa.
suatu hari aku pesan minta tolong kawan belikan laksa kegemaranku di pasar malam. jadi bila dah dapat laksa tu punya la semangat aku nak makan. tengok kuah rasa nampak macam sedap. lepas baca doa, terus la ngap kan. rasa kuah dulu. tapi..erkk rasa apa ni?? tak tau nak cerita laksa tu rasa macam apa sebab tak penah rasa apa-apa makanan yang rasanya seperti itu. pertama kali. kawan pun tumpang rasa selepas dipaksa oleh aku (niat jahat taknak kena sorang-sorang haha) jadi dia pun rasa. terus memek muka berubah dari cantik kepada tidak cantik. aku tanya, tak sedap kan? dia pun jawab, rasa macam budu! mungkin dia campur budu, kawan aku menambah. jadi laksa tu terpinggir sahaja disitu ibarat teratai layu di tasik madu.
rugi duit aku rm3.50 kerana akhirnya ke longkang jua engkau wahai laksa. maafkan diriku kerana tak dapat menjamah dirimu walau sekelumit kerana rasamu sungguh tidak menepati piawaian rasa tekakku. selamat tinggal laksa. mari ucapkan selamat datang kepada NASI! terima kasih nasi dan lauk kerana engkau sedap lalu membuatkan tekak gembira seterusnya perut rasa bahagia.
oh lupa nak pesan. tolong jangan harapkan apa-apa resepi pada entri ini walaupun tajuknya makan-makan.
ustaz sudah pulang, jadi mari kita bersantap!
p/s - sebelum makan jangan lupa baca doa makan ^__^
0 respons:
Post a Comment