pic from google images |
eh kenapa ni rajin bebenor nak update blog? kan dah cakap tadi? sila baca sendiri kalau nak tahu. bukan kena pegi jauh sampai ke uganda ataupun alaska, cuma roll kebawah dan baca entri sebelum ini. tapi kalau dah malas (babab kang) jugak klik saja SINI. lagi satu sebab tiba-tiba terkena jangkitan sindrom rajin update blog ini adalah kerana aku nak update banyak-banyak sebelum aku bercuti selama tiga minggu. takut-takut time cuti tu nanti aku tak sempat nak update blog dan kau orang semua rindu sangat pada diriku lantas entri yang kutitipkan akan menjadi penawar rindu kau orang pada aku. jadi tolong berjimat cermat semasa membaca entri yang telah di post kan nanti. ^__^
sepanjang tempoh diantara entri ini dan entri sebelum ini, aku cuba la nak mengedit blog ni konon-konon nak bagi comel dan bila orang jenguk secara automatik mereka akan berkata wow cantiknya belog itu. tetapi sesungguhnya aku amat jahil dalam bab mengedit template walaupun ada tutorial yang sangat mudah diikuti. baru try sikit saja aku terus fedup lalu terus klik cancel dan rasa tak mahu dah tengok template yang menyerabutkan kepala otak aku untuk selama-lamanya. tipu. sungguh weh rasa pening terus rasa nak termuntah. maaf kalau rasa jijik.
tak tahulah bila aku hendak pandai macam orang lain. rupa-rupanya baru aku sedar yang aku ini seorang yang sangat tidak pandai dan lambat pick up kalau bab-bab IT ni T__T. ada blog ni sudah buat aku rasa pandai dan hebat lantas aku berbangga berlori-lori terhadap diri sendiri. ini bukan ayat riak. aku sendiri tak sangka yang aku ada blog sendiri sejak tahun 2008 walaupun entri yang "ter" posting amat mendukacitakan peminat-peminat semua iaitu hanya 151 setakat ini. tapi aku tetap rasa bangga dan seronok apatah lagi ada juga kawan-kawanku yang comel dan cantik seringkali mengomen diruang komen. komen-komen itu adalah satu semangat untuk aku meneruskan perjuangan di medan blog ini. jadi, aku juga suka mengomen entri-entri mereka supaya mereka juga bersemangat waja untuk meneruskan
jadi mari kita bersama-sama memperjuangkan dunia blogging ini demi kesejahteraan rakyat sejagat. marilah berblogging secara berhemah. jangan ada benci dan caci maki. itu adalah sikap yang tidak baik walaupun engkau kata eh ini belog aku ikut suka aku la nak maki ke carut ke apa. kalau kita buat baik, orang akan mendoakan kita. betul tak?
disebabkan tiba-tiba rasa semangat berkobar-kobar maka terwujud sudah follower di sidebar. bangga sambil terharu berjuraian air mata akibat ada follower T____T ok tipu, tak menangis pun.
p/s - bila tengok orang gembira, diri sendiri pun rasa happy ^__^
jumpa lagi di lain masa.
terima kasih sudi baca ^^
2 respons:
yunk..selama ni duk komen2 bual semua..upe-upenyer jue belum add follower...da add ek syg...muahhhh..bagus2 mari reramai berblog secara berhemah...he3
hehehe..tk kisah pun sbb sblm ni mmg tk letak pun follower kt sidebar..hehhee.. tq dear
Post a Comment