Jan 21, 2010

::kawan::

hari ni mari kita berbicara mengenai sifat manusia ataupun kawan. kalau manusia tu besar la pulak skopnya. kalau kawan, boleh dikecilkan sedikit (kawan-kawan disekeliling kita)

kawan ni termasuklah diri sendiri. kita ada kawan dan kawan ada kita, jadi kita adalah kawan kepada kawan kita. isk..apa melalut ni. back to the topic.

setakat umur 26 ni, dah macam-macam perangai kawan yang telah dijumpai. manusia ni, rambut sama hitam(termasuk jugak rambut yg sengaja diperangkan) tapi hati lain-lain. Allah tu menciptakan makhlukNya dalam pelbagai bentuk dan rupa kerana Dia Maha Mengetahui atas segalanya.

apa juga sikap, sifat dan perangai kawan-kawan kita sama ada baik mahupun buruk, hendaklah kita terima seadanya. yang baik jadikan contoh dan ikutan dan yang buruk jadikanlah sempadan. amboi..bermadah-madah pula..sebenarnya nak luahkan sedikit perasaan kecewa terhadap sesetengah kawan. mungkin ada yang pernah alami semua ni.

bermulalah kisah tentang kawan.

masa dulu, boleh je ber"sms" ataupun telefon sekali sekali. tapi sekarang langsung tak ada. dulu boleh juga ber"ym" tatkala online bersama, tapi sekarang kalau sama-sama online, ada yang buat-buat tak nampak pula.

kalau dulu apa-apa masalah, sentiasa dikongsi sama, tapi sekarang dah tak macam dulu kala. dulu-dulu boleh je bagitau kalau nak kemana-mana, tapi sekarang tak tau pun dia ke mana aku ke mana.

bila dah macam ni, nak salahkan siapa? kalau asyik sebelah pihak saja yang tersua-sua, lama-lama naik muak la. nanti dikatakan kita ni tak ada muka. bila orang dah tak suka tu faham-faham sendiri saja.

bukan mudah nak jaga hati kawan. hati kita ni pun nak jugak dijaga. diri sendiri pun ada perasaan juga. ada rasa malu dan maruah diri sendiri patut dijaga. bukan senang jugak kawan kita nak jaga hati kita. masing-masing ada sikap yang berbeza. cumanya dalam berkawan, kita perlu bertolak ansur dan bertimbang rasa.

kena sentiasa berbaik sangka dalam apa jua keadaan supaya masalah yang kecil tak diperbesarkan dan yang besar tu boleh di selesaikan dalam keadaan aman. terasa sikit-sikit tu biasa la kan. nama pun kawan. sedangkan suami isteri pun bergaduh, inikan pulak kita dengan teman-teman.

cumanya disini apa yang dikesalkan ialah dengan sikap kawan yang tiba-tiba je menjauhkan diri. salam tak bersambut. marahkah? pelik. pelik sungguh. padahal dulu pernah sama-sama tidur sebantal, makan sepinggan. tapi sekarang tak tahulah apa sebab sampai jadi macam ni. sedih.

bila dah banyak kali tegur tapi kawan masih buat donno, rasanya lepas ni cukuplah kot. bukan nak putuskan silaturrahmi tapi anggap je yang kawan tu terlalu sibuk sampai tak sempat nak sambut salam kita. mungkin kerjayanya menuntut masa yang lebih. sebagai kawan kita perlu bersangka baikkan?

jadi untuk penutup, perlu kita ingat, jangan sesekali ingat apa jua kebaikan kita pada seseorang walaupun beribu kali kita berbuat baik. tapi ingatlah kebaikan orang pada kita walau hanya sekali dia berbuat baik pada kita.

sekadar ini saja sesi luahan hati yang biasa-biasa saja. sekadar menulis untuk mengurangkan beban (tak la berat sangat pun).


~yanafeehilyyangsedikitserabutpadahariini~

0 respons:

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya