Feb 18, 2012

Review Buku

Assalamualaikum..

Bersempena cuti sekolah yang bakal menjelang tak lama lagi, dah pasti la kita dapat segerombolan undangan perkahwinan. Jadi disini Puan Yana nak kongsi la satu buku yang korang boleh buat hadiah masa pergi walimah member-member korang..

Masa Puan Yana kawen dulu, my BFF bagi hadiah buku resepi tau. Nampak sangat la Puan Yana tak pandai masak kan? Hahaa..Tapi kan buku ni memang sangat berguna dan sangat membantu dikala kepala otak tak boleh nak fikir nak masak apa. Terima kasih banyak-banyak my BFF sebab bagi buku ni. Love u.

Tajuk buku : 1 hari 1 Resepi - Panduan Langkah Demi Langkah
Nama Chef : Chef Hanieliza


Buku ni boleh dibeli di kedai buku POPULAR. Inilah hadiah yang terbaik korang boleh bagi kat member korang yang memang tak reti masak langsung. Macam Puan Yana memang dah pandai masak, buku ni sekadar membantu saja (sila muntah). Sebabnya buku ni ada macam-macam resepi sampaikan nak goreng sayur buncis pun kita boleh tengok resepi kat sini. Senang kot nak goreng sayur ni, pejam mata pun boleh buat.

Daripada dok bagi pinggan mangkuk tu, baik la bagi buku ni. Pinggan mangkuk tu biaq la orang lain yang bagi..Kalau takmau bagi kat orang, boleh saja beli untuk diri sendiri. Boleh belajar  masak sebelum kawen. Bila pandai masak, suami pun sayang..

Betul  la sekarang ni sumber dah banyak. Nak resepi apa, hang tanya ja kat pakcik google, tapi kalau takda internet macam mana? Jadi buku ni boleh dijadikan sumber rujukan untuk mengenyangkan perut suami anda.

Selamat membeli dan memasak kawan-kawan semua. Have a nice day!

4 respons:

ANISA said... [Reply to comment]

nice present nak bagi... terbaik...

yana-feehily said... [Reply to comment]

anisa : nnt blh la beli ye.. :)

MaryaYusof said... [Reply to comment]

Salam Yana,

Akak setuju klau bg hadiah mcm ni... Sb slh satu cara nak pikat hati suami melalui perutnyakan...hikhikhik...

Akak & family ok, Alhamdullillah semua sihat... Kebakaran tu berlaku di downtown Lima, 15 min dr rumah... Tq Yana :)

khairul said... [Reply to comment]

elamat memasak

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya