Jun 27, 2012

Petua nak hilangkan pening kepala

Assalamualaikum..

Hari Ahad malam entah apa yang saya makan tiba-tiba masa mengiring ke sebelah kiri untuk letak handphone, kepala berpusing-pusing macam naik marry-go-round pada kelajuan tahap maksimum. Jadi perlu baring dalam keadaan statik saja dan terus tidur dengan harapan kepeningan dan kepusingan kepala ini akan hilang apabila terjaga esok pagi. Sebelum tu saya ikut petua mak mertua ; baca surah (3 qul) dan letakkan tangan ke kepala. Lepas tu terus terlena..



Esok paginya masih lagi rasa kepeningan itu. Terasa badan ringan dan melayang. Masa solat subuh ok lagi walaupun ada rasa pusing-pusing tu. Cepat-cepat saya makan uphamol 650 mudah-mudahan sakit yang sikit tu akan berkurang dan dapat saya bekerja dengan senang. Tapi Allah tak izinkan. Masa solat zohor dan seterusnya saya terpaksa pejam mata rapat-rapat sebab selepas bangun dari rukuk dan sujud rasa macam tidak berpijak di bumi yang nyata.

Sampai hari ini pening itu masih ada, jadi saya terpaksa meminta bantuan encik google untuk mencari petua hilangkan pening kepala ni. Dan terjumpa di blog Aznanie petua tersebut.

Bahan-bahan diperlukan :

lada hitam (ditumbuk)
bawang merah (dihiris)
air asam jawa

Campurkan semua bahan, ramas hingga sebati dan letakkan atas kepala. Lepas tu kena la rehat. Kalau nak detail lagi boleh pergi ke blog empunya petua. Saya pun tak cuba lagi sebab sekrang ni kan kat ofis. jadi tak tahu la berkesan ke tidak.  ^__^



Jadi, kepada sesiapa yang rasa pernah pening-pening macam ni bolehlah mencuba petua dari Aznanie ni ye..Terima kasih Aznanie sebab kongsi petua. Moga Allah melegakan pening kepala saya ni melalui petua ini. Amin..

Selamat mencuba.

9 respons:

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said... [Reply to comment]

petua menarik..
p/s: kak yana.. jangan sedih2 tau... t is sedih jugak... (^___^) at lis kak yana dapat jumpa oki, is xdapat pun... wawawa (T___T)

Liza Razak said... [Reply to comment]

petua yang sangat bagus ni..nanti nak cubalah.thanks for sharing !

Yana Libra said... [Reply to comment]

nape teruk sangat peningnya tu?

Jue said... [Reply to comment]

Selalu gak kena yunk..tp jue minum air masak bergeleng-geleng..pas 2 if xtahan sgt..baru mam panadol biasa jeak..huk3

mama aryan said... [Reply to comment]

salam..petua yg boleh dicuba,sbb kdg2 kena jugak mcm nih tq

ros_reeza said... [Reply to comment]

nanti, kalau tak lega jugak, g klinik ye...

Moga cepat sembuh :)

aznanie said... [Reply to comment]

salam ...
thanks sudi singgah n follow n komen n sudi mencuba petua itu ... insyallah ... jika di izinkan oleh NYA pening kepala adik yana akan hilang ... selamat mencuba

Aien Alien said... [Reply to comment]

petua yang baik..boleh cuba kalau2 pening nanti.


sekarang dah ok ke kak?

Marya Yusof said... [Reply to comment]

Bagus betul petua ni... Akak skrg dh jarang sakit kepala, biasanya org yg sll sakit kepala klau bkn krn penyakit tp krn stress atau tekanan... klau akak ubat sakit kepala/pening tdo atau minum air tembikai byk2... kesan sejuk tu insya'ALLAH menghilangkan sakit... Segalanya dtg drNYA sbg kafarah dosa2 kecil... semoga Yana sihat & sembuh dr sakit kepala ni ye :)))

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya