ok berbalik kepada topik asal. eh ada mention ke pasal topik ni? tak ada pun sebenarnya. saja je nak buat propaganda kat sini macam kiah propa kat tv3 tu. ok tak ada kaitan.
kenapa ye dah lama tak update blog? ada ke orang tanya aku? setakat ni tak ada la pun. aku saja yang tanya diri sendiri jadi aku jawab juga untuk diri sendiri. kot ada yang tertanya-tanya didalam hati sanubari, ini juga jawapan untuk anda. sebenarnya aku takut nak bukak blog ni sebab kat sebelah tu ada wedding tickers kan? haa yang tu la yang aku takut. cuba kau orang ushar tengok, tak ke tarikhnya dah hampir-hampir mendekati aku seterusnya menjerut leher aku sehingga mati erk. ok tak lawak. T__T
pic from google |
lagi dua minggu lebih sikit saja sudah hendak sampai ke tarikh keramat itu. yaww i masih lagi berfoya-foya tak ingat apa di KL. macam-macam benda yang perlu diselesaikan. mana dengan hal kerja lagi. dekat rumah pulak (dikampung) entahlah macam mana rupanya sebab nak kena pindah rumah baru. baru-baru ni mak kata kera telah menyerang segenap ruang di dapur rumah sekarang dan jangan tanya dari mana kera-kera itu datang dan kenapa mereka bertandang kerana selama aku hidup kat rumah itu belum pernah lagi kera datang ziarah kami walaupun pada hari raya. kesian mak nak kena kemas dapur sorang-sorang. nak je aku sms kera-kera tak bertauliah tu datang kemas balik tapi tak ada pulak no henfon beliau. kurang ajaran betul.
borang nikah tak payah tanya la. sudah semestinya aku belum isi lagi kerana rupa borang pun tak ada lagi. incik amir dah ambil borang dia yang telah siap diproses dan surat kebenaran untuk dia bernikah sudah ada ditangan aku. dah boleh nikah ke? belum ok. tapi apabila borangnya telah lengkap maka tiada masalah bagi pihak aku. jadi minggu ini aku kan pulang ke kampung hoyeh hoyeh, jangan gembira lagi sebab banyak lagi perkara yang terbeban dibahu dan perlu diselesaikan segera. ok ok serius kembali.
seperkara lagi pasal rumah sewa. malam ini kami akan pergi melihat-lihat rumah yang bakal kami duduki selepas berkahwin. bak kata incik amir, rumah kita. oh so sweet..hahaha tak lawak. dan tiba-tiba pula incik amir menjadi seperti lalang ditiup angin kata nak pindah barang minggu ini juga padahal sebelum ni kata nak pindah selepas nikah. jadi terpaksa postpone nak balik kampung hari sabtu dan kena balik hari ahad. tapi tak apa lah sebab selepas kenduri nanti kami terus saja masuk rumah tu. senang juga macam tu. jadi kesimpulannya borang nikah hanya akan selesai pada hari isnin minggu depan. jangan tak dapat nikah sudah. opss mulut tu cili kang!
baju sepasal lagi. untuk majlis bertandang aku tak ada baju lagi. agak-agak la ada lagi ke baju untuk disewa time-time cuti sekolah dan semua orang berpakat untuk berkahwin beramai-ramai ni? maklumlah kampung aku tu terceruk sikit jadi tak la banyak sangat choice. tak kisah la..kalau tak ada baju untuk disewa aku beli je baju yang agak-agak boleh dipakai nanti. jadi isu baju ini tidak menjadi satu pasal untuk aku.
haila..kan seronok kalau ada orang uruskan segala-galanya untuk aku. bukan takat seronok, dua ronok tiga ronok..lapanblasriburonok dan seterusnya berjuta-juta ronok. kalau ada orang tolong uruskan bahagia sungguh aku rasa, mau aku balik kampung sehari sebelum nikah. melampau sangat dah tu! buatnya orang yang tolong uruskan tu bernikah baru padan muka kau. mana taknya, tiba-tiba dia isi nama pengantin perempuan tu nama dia. haa menangislah tak berlagu disitu. hahahaa. jadi lebih baik uruskan sendiri.
setakat ini saja update untuk hari ini. maaf kalau boring sebab asyik-asyik aku bercakap pasal majlis kahwin aku yang tak ada apa-apa ni. saja nak share supaya ringan sikit beban yang ditanggung. yang berat-berat tu harap-harap ada la orang tolong tanggung. siapa sudi sila angkat tangan. ok satu nak..dua..tigaratus..lapanratuslapanploh. oh ramainya yang sudi. terima kasih ^^ (perasaan tahap melampau, boleh lempang laju-laju T__T)
terima kasih sudi baca dan jumpa lagi pada entah bila yang akan datang ^__^ semoga ceria-ceria selalu.
p/s - hanya fikir yang indah-indah supaya otak tak berserabut. yiehaa
4 respons:
hahahaha..ilek3 nak akwin da yea...he3..
weeeeeeeeeeeee sonok2..ahaks (tumpang sonok jea boleh kan) hehehehehe
slow2la yunk..confirm settle n selesai dengan cara baik..weeeeeeeeeeee
hihih...tu la..dh nk kawen pun..
tq ja..muaahh
u can do it bebeh...
dun wurii be seronok..!!ngeh3!!
hoyeh...dun worry be seronok together.. ^^
Post a Comment