Aug 16, 2019

Resepi : Nasi Goreng Yang Sedap

Assalamualaikum..

Hari ni mami nak share resepi nasi goreng yang selalu mami buat untuk dijual di petronas.

Mudah saja nak buat nasi goreng ni. Orang yang biasa masak memang la senang. Kalau tak pandai masak? Mami dulu mana reti nak masak. Walaupun belajar katering masa sekolah teknik dulu, lauk-lauk kampung mana mami reti.

Sampai la duduk rumah sewa masa belajar dulu, baru la mami pandai sikit-sikit. Ambik ilmu dari kawan-kawan serumah. Lain orang, lain tempat, lain cara masaknya.

Jadi mami belajar buat nasi goreng dari kakak senior yang selalu bertandang ke rumah sewa kami.

Bahan-bahan tumis (tumbuk)

Bawang besar dan bawang putih
ikan bilis
cili padi

* tumis bahan di atas sehingga garing dan dalam masa yang sama jangan lupa tambah garam dan serbuk perasa. biasanya mami guna serbuk cukup rasa sikit. tak guna ajinomoto.

* bila dah garing, jangan lupa rasa cukup ke tidak garamnya. kalau dah sedap, masukkan nasi sejuk yang dah kita leraikan. goreng la sampai masak.

* bahan lain macam sayur, ayam, telur atau apa-apa bahan yang kita nak tamnah, boleh tambah sebelum masukkan nasi.

Alhamdulillah nasi goreng mamii yang jual dekat petronas, laris setiap hari. Syukur ya Allah sebab permudahkan rezeki mami untuk besarkan afaf :)

Selamat mencuba...

Aug 15, 2019

Resepi Donut Cik Dah Jawa

Assalamualaikum. Sudah bersarang lebah blog mami ni. Dah nak kena edit macam-macam untuk sesuaikan dengan usia mami yang semakin tua.

Dulu mula-mula ada blog, masih bujang trang tang tang. Sekarang sudah punya anak, jadi kena la berperangai seperti mak-mak haha.

Berbalik tajuk di atas, mami nak simpan resepi-resepi yang pernah mami cuba buat tatapan anak mami si Afaf tu. Jadi pertama kali ni, mami nak share resepi DONUT.

Donut mami laku keras masa kita berniaga dulu Afaf. Tok Dah la yang bagi resepi. Alhamdulillah murah rezeki tok dah sebab tak kedekut ilmu. Bila besar nanti, afaf buntu tak tahu nak buat apa, buat la donut ni jual untuk tambah pendapatan.

bahan-bahannya

1 kg tepung gandum
2/3 cawan minyak masak
2 1\2 cawan air
1/2 sudu garam
2 sudu gula
2 sudu susu pekat

gaul bahan di atas hingga sebati kemudian masukkan lebih kurang 4 sudu marjerin/planta/mentega dan uli sehingga doh tidak melekat di tangan.

rehatkan doh sampai kembang 2 kali ganda.

setelah kembang, uli semula doh dan bolehlah bentukkan menjadi donut sehingga habis.

goreng.

Senang saja kan? Memasak ni kena banyak sabar Afaf. Kena selalu buat, insyaallah makin pandai nanti.

itu saja untuk kali ini. Selamat mencuba :)

Mar 14, 2013

Buntu

Assalamualaikum.

Sekarang ni memang tengah buntu tapi alhamdulillah tak menjejaskan kerja yang ada.

Tengah buntu nak memilih sama ada untuk teruskan kerja sekarang ataupun terima offer kerja dari seorang sahabat.



Bila dah buntu fikir, buntu la nak taip kat sini. Ok alasan.

End.

Mar 7, 2013

Pemanggang Ajaib VS Pemanggang Vantage

Assalamualaikum.

Rasanya semua orang tahu pasal pemanggang ajaib ni kan? Dan semestinya isteri-isteri orang ni merasakan ianya adalah gajet wajib utk dapur mereka..Gajet gitu. Begitu juga dengan saya. Oh feeling macam buat karangan masa UPSR dulu je.Masa pemanggang ajaib ni tak glemer lagi, setiap rumah kat kampung saya tu ada menda alah ni sampaikan kawan adik tanya "kat umah mak hang ada dak pemanggang ajaib?" jawapannya mestilah YA. Dan nak tahu tak apa kawan adik ni cakap?

"Haaa..kira mak hang tu kariah sungai pau lagi la"

Begitu hebat penangan pemanggang ni sampai kalau takda tu dah tak dikira penduduk kampung ^_^ Dah tentu la kat rumah mak Cikgu Ma pun ada sebab kami kan berjiran. Dan nak bagitahu kat semua orang yang sekarang ni saya pun dah ada pemanggang tapi bukan jenama pemanggang ajaib yang ada gambar ikan seekor tu!


Sebelum ni saya buat tak tahu je dengan pemanggang ajaib ni dan disebabkan oleh kenaifan dan kesombongan, saya telah mengorder George Foreman Grill dari UK yang pada saya lebih up to date la. Semalam incik suami belikan saya Pemanggang Vantage untuk saya konon-konon hadiah birthday pd 4 mac(eh, terbagi tahu pulak besday i)  dan harganya RM99 sahaja dengan saiz 30cm dengan permukaannya yang dalam. Berbeza dengan pemanggang ajaib yang bersaiz 28cm dan harganya RM129. Tapi fungsinya sama saja tak kisah la pakai jenama pemanggang ajaib ataupun vantage.

Ok mesti semua nak tanya dah masak apa kan? Saya simpan je pemanggang tu buat hiasan..Sayang oii nak guna, takut kotor..Hadiah dari suami kot. Takde la, insyaallah hari ni saya cadang nak panggang ayam. Nanti saya tayang kat sini ok? Pemanggang Vantage ni kalau beli kat Langkawi murah sikit dalam RM80 kot. Nak lagi murah beli jenama Haji Ismail Group. Alaa kedai yang jual coklat dan pinggang mangkuk kat langkawi tu..



Jadi tunggu apa lagi, dapatkan satu untuk anda!

ini bukan entri sponsor. sapa la pulak nak sponsor kalau blog pun tak berupdate sampai 7 bulan!

Feb 28, 2013

Kembali semula..takmo malas-malas

Assalamualaikum.

Tadaaaa..tetiba mood nak memblog membuak2. kalau nak tau, setiap hari pegi or balik keje mesti terfikir nak tulis kat blog cerita-cerita yang terjadi, tapi idea tu membeku je dalam kepala otak dan akhirnya blog tak berupdate sampai 7 bulan.

7 bulan??? Perghh hebat la fazhana. Dalam tempoh tu bila melawat blog orang, tak berani nak komen2. jadi silent reader je la. Apa boleh buat, nanti memalukan diri sendiri pulak bila orang datang melawat satu hapa pun takde kat rumah kita.

Kemalasan aku bukan setakat mengupdate blog je tapi dalam hal melipat baju. Hoii awat pulak dok habaq kat semua orang pasal malas-malas ni? Tak lain tak bukan untuk dijadikan iktibar supaya semua orang jangan malas-malas ye. Walaupun saya ni malas kadang-kadang tapi selalu-selalunya saya rajin juga ^__^

Rupa sebelum..

Rupa selepas..

Haaa tengok la rupa sebelum dan selepas. Berbeza bukan kan kan? Jadi kesimpulannya, orang malas pun boleh jadi rajin jugak. Malas tu bila dibiarkan lama-lama akanmenjadi bertambah kronik macam orang sakit tak pegi berubat. Kalau rasa dah dapat penyakit malas ni, cepat-cepat berubat sebelum ianya melarat. Apa ubatnya ye? 

Jauhi sikap bertangguh dalam melakukan sesuatu


Anda yang baca adalah orang yang sangat rajin ^_^
Have a nice day!

Jul 12, 2012

Alkisahnya...Jeng Jeng

Assalamualaikum..

Terima kasih kepada yang sudi mmbelek dan menilik gambar Wordless Wednesday minggu lepas. Maaf la puan eeiyss kita yang asyik bertanya tapi kak yana ni macam nak buat suspen saja. Bukan macam tu, masa tak mengizinkan.

Begini kisahnya..

Gambar itu diambil oleh adik lelaki di pusat rekreasi air panas ulu legong nun di Baling sana masa kami sekeluarga pergi berkelah (perkelahan malam, ahaks). Waktu tu dalam pukul 12 malam macam tu. Masa duduk tengah makan tu, si kecik aufa mawaddah memandang ke arah pokok sambil melambai-lambai dan panggil-panggil macam ada orang kat situ. Lepas tu siap hulur-hulur makanan lagi.


Aufa Mawaddah


Ummi aufa gelak-gelak pandang saya sambil cakap " haii aufa ni dok panggil-panggil tu dia nampak apa ntah.." saya pun gelak-gelak jugak. Adik lelaki saya menyampuk, dia kata tak ada apa la. Adik saya tu pengamal perubatan islam. Lepas tu dia terus ambil tab dan ambil gambar kawasan tu.

Esoknya adik ipar bagitau dalam gambar yang adik saya ambil tu memang ada sesuatu. Kalau tengok macam tu je memang tak perasan apa tapi bila tengok betul-betul sungguh ada sesuatu macam yang kak marya nampak. Tapi secara jujur saya rasa macam biasa je, tak la takut ke seram ke. Saya rasa macam, eh comelnya benda tu dok bersandar kat pokok. Hishh..

Sesiapa yang tak nampak tu..haaa pendek umur. Gurau je. Kalau nak tengok jugak boleh save gambar tu dan beri perhatian pada bulatan merah, sebelah kiri pokok. ^__^

Jadi kesimpulannya waktu malam adalah waktu tidur. Bukan waktu untuk berkelah. Hehe..Selamat beramal.


Surah al-hijr : ayat 27
"Dan telah Kami jadikan jin sebelum manusia..."
 
Surah al-a'raf : ayat 27
"...sesungguhnya dia dan pengikutnya melihat kamu, dari sesuatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka..."

Jul 3, 2012

Sayangnya Allah kepada kita..

Assalamualaikum..

Dalam keadaan kita rasa kita tidak layak menerima nusrah Allah, tapi kita tetap menerimanya juga.Banyak nikmat luar biasa dari Allah yang kita kecapi walaupun kita rasa kita tidak layak menerimanya jika dibandingkan dengan sedikitnya amalan yang kita lakukan.

Contoh nikmat yang kita terima ;

  • kenaikan pangkat
  • kenuntungan dalam perniagaan
  • kesihatan yang baik
  • terselamat dari malapetaka
  • anak-anak yang berjaya
  • pasangan yang ideal (paling tidak pun yang 'ok')
dan beribu nikmat lagi yang kalau disenaraikan mungkin tidak cukup ruang dan tidak cukup nafas untuk membaca dan menghitungnya. Nikmat luar biasa ini adalahpeluang dari Allah swt untuk kita semakin mengenaliNya. Ma'rifatullah.

Pernahkah kita tertanya-tanya kenapa Allah memberikan khusus kepada kita nikmat-nikmat tersebut sedangkan amalan dan pengorbanan yang kita lakukan untuk agama Allah ini amatlah sedikit dan tidak sentimpal dengan kurniaanNya? Inilah tarbiyah yang sangat penting buat kita sebagai hambaNya.

Dikongsikan bersama kata-kata indah yang disusun oleh Ibnu Athaillah buat mereka yang menghargai nikmat-nikmat luar biasa Allah ;
Jika Allah membuka pintu perkenalanNya denganmu, janganlah hiraukan mengapa ia terjadi walaupun kita merasa tidak layak kerana sedikitnya amalan kita. Allah membukanya buatmu kerana Dia sendiri ingin memperkenalkan diriNya kepadamu. Tidakkah engkau mengetahui bahawa perkenalan itu adalah anugerahNya kepadamu sedangkan amalanmu adalah sesuatu yang cuba kamu persembahkan kepadaNya. Maka lihatlah satu perbezaan yang sangat besar dengan apa yang kamu cuba persembahkan kepadaNya dan apa yang Allah kurniakan kepadamu?


 perkongsian dari YDP Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Selangor

Jun 27, 2012

Petua nak hilangkan pening kepala

Assalamualaikum..

Hari Ahad malam entah apa yang saya makan tiba-tiba masa mengiring ke sebelah kiri untuk letak handphone, kepala berpusing-pusing macam naik marry-go-round pada kelajuan tahap maksimum. Jadi perlu baring dalam keadaan statik saja dan terus tidur dengan harapan kepeningan dan kepusingan kepala ini akan hilang apabila terjaga esok pagi. Sebelum tu saya ikut petua mak mertua ; baca surah (3 qul) dan letakkan tangan ke kepala. Lepas tu terus terlena..



Esok paginya masih lagi rasa kepeningan itu. Terasa badan ringan dan melayang. Masa solat subuh ok lagi walaupun ada rasa pusing-pusing tu. Cepat-cepat saya makan uphamol 650 mudah-mudahan sakit yang sikit tu akan berkurang dan dapat saya bekerja dengan senang. Tapi Allah tak izinkan. Masa solat zohor dan seterusnya saya terpaksa pejam mata rapat-rapat sebab selepas bangun dari rukuk dan sujud rasa macam tidak berpijak di bumi yang nyata.

Sampai hari ini pening itu masih ada, jadi saya terpaksa meminta bantuan encik google untuk mencari petua hilangkan pening kepala ni. Dan terjumpa di blog Aznanie petua tersebut.

Bahan-bahan diperlukan :

lada hitam (ditumbuk)
bawang merah (dihiris)
air asam jawa

Campurkan semua bahan, ramas hingga sebati dan letakkan atas kepala. Lepas tu kena la rehat. Kalau nak detail lagi boleh pergi ke blog empunya petua. Saya pun tak cuba lagi sebab sekrang ni kan kat ofis. jadi tak tahu la berkesan ke tidak.  ^__^



Jadi, kepada sesiapa yang rasa pernah pening-pening macam ni bolehlah mencuba petua dari Aznanie ni ye..Terima kasih Aznanie sebab kongsi petua. Moga Allah melegakan pening kepala saya ni melalui petua ini. Amin..

Selamat mencuba.

Jun 22, 2012

Belum dapat kelulusan lagi..

Assalamualaikum..

Semalam saja-saja online fb time rehat. Jadi ramai la kawan-kawan yang menegur. Semuanya bertanya;

Dah berisi ke?

Jawapan saya...memang berisi pun.

Ada sorang member kemain syok lagi dia, siap tanya dah berapa bulan dah? Yang pastinya dia dapat jawapan sarkastik saya " Dah terlebih bulan, takmau keluar-keluar lagi.." Nasib la..

Sorang lagi kawan lagi best. Dia kahwin awal beberapa bulan dari saya. Tiba-tiba menegur setelah agak sekian lama tak bersembang. Soalannya dah pasti la soalan bocor. Dan jawapannya sudah pasti sarkastik bunyinya.

Bila saya cakap saya belum mengandung, dia jawab..

"Hahahhaa..tu yang nak dengar tu. Ada geng.."

Sejujurnya, saya pun gembira jugak bila dia beritahu dia belum mengandung. Bila dah masuk usia setahun perkahwinan ni, apa yang saya harapkan Allah memberi rezeki (anak) yang satu itu. Sebelum ni saya ok sebab ada beberapa kawan baik saya yang kahwin sebelum saya belum mengandung. Tapi sekarang semua dah masuk pakatan mengandung. Macam dirancang-rancang pula. Angkut geng ramai-ramai tetapi saya dipinggirkan T__T

Kawan baik saya anak kepada Tok Guru Hj Hadi pun dah join Pakatan Mengandung beramai-ramai dengan adik beradik dia yang lain. Wah wah, makin meriah dunia. Alhamdulillah rezeki mereka.Sekali lagi saya rasa terpinggir dan terasa amat kerdil sekalipun sekarang ini tubuh saya makin mengembang. Sob sob..

Tapi insyaallah saya masih ada kekuatan. Saya tak sampai tahap menangis bila dengar sesiapa mengandung. Kita hanya buat proposal, tapi kalau yang kat atas sana tak sain patut ke kita buang lalu berputus asa ? Tidak. Kita patut buat proposal yang lebih baik sehingga diterima. Itu saja. Siapa kita nak melawan kuasa Allah sedangkan kita dah tahu segala yang terjadi ini telah tertulis di Loh Mahfuz? Wow, bunyi macam ustazah tak? Tiba-tiba rasa kagum dengan diri sendiri sebab konon-konon boleh berceramah. Ceh.




Kenapa ya saya tulis entri ini? Sebab disekeliling saya ada beberapa orang yang sikapnya begini. Menangis bila dengar orang-orang terdekat dia mengandung tetapi Allah masih belum beri dia rezeki. Tak tahu sebab menangis tu sama ada dengki ataupun gembira. Tapi yang pastinya kaklong saya memang dia kata dia dengki. Dah 6 tahun kahwin masih belum dikurniakan anak, berbuih mulut kami nasihat tapi macam tu jugak. Haaa teruskan la menangis kalau itu yang legakan hati dia. Teruskan menangis kalau-kalau dengan menangis tu boleh membuatkan kamu mengandung.

Eh..ayat macam marah saja. Ya, saya memang rasa macam nak marah pada kaklong saya. Tapi saya kesian juga kat dia. Kaklong saya macam dah putus asa. Apa yang penting sekarang ni, teruskan usaha dan jangan putus harap pada Allah. Doktor tu boleh cakap apa saja tapi Allah yang menentukan segalanya. Dia tahu apa yang lebih baik untuk kita. Seandainya Allah takdirkan kita tak ada anak dari benih sendiri, boleh saja ambil anak angkat. Setiap kesukaran ada jalan penyelesaian. yang penting selepas usaha kita bertawakal dan berserah padaNya. Insyaallah kerana Allah memang sentiasa bersama dengan kita.

Sekian saja ceramah saya di pagi Jumaat. Jumpa lagi di lain masa. Semoga dengan perkongsian yang sedikit ini dapat mengubah pemikiran mereka-mereka yang terlibat dalam hal ini. Sentiasa ingat yang kita ini milik Allah, tak ada satu pun milik kita dan Allah berhak nak ambil balik hak Dia bila-bila masa pun.


Jumpa lagi...

p/s - kata-kata untuk diri saya sendiri juga..

Jun 21, 2012

Saya pun ada Secret Admire

Assalamualaikum..

Ya betul, dah sebulan tak update blog. Dalam masa tu jugak jangan tak tau, puan yana langsung tak jenguk blog sendiri. Jenguk blog orang ada jugak la. Tapi jadi silent reader je tanpa tinggalkan jejak. Sebabnya? Adalah kerana malu apabila mengunjungi blog orang dan meninggalkan jejak, sudah pasti mereka akan menjejaki saya. Malu la weh kalau orang datang rumah tak hidang apa-apa.. T__T

Bila dah lama jenguk blog, mula la berlambak-lambak mesej kat shoutbox. Tapi mesej camhampeh. Semuanya menipu saya je kejenya konon nak gembirakan hati ai la tu..Sorry naik lorry, ai takkan percaya hokeh?

Jangan jeles sebab saya ada secret admire. Konon no wonder why my friends tell me abaout your site, always update with fresh information. Ceh..Sejak bila pulak la blog ai ni penuh dengan info? Dan sejak bila pulak blog ni sentiasa update? Dan dan dan sejak bila pulak ai bagi infomasi berguna kepada pembaca-pembaca? Sangat auta. Hahaha..


Rasanya semua blog pun dapat mesej tu. Dulu masa mula-mula dapat pernah la klik, tapi ntah apa-apa yang keluar. Semua tu mungkin akan memusnahkan sistem ozon saja. Jadi kalau dapat mesej-mesej camhampeh ni tak payah la rajin-rajin nak klik.

Kesimpulannya, jangan tinggalkan rumah anda lama-lama. Nanti ada makhluk lain ambil alih. Mungkin (?) Pendatang asing ramai sekarang ni. Jage-jage..ade yang memerhati (kiah propa)

Jumpa lagi ^__^

May 22, 2012


1 REJAB 1433
 genap setahun kami disatukan. 
Alhamdulillah..



 Ya Allah YaLatif Ya Rahman Ya Rahim
Ya Allah, engkau mengetahui bahawa hati-hati
ini telah bersatu kerana mengasihimu,
bertemu untuk mematuhimu,
bersatu memikul amanahmu,
hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk mendaulatdan menyokong syariatmu,
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
akan jalannya yang sebenar. Penuhkan hati ini
dengan cahaya Rabbanimu yang tidak kunjung malap.
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan
keimanan dan keyakinan,
Jadikan kami suami/isteri yang soleh/solehah
dan berikan kebahagiaan yang berkekalan
buat kami di dunia dan di akhirat.
Amin Ya Rabbal Alamin.


May 11, 2012

Aktiviti Tahunan Yang Tak Kesampaian.

Assalamualaikum..

Apa khabar kawan-kawan semua? Rindu sungguh pada blog yang suram-suram kelam ini. Lagi rindu pada cerita-cerita sahabat blogger. Maaf pada mereka yang sudi menziarah teratak ini serta disulami oleh komen. Pertama-tamanya nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga pada yang memberikan pendapat pada entri sebelum ini. Segala pendapat dan komen tu semua telah siap yana print elok-elok dan beri pada dia. Alhamdulillah keadaan jadi baik-baik setelah membaca pendapat kalian. Nasiblah suaminya bukan penagih tegar. Sekali-sekala. Tapi yang sekali sekala itulah kita patut hapuskan supaya ianya tidak berkala lagi.


TERIMA KASIH DAUN KELADI.. LAIN KALI  BAGILAH PENDAPAT LAGI :)


Apa aktiviti tahunan yang tak kesampaian tu? Tahun ni yana terlepas pameran buku antarabangsa kuala lumpur (PBAKL). Sejak 4 tahun kebelakangan ini, menjadi kebiasaan dan acara tahunan yang wajib untuk pergi ke pameran buku tu. Tapi tahun ni tidak kesampaian. Ala-ala terkilan dan kempunan. Kalau mengandung sahlah anak yana lahir nanti air liur dia meleleh sebab mak dia tak dapat pergi pameran buku saja. Astaghfirullah, tak baik betul buat andaian macam tu.

Apabila dah pergi ke pameran buku tu, wajib juga pergi ke booth Jemari Seni dan wajib jugalah berjumpa dengan penulis kesayangan yana (orang lain juga) Noor Suraya aka Kaksu. Berjumpa dengan kaksu itu sebenarnya satu kemestian dan umpama tak lengkap kehidupan setahun ni andai tak bertentang mata dan bersembang-sembang dengannya. Cewahh..macam apa entah yana ni. Tapi memang betul. Walaupun berjumpa hanya setahun sekali, tapi kaksu sangat dekat dihati yana. Sedihnya tak dapat jumpa kaksu T__T



Mungkin ada yang keliru, yana ni sedih tak dapat pergi PBAKL ataupun tak dapat jumpa kaksu? Jawapannya kedua-duanya sekali. Ada satu lagi sebab iaitu tak dapat nak borong novel JS yang sudah pasti harganya didiskaunkan dengan hebat sekali dan ada pula hadiah yang disediakan mengikut terma dan syarat. Dan sudah pasti yana akan mengikut segala terma dan syarat hanya untuk mendapatkan hadiah yang bercop JS atau ADIWARNA atau apa-apa saja yang berkaitan dengan Jemari Seni. Obses sungguh.

Insyaallah kekecewaan ini akan ditebus dengan Pameran Buku Selangor. Harapnya kaksu ada karya terbaru. Entri berkenaan novel-novel kaksu pernah yana ceritakan disini. Sila beli kepada yang minat sebab rugi kalau tak memiliki. Untuk makluman kaksu tak ada bagi komisen pada yana untuk entri kerkaitan dengan dia ya!


p/s - aku telah bertukar menjadi yana ; yana kan nak menjadi gadis sopan lagi santun. ahaks..



Apr 25, 2012

Apa pendapat korang??

Assalamualaikum..

Sorang kawan saya ada masalah dengan husband dia. Dia dah kawen dalam setahun lebih dah. Belum dikurniakan anak. Masalah sekarang adalah dia baru dapat tau yang sang suami pernah mengambil dadah jenis ganja sebelum mereka berkahwin. Dia dapat tau hal ni sebab dia terjumpa ubat yang tertera nama suboxone.

Dia mintak tolong saya check ubat tu. Ya..korang boleh search kat internet pasal ubat ni. Ubat ni fungsinya lebih kurang macam methadone. Ubat untuk hilangkan ketagihan dadah. Ok fine. Kita dah nampak kat sini yang suami dia cuba untuk buang semua sikap buruk tu. Tapi masalah keduanya ialah si suami tu nampak dah macam ketagihan suboxone pulak. Dia cairkan ubat tu dan suntik. Tak ke macam penagih tu?

Jadi kawan saya ni buntu dan runsing sama ada dia nak teruskan perkahwinan ni ataupun ambil jalan untuk berpisah. Kalau tanya pendapat saya yang dhaif ni, dah confirm la suruh berpisah je. Tapi tak la bagitau kat dia macam tu. Perasaan kawan kena la jugak dijaga. Lagipun cerai ni satu perkara yang Allah tak suka.

Sesiapa yang ada pengalaman ataupun pengetahuan sila beri pendapat anda. Adakah suboxone ini boleh menyebabkan ketagihan dan perlukah dia meneruskan perkahwinan ini?

Pendapat anda amatlah dialu-alukan dan didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

p/s - macam buat surat rasmi T__T

Apr 18, 2012

Dah ada isi ke?

Assalamualaikum..

Dilema orang yang berkahwin
~ bila jumpa orang/sedara mara, semua pakat tanya..Dah ada isi ke?

Jawapan saya..
1) Isi perut
2) Mengandung lemak

Tapi bagi saya pertanyaan begitu tidak menjadi kudis pada saya malah saya gembira sebab orang sekeliling sangat take care akan saya. Tanpa rasa kecik hati ataupun sedih, saya menjawab pertanyaan mereka dengan nada yang happy. Selepas itu pastinya mereka akan mendoakan supaya dikurniakan rezeki (anak) itu dengan cepat. Amin..

2 hari lepas saya bermimpi kawan-kawan saya semuanya tengah mengandung tapi saya tidak. Petanda apakah itu? Ya..mimpi adalah mainan syaitan. Saya bukannya alim ulamak yang warak untuk dapat petanda melalui mimpi, jadi saya abaikan mimpi itu walaupun dalam hati terdetik jua perasaan cuak. Sampai hari ni tak beritahu incik suami lagi akan hal mimpi tersebut. Tolong rahsiakan dari dia ok?

Hal rezeki (anak) itu bukan urusan kita untuk menentukan bila dengan tarikh sekian-sekian, tetapi hak mutlak Pencipta kita. Segalanya telah ditentukan dan menjadi rahsiaNya. Kita sebagai hamba hanya mampu berusaha lalu bertawakal kerana hanya Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Sekian. Teruskan berdoa untuk saya. Jangan lupa ok?

p/s - rasa macam buat karangan masa kat sekolah saja. letih kot guna ganti nama saya kat dalam blog ni.

motif guna saya : belajar untuk menjadi gadis sopan. hakhakahaktuii..

Buah hati pengarang jantung hamba

Apr 13, 2012

Kau Pergi Jua...Mohamed Amirul Eshan dalam kenangan ~ 31 Mei 2011 - 4 April 2012

Assalamualaikum..

Dari Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali..

Pertama kali keluarga kami diuji dengan pemergian seorang bayi berusia 10 bulan. Ya Allah tabahkanlah hati kami terutama ibu dan ayah Eshan dalam menghadapi dugaan ini.

Eshan lahir 31 Mei 2012 dengan dengan berat lebih 3kg. Alhamdulillah cukup sihat dan matang tanpa sebarang komplikasi. Disambut dengan gembira kerana Eshan anak sulung dan merupakan cucu lelaki pertama keluarga Pak Ndak. Eshan lahir 3 hari sebelum majlis pernikahan aku.



Eshan membesar dengan baik dan sihat. Demam-demam tu biasa la kan, untuk menguatkan antibodi dia. Tak ada sebarang masalah yang teruk. Makin hari berat badan makin naik sampai tak larat orang nak dukung :) Pipi dia yang tembam menarik minat dan perhatian semua orang. Eshan cepat belajar dan sangat aktif. Acah sikit ketawa mengekek. Sangat manja dengan tok wan dia. Kalau dah duduk dengan tok wan, kat ibu sendiri pun dia tak nak.



9 Mac 2012, Eshan demam. Ibu dan ayah tak bawa Eshan ke klinik sebab ingatkan demam biasa. Hampir seminggu demam berlarutan, sampai satu masa Eshan dah tak beri sebarang respon. Terus dibawa ke hospital dan disyaki terkena jangkitan penyakit kaki tangan dan mulut. Sedihnya tengok Eshan yang lasak dan aktif terbaring tak berdaya. Waktu tu bila panggil nama dia, dia hanya gerakkan mata saja.



Doktor mintak nak ambil air tulang belakang, tapi ayah Eshan tak sanggup nak tengok anak dia jadi bahan uji kaji. Tak sanggup nak biarkan Eshan kesakitan. Awalnya doktor maklumkan yang darah putih Eshan berlebihan, tetapi doktor tukar statement yang Eshan terkena jangkitan kuman. Akhirnya Eshan keluar dari hospital dan cuba berubat secara tradisional.

Selepas keluar dari hospital, Eshan masih tak boleh bergerak. Bawa ke tukang urut dan tukang urut beritahu yang sendi Eshan lari. Kesiannya Eshan menanggung derita masa tukang urut betulkan sendi. Menangis tak berhenti. Tapi keadaan Eshan masih juga sama. Masih tak aktif seperti sebelum ini.

31 Mac 2012, aku buat kenduri kesyukuran. Aku tanya keadaan Eshan dan Mak Uda dia kata dah semakin ok. Ibu ayah Eshan tak dapat datang sebab keadaan Eshan masih tidak mengizinkan dia untuk dibawa berjumpa dengan orang ramai. 1 April 2012, saudara mara yang duduk di PJ berkumpul dirumah tok wan Eshan. Masa tu Eshan ada sekali. Terbaring lesu. Bila orang panggil nama dia, dia menangis. Entah apa yang Eshan nak beritahu pada semua orang masa tu. Mungkin nak beritahu betapa dia menanggung kesakitan dan dia dah tak lama lagi kat dunia ni. Allahu akbar..

4 April 2012 lebih kurang jam 1 pagi Eshan dikejarkan ke hospital kerana sesak nafas. Doktor tebuk paru-paru untuk mudahkan Eshan bernafas. Limpa dan paru-paru Eshan dah membengkak, terus menolak ke jantung menyebabkan kesukaran bernafas. Masa Eshan tengah nazak, ibu dah berdoa dan redha sekiranya Eshan diambil balik oleh Allah. Masa tu doktor sahkan Eshan mengidap Leukimia atau kanser darah. Puncanya Allah saja yang mengetahui.

Aku dapat panggilan jam 6 pagi dari Mak Uda Eshan, maklumkan yang Eshan dah meninggal. Allahu rabbi, sedihnya hati tak terucap bila mengenangkan ibu Eshan yang mengandungkan Eshan, melihat Eshan membesar dan tiba-tiba nikmat itu diambil balik oleh yang lebih berhak. Pilu dan sayu. Masa tu aku terus sms Kak Sham ucap takziah dan memberi kata-kata semangat. Insyaallah dia kuat kerana Allah memilih dia untuk menerima dugaan dan ujian begitu.

10.00 pagi aku, suami dan adik dah terpacak di tanah perkuburan kota damansara tempat bersemadinya jasad Eshan. Tak sempat nak terus ke PJ dengan keadaan jalan yang jem sebab hari bekerja. Hampir jam 11 pagi, jenazah Eshan sampai. Episod duka bermula waktu ini. Waktu bersalam dengan Mak Ndak, air mata tak tertahan lagi bila Mak Ndak menangis waktu mendakap aku. Air mata terus mangalir bila aku peluk Pak Ndak. Bertambah-tambah sedih bila nampak muka Eshan waktu nak letakkan dia dalam liang lahad.

Ibu dan ayah Eshan sangat tabah dan kuat. Sebelum Eshan dimasukkan ke dalam liang lahad, ibu dia sendiri yang buka ikatan dan sempat mengucup kepala kaku Eshan. Tok Wan juga sempat mencium jenazah sebelum diberikan kepada ayah yang bersedia untuk meletakkan ke tempat Eshan akan bersemadi buat selamanya. Sebelum tu ibu sempat cakap "Eshan..sekejap je ibu dapat main-main dengan Eshan.." Kata-kata yang membuatkan semua yang ada terus mengalirkan air mata.

Tempat Eshan dah pasti disyurga. Ibu dan ayah dia dah redha dengan takdir Allah yang meminjamkan Eshan kepada mereka hanya untuk 10 bulan. 10 bulan yang penuh cabaran dalam membesarkan Eshan dan Alhamdulillah ibu dan ayah dah berikan yang terbaik untuk Eshan. 10 bulan yang menceriakan seisi keluarga. Kau pergi jua kepada Sang Pencipta buat selamanya.

Setelah selesai semuanya, kami bergerak ke rumah tok wan Eshan. Masa dalam bilik, aku dan Mak Uda Eshan mengimbau kenangan 10 bulan bersama Eshan. Tiba-tiba Ibu Eshan masuk dan episod air mata berulang lagi. Ibu tengok gambar Eshan. Sambil memgusap gambar Eshan, Ibu panggil Eshan sambil menangis..

"Eshan...Allah sayang Eshan..Ibu pun sayang Eshan..Tapi Allah lagi sayangkan Eshan...Astaghfirullah..."

Kak Sham cuba menahan kesedihan dengan terus beristighfar dan berzikir. Tapi setiap kali bercerita pasal Eshan, perasaan sebak tetap menguasai. Kami hanya mampu berkata, menangislah kak sham andai menangis itu boleh meredakan hati kak sham. Sebab kami sendiri tak dapat menanggung kesedihan apabila terkenang keletah Eshan yang aktif dan lasak itu. Semuanya terbayang dimata umpama skrin besar terpampang menayangkan kenangan suka duka bersama Eshan.

Hati ibu mana tak sedih, hati emak mana yang tak berduka seandainya zuriat yang dikandung selama 9 bulan dan terus membesar di depan mata di ambil balik nyawanya oleh Allah. Tapi itulah janji Eshan kepada Allah. Hanya 10 bulan dia ingin hidup didunia yang penuh cabaran. Eshan tak sanggup nak teruskan dan Insyaallah sekarang Eshan berada di syurga dengan gembira. Ibu dan ayah dah redha dengan pemergian Eshan cuma buat masa sekarang mereka belum bersedia untuk balik ke rumah kerana tak sanggup nak lihat barang-barang Eshan. Setiap sudut rumah mengingatkan mereka kepada Eshan.

Bukan saja ibu dan ayah, tapi kami semua masih lagi terasa kehilangan Eshan walaupun tempoh 10 bulan itu tidaklah lama tetapi pemergiannya sangat terkesan dihati.

Eshan..Mak Ngah rindu Eshan.. Masih terasa lenguh tangan Mak Ngah menimang Eshan. Masih terngiang suara Eshan ketawa bila Mak Ngah mengacah Eshan. Masih terdengar suara Eshan merengek apabila lapar. Masih teringat Mak Ngah pada keletah Eshan yang kelakar dan menceriakan kami. Tak puas rasanya bersama dengan Eshan..



Tempat Eshan dah pasti di syurga. Kita yang hidup ni belum pasti lagi bila masa dan ketika Allah nak ambil nyawa dan dimana kita akan ditempatkan nanti..Sama-sama kita menambah amal ibadat kita dan moga Allah menerimanya..Terima kasih kepada yang mengucapkan takziah dan mendoakan ibu dan ayah Eshan. Moga mereka terus tabah dan kuat dalam menghadapi dugaan sebesar ini. Apalah sangat ujian ini kalau nak bandingkan dengan penderitaan yang dihadapi Rasulullah..

Feb 27, 2012

Mohon Maaf Semua

Assalamualaikum..

Minggu ni Puan Yana bz sebab nak pindah rumah.
Jadi mungkin tak sempat nak BW kat blog kawan-kawan semua.
Insyaallah lepas selesai urusan Puan Yana akan BW sampai lebam.
Maaf ye kawan-kawan semua ^_^
Jumpa lagi...gonna miss all of u <3

Feb 23, 2012

Sehari bersama Native Deen (separuh hari je pun)

Assalamualaikum..

Pernah ke dengar nama kumpulan Native Deen? Sejujurnya aku pun tak pernah dengar. Tapi hari ni dapat peluang jumpa dengan mereka. For information, Native Deen is an Islamic musical group from Washington D.C and the group uses percussion instruments and synthetic sounds. They do not use wind or string instruments. Genre muzik tidak lain tidak bukan-hip hop (sambil hangguk kepala) tapi lirik islamic gitu.

Tiba-tiba bajet cakap omputeh pulak..Poyo je (muntah). Tapi dorang ni best la wa cakap sama lu. Relax je gurau-gurau dan sangat cepat belajar cakap melayu. Masa video conference dengan ummi kat mekah tadi, bila ummi cakap terima kasih sebab datang ke RS, si Joshua tu selamber je cakap "takde masalah". Tambah kelakar dia cakap "tau takpe" bila ummi kata dia pandai cakap melayu. Habis semua pakat gelak.

Ok mari kita berkenalan dengan mereka..

Dari kiri Joshua Salaam, Naeem Muhammad dan Abdul Malik Ahmad. Yang 3 orang wanita kat belakang tu backup singer depa. Ok tipu.

Team RS Selangor (staf tetap)


Tujuan dorang datang ke RS kali ni sama macam Maher Zain datang hari tu. Kongsi rasa dengan remaja yang tersasar dan bertaubat selain dari memberi kata-kata semangat. Native Deen siap buat lagu khas untuk RS (Raudhatus Sakinah) lagi. Tacing la camni (lebih-lebih pulak macam orang buat lagu kat aku).


Ni masa tengah bercakap ngan ummi kat Mekah. Siap menyanyi untuk ummi lagi.

Ok tak payah letak gambar banyak-banyak sebab muka dorang sama je setiap gambar. Hehe. Sebenarnya malas nak upload. Sekadar ini untuk tatapan anak cucu nanti. Insyaallah kalau diberi kesempatan. Hari Sabtu ni Native Deen buat konsert kat UIA. Sapa nak beli tiket boleh lagi. ^__^ Jumpa disana.

p/s - RS dapat special seat masa konsert tu nanti-tak pasal-pasal aku dapat tengok konsert free. Sila jeles.

Feb 21, 2012

"Giveaway Souvenir from Korea by Wawa Abdullah"

Assalamualaikum..

Klik kalau nak join
Dari blog tak terupdate sebab idea kering kontang, baik la join GA ni. Tapi kan, bukan sebab takde idea aku join GA Wawa Abdullah. Satu sebabnya ialah hadiah nya FRIDGE MAGNET. Sekarang ni tengah gila kumpul FM. Wawa, kalau saya tak menang pun, bagi la FM tu ye, boleh la boleh la..saya bayar (muka kesian)T__T

Ok, jom join ramai-ramai. Senang je nak join GA ni. First time Wawa buat GA. Jom sokong dia ^^

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya