Aug 27, 2009

~gambar kawen~

salam..baru hari ni berkesempatan utk kongsi gambar perkahwinan adik kite..kakak dia mmg tak kawen lagi..

hah? bila nak kawen??
tgk la nanti2 kalo ade jodoh..hehehe










Aug 26, 2009

::cerita hari ini::

5 ramadhan 1430

hari ni dah 5 hari puase. azam saya tak nak tinggal terawih. tapi malam tadi saya tertidur. alamak..tak bangun sahur pulak..alamatnya saya dah tinggal satu malam. sedihnya perasaan saya. rasa macam nak qada je..

tapi takpe la, saya redha. malam ni saya akan terus buat terawih. tak mau tidur dulu. kalau tak taut jadi mcam pagi tadi sebab saya lupa kunci jam,jadi saya sahur minum air sejuk saja. di sebabkan itulah saya tak solat terawih..

ada meeting pulak sekejap lagi..jadi saya terpaksa tamatkan cerita saya. sekian terima kasih..

Aug 21, 2009

~salam ramadhan~

salam alaik..akhirnya ramadhan kembali..moga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya..alhamdulillah..syukur atas rahmatMu ya Rabbi kerana masih dipanjangkan umur ini untuk berjumpa dgn bulan yang mulia..salam ramadhan al-mubarak buat semua..
mohon maaf atas segala kekhilafan yang lalu..moga dengan kehadiran bulan yg berkat ini akan mendekatkan lagi diri kita dengan PENCIPTA Yang Maha Kuasa..
yanafeehily~30 syaaban 1430

Aug 14, 2009

~Dugaan Bertamu~

salam..

semalam negara di kejutkan dengan berita seorang penyanyi nasyid kumpulan rabbani iaitu ustaz asri meninggal dunia..innalillah..moga rohnya ditempatkan dalam golongan orang yang beriman..al-fatihah..
takziah buat keluarga dan sanak saudara allahyarham..moga bersabar atas dugaan yang menimpa..

pagi tadi dapat sms dr sorg sahabat bagitau dia punye ex-boyfriend dia dah ade awek baru..hancur luluh hati sahabat aku ni..nak wat camne kan,dah takde jodoh..orang laki ni kalau dah mintak putus tu takyah tipu la kalau bukan sebab orang ketiga..sah ade orang lain..ntah bape lama dia dok kapel ngan awek baru tu aku tak tau..ntah2 masa dia mntk clash ngan kawan aku tu dia dah kenal ngan perempuan tu..who knows? kalau diikutkan secara logik akal la,takkan la dengan satu hal kecil yg biasa tu dia blh putuskan hubungan yg terjalin selama kurang lebih 5 thn tu kan? lu pikir la sendiri!

takpe la sahabatku..dah bukan jodoh kamu dgn dia.."bibir mudah mengucap kata tapi hatilah yg remuk menderita"..apakan daya..tu je kata2 yang mampu di ucapkan buatmu sahabat..huhuhu..tak siapa pun tau n mintak ujian tu bertamu..klu boleh mmg la sepanjang hidup kita ni nak riang gumbira bersuka ria je selalu..tapi bukankah allah ada berfirman yg tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak diuji? jadi sebagai seorang hamba yang taat,maka hendaklah kita redha diatas apa jua yang di tentukan ke atas kita oleh Dia Yang Maha Berkuasa atas segalanya...

sahabatku..udah2 fikir pasal hal tu..bukan apa,daripada kita dok fikir yang tu then teringat pastu air mata meleleh2 macam paip air pecah..lebih baik la kita fikirkan masalah bala yang tak sudah2 menimpa umat islam,pasal H1N1 ke..tu lebih berfaedah..dekat2kan lah diri dengan Allah..masa2 yang lalu tu banyak dosa2 kita pada Dia..mohon taubat atas segalanya..curahkan air mata tu masa mengadap Rabbul Izzati,tu lebih afdhal..(nasihat buat diri sendiri dan sesiapa yang baca)..tak ke rugi stok air mata tu di buang pada benda yang tek berfaedah camtu? haila manusia...kembalilah padaNya..

selama ni kita asyik menjaga perasaan buah hati kita,pasangan kita..nak buat yang terbaik untuk dia..tapi pernah tak kita cuba buat yang terbaik untuk pencipta kita yang sangat mengasihi kita? DIA yang tak pernah lupakan kita..DIA yang memberikan segala-galanya yang tak mampu pasangan,kekasih,buah hati dan seangkatan dengannya berikan pada kita..fikir-fikirkan dan renung-renungkan...apakah kita ini hamba yang bersyukur ataupun tidak..

*renung-renungkan dan selamat beramal*

adios

Aug 11, 2009

::i'm coming::

huh..lamanya tak update blog nih..hampir 3 minggu..start dari blk kampung pastu terus tak update sampai hari ni..mana la nak sempat,macam2 keje kena wat..

blk kampung bln lepas..18 julai sampai 26 julai..salam tempoh kurang lebig 9 hari tu macam2 peristiwa berlaku..1st skali wedding adik on 20 julai di langkawi..pastu interview kat wisma darulaman 23 julai..ingatkan nak blk KL dah sabtu pagi tp Allah tu lebih mengetahui..jumaat malam tu sepupu sebelah umah meninggal..pergi buat selama2nya meninggalkan 5 org anak yg masih kecil..

mmg aku terkejut n tak sangka dia pergi secepat tu..yang lebih menyedihkan,suami dia baru jgk meninggal dan dia baru saja habis tempoh edah..jadi yatim piatu la anak2 dia..ya allah,mmg menyayat hati..anak sulung baru 15 thn n yg bongsu baru 4 thn..bila pandang muka anak2 dia,air mata ni laju je turun..ya Allah berikan ketabahan n kekuatan pada anak2nya..moga dgn dugaanMu ini kan menjadikan mereka lebih kuat untuk menghadapi liku hidup..amin..

jenazah dikebumikan pada hari sabtu dan aku bertolak blk ke pangsun hari ahad..pukul 4 pagi baru sampai..ikutkan aku nak pegi pj je,then pegi ofis dari situ tp haji call ptg ahad tu suh blk pangsun jgk sbb ada hal..then pagi isnin kena pegi masjid wilayah,ofis pemuda masjid untuk bantu kerja2 seminar masjid serantau..

jadi bermula la episod berkampung di sana..disebabkan tu jugak aku tak sempat nak update blog ni..banyak kerja yg perlu dibuat..bab jemputan,peserta pastu kena follow up..haihh..blk lambat jugak la hari2..kadang2 11 mlm baru sampai umah..tp happy la sbb dapat pengalaman menguruskan seminar peringkat antarabangsa ni..bukan senang and tak smua org dapat rasa..

alhamdulillah forum silaturrahim kemakmuran masjid serantau (FORSIMAS) berjalan dengan baik sekali..bermula pada khamis 6 ogos sampai 9 ogos hari ahad di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi..terima kasih ibu2 dan bapak2 dari indonesia yang hadir,tak lupa pada wakil2 dari china dan kemboja..dan juga tidak dilupankan pada peserta dari Malaysia khususnya..terima kasih kerana memberikan kerjasama yang baik sebelum,semasa dan selepas majlis..pada Ibu Hamimah dan Ibu Anisah,makasih ya bu' atas hadiahnya..pada mbak ina dan mbak ratna,keep in touch..ada rezeki kami ke sana pula ^_^

pada adik2 sukarelawan dari Maktab Perguruan Islam,terima kasih atas bantuan yang di berikan..dah dapat vest tu pasni kena la tolong2 lg ye..hehee..terutama pada exco auditorium,iqmal,saffuan n asyraf..thanks 4 help..may Allah bless ^_^ teruskan perjuangan!

pada sahabat2 urusetia yang bertungkus-lumus ;
faizah,azie,ayu,k.ana,k.sue,umai,k.ila,sarah,syed,fairil,abg nuar,abg yusrin,nazmir n abg zaidee mudah2an apa yang kita lakukan ini diberkati allah hendaknya..terima kasih tak terhingga pada Tuan Haji Sahlan atas peluang yg diberikan,dan kepada Ustaz Taqiuddin dan Ummi atas tunjuk ajar dan tak lupa juga pada en.Rohizad yg tak kurang hebatnya membantu dalam melancarkan lagi majlis perasmian dan perjalanan forum..

*adios*


Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya