Jan 4, 2011

Buat Renungan..

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Jan 1, 2011

berdua lebih baik..

salam kembali..

mood hari ni agak baik, jadi dengan sedaya upaya cuba untuk update blog. sebelum ni pun rajin juga cuma ada perasaan tak rajin tu lagi banyak dari rajin. ahaks..

hari ni tahun baru 2011.

apa cerita untuk tahun baru masihi ni? tak ada apa pun sebenarnya. tapi tahun baru ni, ramai kawan-kawan yang dah hidup berdua bersama suami terchenta. sebab itulah tajuknya berdua lebih baik. betulkah? agaknya la..sebab kawan-kawan yang dah mendirikan rumah tangga ni semua bercerita tentang yang baik-baik saja. cerita tentang bahagianya mereka bila ada yang mengasihi dan dikasihi. ohh.. (berangan seketika) ahaks..

bahagiakah?

soalan ini ditujukan pada sahabat-sahabatku yang berkahwin pada bulan disember.

~ wan norlida  ismail vs mohd rizuan
~ sini naimah abu bakar vs shaiful azlan
~ nor fazlina vs mohd azrul
~ nur afifah vs (sorry, i dont know ur husband name) huhu

mereka-mereka dia atas telah mendirikan rumah tangga. baru saja. hanya dua dari walimah yang paling atas saja yang dapat dipenuhi undangannya. yang dua lagi, maaf sangat..pokai mak nyah! tiap-tiap minggu balik..

apa pun, sesungguhnya aku bahagia bila kalian bahagia. haha..ayat pasrahkah? mana ada..ini ayat ikhlas yang datang tulus dan mulus dari hati yang paling dalam. omputeh kata, from the bottom of my broken heart. hahaha..broken tu kan dah padam..asalnya broken tu sebab sedih..sedih pasal lepas ni memang dah tak macam dulu-dulu lagi. rasa macam kehilangan kawan pun ada. tapi, itulah lumrah hidup ni kan? hidup  mati, ajal maut sudah ditentukan. tak lama lagi saya pulak akan ikut jejak kalian..

betulkah?

biarkan persoalan itu bermain dan berlegar seketika di minda kalian. biarkan ia terus menjadi tanda tanya.. ^__^

berbalik kepada tajuk asal ye..

kepada sahabat-sahabatku..kudoakan kalian berbahagia disamping pasangan dan keluarga masing-masing..moga menjadi suami/isteri yang soleh/solehah wa musleh. moga bakal melahirkan generasi pewaris agama yang mulia...

aku tersangat bahagia melihat kebahagian kalian semua....love u all so much!






~dalam hati ada taman~

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya