Aug 29, 2008

~Persahabatan~

salam buat semua..moga sentiasa diberkati Allah..

PERSAHABATAN?

bercakap psl sahabat ni susah kan..bg aku rasanya smpai sekarang aku tak tau samada aku ni ada ke tak sahabat sejati..sahabat yg sanggup berkongsi susah dan senang..sahabat yg sanggup bersama-sama tak kira dalam apa jua keadaan dan sanggup ketawa dan menangis dia waktu kita gembira dan sedih..

kawan mmg ramai..kawan baik pun ada tp sahabat sejati yg sanggup mati utk kita seperti para sahabat di zaman rasulullah mmg takde..ye la..zaman sekarang ni mana la kita nak cari yg sanggup sampai macam tu kan..klu ada mungkin seorang dalam sejuta..huhuh
yang ramainya kawan waktu suka..waktu duka? klu kawan waktu suka ada 10,kawan duka plk mungkin hanya seorang..

tapi aku cukup2 berterima kasih pada kawan2 yg mengenali diri aku selama ni..aku bersyukur sbb kawan2 aku sanggup berkawan dgn aku..kebanyakannya sanggup berkongsi suka dan duka..klu ada masalah,masing2 berkongsi untuk selesaikannya..
terima kasih kawan2 smua..terima kasih atas segalanya..

macam mana kita nak mencari sahabat sejati?

berpesan al-qamah kpd anaknya..
"Wahai puteraku! Sekiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih teman-teman yang memiliki sifat yang berikut:

~Jika kamu ditimpa oleh bencana maka temanmu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan meringankan kesusahanmu itu.

~Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari teman itu maka ia akan segera mengusahakannya.

~Jika kamu merancangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut membantumu dengan memberikan pandangannya.

~Jika kamu bercakap-cakap dengannya maka temanmu itu akan membenarkan kata-katamu.

~Jika temanmu itu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau perkataan atau perkataanmu maka dia akan menutupinya.

~Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu itu maka dia akan membalas dengan baik pertalian persahabatan itu.

~Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan (hadiah) kepada temanmu itu maka ia akan menerimanya dengan baik malah ia membalasnya kembali.

~Jika temanmu itu mendapat sesuatu kebaikan dan kebajikan darimu itu maka ia akan mengingati, menghargai dan menyebutkan akan kebaikanmu itu.

~Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta sesuatu darinya maka dia akan bertanyakan akan kesusahanmu itu.

~Jika kamu berselisih faham dengan temanmu itu maka ia lebih rela mengalah demi untuk memelihara persahabatanmu itu.

so..sama2 kita fikir,apakah kita ada kawan sebegini? tapi apa yang penting,adakah kita mempunya sifat2 sepertimana yang dipesan oleh al-qamah kpd anaknya..kalau takde,sama-samalah kita berusaha ke arah itu..mudah-mudahan kita blh menjadi sahabat sejati kpd sahabat2 kita..amin.

masa study dulu ada sorg kakak senior sebut psl persahabatan dlm usrah..tak igt pesanan tu dr sapa tp dia yg menyampaikan kat aku n sahabat2 lain..dia kata klu nak kekalkan perhubungan persahabatan,jgn igt kebaikan kita pd kawan tp igt la kebaikan yg pernah dia buat pd kita walaupun sekali dia berbuat baik dan lupakan kesalahan yg pernah dia buat walau berkali2 dia buat salah..insyaallah persahabatan yg terjalin akan berpanjangan seandainya kita saling maaf memaafi...

sempena ramadhan yg bakal tiba,mohon maaf dipinta seandainya diri ini pernah mengguris hati dan perasaan sahabat2 semua..moga ramadhan kali ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya..

Aug 28, 2008

bahagiakah keluarga kita?

salam buat smua..

semalam kat klinik patient tak ramai..so borak2 dgn member..macam2 topik dok ada..besa la org pompuan kan byk ckp..hehee..

member ni takde ayah dah,ayah dia meninggal masa dia umur 11 thn kalu tak silap..sblm meninggal ayah dia bercerai dgn mak dia,so dorg 6 beradik terpisah..3 ddk dgn ayah dan 3 lagi dgn mak..my member ni kena ddk dgn ayah,di kelantan..mak dia kawin lagi..lps ayah dia meninggal dorg 3 beradik ni dtg KL ddk dgn mak n ayah tiri..

b4 that my member ni tak story apa2 psl ayah tiri dia ni..so i think her step father org baik2 la..blh terima dorg smua..ntah mcm mn tertnya plk kat dia,ayah tiri dia ok tak? then dia jawab tak berapa ok..'K.O'..hmmm..tak ok camne tu? (byk tnye lak aku ni)

so my member pun memulakan cerita..bapak tiri dia ni kena buang daerah,tak tau la kes apa tp ayah dia ni lebih kurang mcm gangster la..org klate kata 'gedebe'..bape kali dh masuk jail n penah bunuh org..oh my god! nauzubillah..

ayah tiri tu pukul u all ke? my next question..dia kata smua penah kena,mak dia tak usah cerita la,smpai luka2 badan kena pukul..dia cerita ada sekali nak pegi beli baju raya,tiba2 ayah tiri dia panggil balik..smpai je kat umah ayah tiri dia dh tunggu depan pintu dgn kayu..bila lalu depan dia smua kena pukul..Allahuakbar..kesian aku dgr..dia kata tu la 1st time kena pukul..masa tu baru je 3 bulan pindah ddk situ..

masa tu dorg smua kena kurung,mak dia pun sama..dah la esok nak raya..esoknya bila dh terlepas dr kurungan,dorg lari pegi rumah sedara..pegi buat report polis n ayah tiri dia tu pun kena tangkap masuk jail lagi..dekat setahun jgk la..

tp tu la yg heran,nape mak dia still dgn ayah tiri dia tu..dia pun tak tau nak jawab pe..skrg ni ayah tiri dia tak keje,mak dia je yg keje siang malam..mmg tak gune la bapak tiri dia tu (ckp dl hati je la..heh)..my member tu belajar stakat PMR je..umur 13 dh mula keje kilang..simpati btl kat dia..tp ok la sbb dia tabah sgt..masa dia cerita tu ckit pun tak nangis,org yg dgr ni plk yg lebih2..huhuhuhu

lps solat maghrib aku sujud syukur..sbbnya Allah kurniakan aku keluarga yg bahagia,mak abah yg tegas dan penyayang serta abang dan adik2 yg baik..Alhamdulillah,syukur padaMu..sungguh aku tak mampu nak lalui penderitaan kat atas..ntah mcm mn la keadaan aku skrg kalau aku yg berada kat tempat dia..ntah2 aku jadi gila..huhhu.

..renung-renungkan dan selamat beramal.. (^_^)

Aug 27, 2008

~kemenangan DSAI~


Salam utk smua..


semalam 26 ogos 08 menyaksikan pilihanraya kecil di permatang pauh..ecehh..cam pembaca berita la plk..hehehe..tapi apa yg pasti Anwar Ibrahim dh menang walaupun pelbagai fitnah dan tohmahan yg dia terima sebelum ni...tak yah cerita la kan apa dia,smua org dh tau..


haaa..baru depa kenal sapa Anwar Ibrahim ni..tp rasanya depa 'tu' dah tau tp saja ja buat tak kenal..macam-macam fitnah terpalit kat badan Anwar tapi dia tetap 'mantain'..walau dihimpit dgn pelbagai perkara yg mmg menyesakkan tp penyokonh Anwar tetap berdiri teguh kat belakang dia..kuat btl pengaruh dia kan..


tahniah buat Dato' Seri Anwar Ibrahim dan pada smua pengundi di permatang pauh yg bijak membuat pilihan..


pada yg masih tak bijak tu,bijak-bijakkanlah diri anda..Allah menganugerahkan akal dan segala pancaindera kat kita,so gunakanlah dgn sebaiknya..gunalah mata utk melihat keadaan sekeliling,telinga utk mendengar dan mulut utk bersuara..then guna la akal yg Allah tak bg pd binatang utk mentafsir dan menilai sesuatu yang baik dan buruk..klu tak guna akal tu,berenti la jadi manusia..(boleh ke?)


~kerana sehelai bulu mata~

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya x pernah malakukan perkara itu..."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa "


Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."

Jawab malaikat, "INilah saksi-saksimu....."

Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang,"

disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"

Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu"

Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap"

Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"

Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu"

"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi,


" Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini."


Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"


"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."


Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."

PENGAJARAN YANG BOLEH DI AMBIL..

Walau sebesar mana pun kesilapan yang dilakukan, apabila ada kesedaran dan keinsafan..bertaubatlah dengan sepenuh hati. Maka Allah akan beri keampunan pada orang yang bertaubat.
Mudah-mudahan taubat kita diterima oleh Allah..
entri tahun 2008.sumber dari emel

Aug 26, 2008

.::bingkisan rindu::.




Song by Far East



Antara kita tiada rahsia

Susah dan senang tetap bersama

Terpatri namamu

Kau takkan kulupa


Sudah bertahun lama

Kita tidak lagi bersua

Hanya tinggal kenangan

Yang tak mungkin kita lupa

Kirimkan khabar selalu

Seiringan hembusan bayu

Sekadar pengubat rasa rindu dikalbu


Pantas masa berlalu

Meninggalkan kita semua

Tanpa disedari bertambahlah usia kita


Potret lama masih kusimpan

Kubingkaikan kenangan

Hingga terkadangku

Tersenyum sendirian


Oh perjalanan kita masih jauh

Jalanan berliku akan kita tempuh

Imbaslah kenangan semalam jadi azimat

Penguat semangat menempuh masa hadapan

Harapanku kau kan bahagia selalu


Padaku engkau penghibur duka

Pengubat hati resah kecewa

Dikala malamku kau bawa cahaya

Sematkanlah bingkisan rindu dikalbu


i luv this song very much...lagu ni ditujukan buat sahabat2 yg mengenali diri ini..thanks 4 being my friends,luv n miss u all so much..kirim-kirim la berita selalu ye..moga persahabatan kita semua diberkati dan diredhai Allah..moga berkekalan hendaknya..amin..












Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya