Mar 2, 2009

~JODOH TIADA KAITAN DENGAN KETURUNAN~

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Iabagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannyajauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannyasingkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untukmembina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itudalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuklelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right danbiar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak berimankemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta ditgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telahmelompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

"Seorang teman pernah berpesan.."Kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

"`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbaskembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

~bertambah lagi~

huh..lagi 2 hari bertambah lagi umur aku..pheww..makin tua ler..huhuhuhuh...tapi takpe la kan,makin matang..heh,konon la..apa2 pun alhamdulillah sbb Allah masih izinkan aku hidup sampai skrg ni..25 thn hidup kat dunia yg fana ni..suku abad dah..hmm..

umur dh 25..ape yg dah aku buat sepanjang hidup smpai hr ni? fikir sndiri la yana..

umur dh 25..ape yg aku nak buat lps ni? buat la ape2 pun..heh

umur dh 25..ape plk akan jadi lps ni? mcm2 blh jadi..

umur dah 25..bila aku nak kawen? hahahha soalan jenis ape nih?

mcm2 persoalan yg timbul kan benak aku ni..haii..dh 25 rupanya umur aku..rasa mcm baru je aku masuk sekolah..rasa mcm baru je aku main masak2 kat belakang umah..padahal zaman tu dh lama sgt berlalu..

sepanjang umur 25 ni,mcm2 dh aku lalui..pahit,manis,masam,masin,payau la..mcm2 la..25 thn tu dh lama..rasulullah kawen dgn saidatina khadijah masa umur 25..aku ni bujet nak gak kawen umur 25,ikut sunnah..mdh2 berkat tp smpai skrg ni takde calon lg..so kena tambah la bajet tu..hehehe...

kawen tu mmg sunnah tapi buat masa ni bkn kepentingan utk aku..apa yg aku nak skrg ni ilaha...satu PEKERJAAN yg baik n menjamin masa depan aku n keluarga..mudah2an bersempana dgn umur aku yg menjangkau 25thn ni,allah memakbulkan doa2 aku dgn menunjukkan jln yg betul agar aku dpt mencapai apa yg aku nak..AMIN

so.. HAPPY BIRTHDAY TO ME! SWEET 25

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya