May 22, 2012


1 REJAB 1433
 genap setahun kami disatukan. 
Alhamdulillah..



 Ya Allah YaLatif Ya Rahman Ya Rahim
Ya Allah, engkau mengetahui bahawa hati-hati
ini telah bersatu kerana mengasihimu,
bertemu untuk mematuhimu,
bersatu memikul amanahmu,
hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk mendaulatdan menyokong syariatmu,
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
akan jalannya yang sebenar. Penuhkan hati ini
dengan cahaya Rabbanimu yang tidak kunjung malap.
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan
keimanan dan keyakinan,
Jadikan kami suami/isteri yang soleh/solehah
dan berikan kebahagiaan yang berkekalan
buat kami di dunia dan di akhirat.
Amin Ya Rabbal Alamin.


May 11, 2012

Aktiviti Tahunan Yang Tak Kesampaian.

Assalamualaikum..

Apa khabar kawan-kawan semua? Rindu sungguh pada blog yang suram-suram kelam ini. Lagi rindu pada cerita-cerita sahabat blogger. Maaf pada mereka yang sudi menziarah teratak ini serta disulami oleh komen. Pertama-tamanya nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga pada yang memberikan pendapat pada entri sebelum ini. Segala pendapat dan komen tu semua telah siap yana print elok-elok dan beri pada dia. Alhamdulillah keadaan jadi baik-baik setelah membaca pendapat kalian. Nasiblah suaminya bukan penagih tegar. Sekali-sekala. Tapi yang sekali sekala itulah kita patut hapuskan supaya ianya tidak berkala lagi.


TERIMA KASIH DAUN KELADI.. LAIN KALI  BAGILAH PENDAPAT LAGI :)


Apa aktiviti tahunan yang tak kesampaian tu? Tahun ni yana terlepas pameran buku antarabangsa kuala lumpur (PBAKL). Sejak 4 tahun kebelakangan ini, menjadi kebiasaan dan acara tahunan yang wajib untuk pergi ke pameran buku tu. Tapi tahun ni tidak kesampaian. Ala-ala terkilan dan kempunan. Kalau mengandung sahlah anak yana lahir nanti air liur dia meleleh sebab mak dia tak dapat pergi pameran buku saja. Astaghfirullah, tak baik betul buat andaian macam tu.

Apabila dah pergi ke pameran buku tu, wajib juga pergi ke booth Jemari Seni dan wajib jugalah berjumpa dengan penulis kesayangan yana (orang lain juga) Noor Suraya aka Kaksu. Berjumpa dengan kaksu itu sebenarnya satu kemestian dan umpama tak lengkap kehidupan setahun ni andai tak bertentang mata dan bersembang-sembang dengannya. Cewahh..macam apa entah yana ni. Tapi memang betul. Walaupun berjumpa hanya setahun sekali, tapi kaksu sangat dekat dihati yana. Sedihnya tak dapat jumpa kaksu T__T



Mungkin ada yang keliru, yana ni sedih tak dapat pergi PBAKL ataupun tak dapat jumpa kaksu? Jawapannya kedua-duanya sekali. Ada satu lagi sebab iaitu tak dapat nak borong novel JS yang sudah pasti harganya didiskaunkan dengan hebat sekali dan ada pula hadiah yang disediakan mengikut terma dan syarat. Dan sudah pasti yana akan mengikut segala terma dan syarat hanya untuk mendapatkan hadiah yang bercop JS atau ADIWARNA atau apa-apa saja yang berkaitan dengan Jemari Seni. Obses sungguh.

Insyaallah kekecewaan ini akan ditebus dengan Pameran Buku Selangor. Harapnya kaksu ada karya terbaru. Entri berkenaan novel-novel kaksu pernah yana ceritakan disini. Sila beli kepada yang minat sebab rugi kalau tak memiliki. Untuk makluman kaksu tak ada bagi komisen pada yana untuk entri kerkaitan dengan dia ya!


p/s - aku telah bertukar menjadi yana ; yana kan nak menjadi gadis sopan lagi santun. ahaks..



Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya