Dec 30, 2009

666

jumlah pengunjung setakat hari ni 30/12/2009 sehingga jam 6 petang adalah 666 orang..satu angka yang cantik..hek3..tapi aku takleh nak copy lak mende alah tuh..

terima kasih kepada sahabat2 yang mengunjungi blog yang tak seberapa ni..moga kita sentiasa dilimpahi rahmat..

SALAM TAHUN BARU 2010..

Dec 29, 2009

Ketika Cinta Bertasbih

malam tadi tengok movie ketika cinta bertasbih.. best la cerita ni..memang korang patut tengok. novelnya aku tak penah baca lagi sebab ingatkan tak best.. tapi yang tak bestnya aku baru tengok ketika cinta bertasbih 1, yang versi keduanye tak dapat lagi..tak sabar sungguh nak tengok.. dalam filem ni, penulis novel-habiburrahman pun berlakon sekali. filem pertama indonesia yang buat pengambaran kat kaherah. aku pun tak tau mula-mula, hadi yang bagitau..kira puas hati la tengok movie ni kalu nak bandingkan dengan ayat-ayat cinta..memang hampeh movienya. kalau baca novel, boleh bandingkan la antara keduanya..memang lari habis. rasanya malam ni nak tengok lagi sekali sebab nak bagi faham sikit. almaklum la takde alih bahasa. mana la faham sangat bahasa indonesia ni. so kepada sesapa yang tak tengok lagi, tengok la..ada satu bab yang aku suka sangat time furqan dan family dia datang merisik ana althafunnisa. masa tu anna tetapkan syarat yang furqan tak boleh bernikah dengan orang lain selagi dia masih mampu menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. sebab katanya, dia teringin nak jadi macam saidatina khadijah, yang tak pernah hidup bermadu. tu tak bermakna dia menolak poligami. seandainya dia dah tak mampu nak jalankan tanggungjawab, maka silakan suaminya berkahwin lagi..huh.. kesimpulannya best la cerita ni bagi aku..patut la member aku kata sampai nangis2 maca novelnya. so lepas ni aku kena la baca novel pulak..malas nak baca e-novel. naik berpinar mata aku. mau juling dibuatnya.

Dec 28, 2009

ntah ler..

huh..nape la boring sangat hari ni?

sebab takde keje nak buat..

nape takde keje nak buat?

sebab memang dah takde keje..

iskk..takkan la kot?

hmm..nape? tak caye?

yela..tempat keje ape camtu, sampai takde keje?

abih tu..dah memang takde keje..

takde keje langsung2?

ade jugak la..

haa..keje ape?

keje makan, tido, bersembang..

weh..bukan ke makan gaji buta namanya tuh?

mane ade...tak baik cakap lagu tu..

abih tu ape ke namanye kalau bukan gaji buta?

kan ke aku celik lagi nih..siap blh menaip..bukan pakai keyboard braille tau!

ko ni bahasa melayu dapat ape ek mase SPM?

A1! jangan tak percaye..(dengan bangganya)

kalau dah A1 napenye tak paham2 peribahasa..

peribahasa ke tuh? tak perasan pulak..wakaka

nak rasa penampar sulong tak?

kalau sedap ape salahnye..kot rasa macam prosperity burger, memang best ah..

iskkk...tensen2..

lorrr...tensen plk dah..

(terus blah..) ngeh3..

sekian..

Dec 23, 2009

::tilik nasib::

salam alaik..

tersebutlah kisah dalam sejarah buat pertama kalinya ada seorang makcik merangkap ibu saudara kepada seorang sahabat aku, menilik nasib aku (macam tak best je bunyinya). actually bukan tilik yang macam mana, dia just tengok apakah ada keserasian antara aku dan pasangan yang bakal jadi suami aku nanti

huh..ni sapa-sapa yang kenal aku ni mau terkejut gorila. tapi hangpa semua jangan la jadi gorila lagi sebab ni semua hanyalah telahan yang dibuat berdasarkan ilmu yang Allah bagi. yalah, orang islam ni mana boleh percaya karutan-karutan macam ni. syirik jadinya. tapi makcik ni dia guna ilmu alif ba ta 30 katanya. apa tu? entah la..sebab aku tak dikurniakan ilmu yang serupa tu..

macam mana boleh tetiba saja makcik yang aku panggil maklong tu nak *menengok* aku?(*menengok=gaya bahasa orang kedah)
ianya bermula apabila aku ikut kawan aku yang nak kahwin p ambik inai kat rumah tok dia. tok dia pulak duduk sekali dengan maklong dia. duduk dua beranak saja. sampai situ time waktu makan tengahari, jadi dengan muka yang slamber aku pun makan di situ setelah dipelawa.

selesai makan kami pun bersembang-sembang. maklum la, orang kedah ni kan peramah. bila orang kedah + orang kedah jadinya peramah kuasa dua la. dalam bersembang-sembang tu, maklong tanya kat aku, dah ada kawan ke? gaya tatabahasa orang kedah ni sangat la halus. kawan tu maksudnya boipren la tuan-tuan dan puan-puan..aku cakap la takdak. dia tak percaya. mak long..mak long..mak long ingat saya ni lawa sangat ka sampai ada orang nak..

mak long masih tak berpuas hati nampaknya. masih lagi mengorek kerahsiaan yang terpendam walaupun topik telah diubah kepada keadaan cuaca masa kini. jadi aku pun dengan bestnya menyebut nama salah seorang lelaki yang agak rapat dengan aku dan namanya terpaksa dirahsiakan disini untuk kemanan dunia sejagat. kawan-kawanku semua tak payah la tanya sapa si polan tu sebab aku takkan bagitau punya. jangan marah ye..mak long berpuas hati dan terus bangun ambik lidi-lidi untuk dibuat pengiraan..

setelah dikira, dihitung dan disusun, pertama sekali keluar perkataan rugi. maksudnya keadaan aku dengan si polan yang diberikan namanya tadi. owh..rugi la pulak..nanti sat..ada banyak lagi..kali kedua pun rugi jugak, adoiii....ada lagi lidi tu..kira tambah tolah bahagi semua, keluar la pulak gedung..maklong kata bagus kalau ada gedung. maksudnya ada la harta yang boleh dikumpul.

bukan sampai setakat tu saja, ada lagi...kira lagi dapat pulak kasih..uihh..aku tanya sapa yang kasih? dia kata sama-sama la,hehhee..lawaknya..sekali lagi ada hina pulak. iskk..sapa pulak yang hina ni. maksudnya nanti mungkin akan ada rasa tak puas hati dikalangan keluarga aku pada dia, ataupun keluarga dia pada aku..takutnya..dan lastly ada sayang.

jadi lengkaplah sebuah rumahtangga..ada kasih dan sayang, ada gedung. tapi setiap rumahtangga tu tak akan tak ada masalah. jadi ada la rugi dan hina. semua tu ujian dan dugaan dalam berumahtangga.

ada satu lagi perkara yang nak dikongsikan kat sini adalah berkenaan poligami. bila maklong tengok tapak tangan aku, dia kata aku ni bakal hidup bermadu. dan hidup bermadu bukan sekejap tapi sampai ke akhir hayat. aku kata, tak kisah kalau bermadu tapi biarla orang yang ambik suami aku tapi jangan aku yang ambik suami orang. maklong kata tak tau la sapa amik yang sapa.

bila aku cerita kat maknjang, maknjang kata kalau sapa-sapa yang kat tapak tangan dia ada retak madu, memang tak bolah lari dah. bukan lari ke pegunungan vanuatu ataupun karambunai tapi tak bolah lari dari akan hidup bermadu. macam mana rupa retak madu tu? kena tunjuk kat aku dulu la tapak tangan korang. baru boleh bagitau.

tapi apa-apa pun maklong dah pesan, jangan percaya sebab semuanya Allah dah tentukan. tapi ilmu ni pun Allah yang bagi cumanya kita sebagai hamba wajib bergantung harap pada Dia. jadi lega la sikit perasaan aku sebab mula-mula aku dok fikir jugak, syirik dah ke aku ni. yalah, dok buat macam tu..lepas tu maklong pulak keluarkan ayat-ayat quran yang berkaitan (sorry aku tak ingat) jadi aku tak la sangsi pada pegangan maklong. lagipun dia berguru dengan tok giru yang tersohor kat tempat aku yang mana mak, abah dan aku sendiri pun berguru pada tok guru yang sama.

bila dah start kerja, aku pun cerita kat kawan-kawan aku sambil aku membelek tapak tangan depa. nampaknya ada sorang yang ada retak madu tapi pendek ja dan bersambung dengan garisan lain. kalau ikut kata maklong, maksudnya dia pun bakal hidup bermadu tapi sekejap. nampaknya aku bakal dapat payung emas..haha..layakkah? wallahu'alam.

apa-apa yang berlaku dah pun Allah tetapkan sejak azali. jadi aku hanya mampu bertawakal seterusnya berusaha untuk dapatkan yang terbaik. tapi aku tak mampu untuk tahu apakah yang Allah dah tetapkan. tapi aku yakin bahawa Allah itu maha penyayang pada hamba-hambaNya. setiap yang dah ditetapkan sama ada baik atau buruk semuanya adalah baik-baik belaka kerana ianya ditentukan oleh pencipta yang maha bijaksana dan maha berkuasa atas segala yang dilangit dan dibumi.

cukup la sekadar ini saja untuk dikongsi bersama.

wassalam...

Dec 22, 2009

~new born~

salam..

alhamdulillah adik ipar aku selamat lahirkan anak sulungnya merangkap my first nephew n first granchild untuk mak abah aku..bayi lelaki berat 3.2 kg lahir pada hari khamis 17 disember 2009 bersamaan 30 zulhijjah 1430h..

suke la mak ngan abah tu dah dapat cucu..aku n adik2 mesti la suka jugak kan, tak usah cakap la..setakat ni belum melawat lagi sbb baby lahir kat langkawi, so susah la nak pegi sbb nak kena naik bot la bagai..kalau blh naik kete terus sampai mmg hari tu jugak pegi..

ops..nama baby tu farhan aminuddin, tak tau la ada muhammad ke tak kat depan..kalau ada, mmg panjang la nama dia..muhammad farhan aminuddin bin mohd zulhakimi..panjang bebenor nama kamu ye farhan..takpe la, janji elok maknanya..mudah2an jadi anak yang soleh untuk ummi n abi..

tak sabar nak tgk anak sedare aku yang sorang ni..tak sabar nak tgk dia membesar, pandai ckp..haila..tu baru anak orang, belum anak sendiri lagi..hehhee..
ok la farhan, mummy will visit u soon ya..insyaallah new year nnt kalau takde aral sampai la..

Dec 16, 2009

::TroUBLe iS a FRieNd::

Trouble Is A Friend-Lenka

Trouble will find you
No matter where you go
Oh, oh
No matter if you're fast
No matter if you're slow
Oh, oh
The eye of the storm
Wanna cry in the morn
Oh, oh
You're fine for a while
But you start
To lose control

He's there in the dark
He's there in my heart
He waits in the wings
He's gotta play a part
Trouble is a friend
Yeah
Trouble
Is a friend of mine
Ahh

Trouble is a friend
But trouble is a foe
Oh, oh
And no matter
What i feed him
He always seems to grow
Oh, oh
He sees what i see
And he knows
What i know
Oh, oh
So don't forget
As you ease
On down my road

He's there in the dark
He's there in my heart
He waits in the wings
He's gotta play a part
Trouble is a friend
Yeah
Trouble
Is a friend of mine
So don't be alarmed
If he takes you
By the arm
I roll down the window
I'm a sucker
For his charm
Trouble is a friend
Yeah
Trouble
Is a friend of mine
Ahh

How i hate the way
He makes me feel
And how i try
To make him leave
I try
Oh, oh, i try

But he's
There in the dark
He's there in my heart
He waits in the wings
He's gotta play a part
Trouble is a friend
Yeah
Trouble
Is a friend of mine
So don't be alarmed
If he takes you
By the arm
I roll down the window
I'm a sucker
For his charm
Trouble is a friend
Yeah
Trouble
Is a friend of mine
Ahh

hmmmm...

salam alaik..

alhamdulillah dah selesai urusan temuduga hari tu..
dapat ke tak tu urusan Allah..mudah2an Allah dah tetapkan rezeki aku kat situ..kalu takde, bukan yang terbaik la untuk aku..apa-apa keputusan pun aku tetap redha, insyaallah..

dalam tak sedar dah nak masuk tahun baru..sekejap sungguh masa berlalu..rasa macam angin lalu je..dalam sedar tak sedar ni dah 9 bulan aku keje dgn hj.sahlan..macam-macam pengalaman dapat..

tapi sekarang ni aku macam dah tak semangat nak keje kat sini..yelah, ramai yg berenti..faizah pun sampai hujung bulan ni je sbb dapat tawaran sambung belajar..dah la aku bertahan kat sini sebab ada dia je, dia pulak nak pegi..

ingat lagi sebelum dia dapat tawaran belajar, aku dapat tawaran temuduga..dia kata kalau aku dapat keje tu, dia pun nak cari keje lain..tapi namapknya dia tinggalkan aku dulu la..haila..result interview tu kuar bulan 1 nnt..so terpaksa la tunggu jugak..

tak dinafikan aku seronok keje kat sini..takde tekanan keje, relax je..tapi time keje banyak, mmg banyak la..sampai terpaksa tido kat ofis sebab nak siapkan keje..tapi memang best..kawan-kawan yang memahami..ala, kalau selisih pendapat kadang2 tu bese la kan..nama pun kawan..kalau tak jadi gitu kita tak kenal la perangai kawan kita yg sebenar..

sayang nak tinggalkan tempat keje ni, tapi aku kena cari keje yang lebih baik untuk bantu keluarga..even mak abah tak kisah tapi sebagai anak aku rasa bertanggungjawab untuk tu..jadi doakanlah aku dapat keje yang lebih baik dan dalam masa yang sama aku still dapat bantu keje-keje dakwah dan kebajikan..amin..

cukup setakat ni..jumpe lagi..

salam...

Dec 15, 2009

sesaje je...

menaip dalam gelap..bertambah power la mata aku..punya la nak update blog. padahal bukannye ade pe pun nak cerita..opss..actually banyak sekali benda nak di ceritakan tp tunggu la esok-esok..sabar ckit..heh

baru sampai dari kedah petang tadi..lama sungguh bercuti..kalu ikutkan hati tak mau blk kl dah..huhuhu..hari kamis ni kena blk lagi..alamak..tak ingat nak check tiket ade lagi ke tak..

ok..kite check online skrg..

GTG..

Dec 4, 2009

korban di Darfur

salam alaik..

alhamdulillah..segala puji bagi Allah yang berkuasa atas segala-galanya..

maka dengan keizinanNya, ibadah korban di Darfur telah selamat disempurnakan pada hari raya iduladha baru-baru ini..alhamdulillah, sebanyak 165 ekor lembu dan 44 ekor kambing ditumbangkan di sana bagi membantu saudara-saudara kita yang dalam kesusahan..syukur ya Allah..terima kasih atas rezeki yang Kau kurniakan..

wakil dewan pemuda masjid ke Darfur insyaallah akan sampai di Malaysia esok iaitu ustaz taqiuddin dan nazmir..dalam kereta masa balik dari meeting, dr.nawar bagitau flight dorang delay..masa nak berlepas kapal terbang tak boleh melonjak naik..subhanallah..lepas tiga kali percubaan,tak berjaya jugak..jadi kesemua penumpang turun dan masuk semula ke terminal..kuasa Allah, siapa kita nak melawan? mudah-mudahan segalanya berjalan lancar dengan izinNya..

wallahu'allam

::ketika cinta bertasbih::

Bertuturlah cinta mengucap satu nama
Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu

Bisikkan doaku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pintaku pada Maha Cinta
Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta

Cinta…

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Ketika cinta bertasbih

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya