salam alaik..
tersebutlah kisah dalam sejarah buat pertama kalinya ada seorang makcik merangkap ibu saudara kepada seorang sahabat aku, menilik nasib aku (macam tak best je bunyinya). actually bukan tilik yang macam mana, dia just tengok apakah ada keserasian antara aku dan pasangan yang bakal jadi suami aku nanti
huh..ni sapa-sapa yang kenal aku ni mau terkejut gorila. tapi hangpa semua jangan la jadi gorila lagi sebab ni semua hanyalah telahan yang dibuat berdasarkan ilmu yang Allah bagi. yalah, orang islam ni mana boleh percaya karutan-karutan macam ni. syirik jadinya. tapi makcik ni dia guna ilmu alif ba ta 30 katanya. apa tu? entah la..sebab aku tak dikurniakan ilmu yang serupa tu..
macam mana boleh tetiba saja makcik yang aku panggil maklong tu nak *menengok* aku?(*menengok=gaya bahasa orang kedah)
ianya bermula apabila aku ikut kawan aku yang nak kahwin p ambik inai kat rumah tok dia. tok dia pulak duduk sekali dengan maklong dia. duduk dua beranak saja. sampai situ time waktu makan tengahari, jadi dengan muka yang slamber aku pun makan di situ setelah dipelawa.
selesai makan kami pun bersembang-sembang. maklum la, orang kedah ni kan peramah. bila orang kedah + orang kedah jadinya peramah kuasa dua la. dalam bersembang-sembang tu, maklong tanya kat aku, dah ada kawan ke? gaya tatabahasa orang kedah ni sangat la halus. kawan tu maksudnya boipren la tuan-tuan dan puan-puan..aku cakap la takdak. dia tak percaya. mak long..mak long..mak long ingat saya ni lawa sangat ka sampai ada orang nak..
mak long masih tak berpuas hati nampaknya. masih lagi mengorek kerahsiaan yang terpendam walaupun topik telah diubah kepada keadaan cuaca masa kini. jadi aku pun dengan bestnya menyebut nama salah seorang lelaki yang agak rapat dengan aku dan namanya terpaksa dirahsiakan disini untuk kemanan dunia sejagat. kawan-kawanku semua tak payah la tanya sapa si polan tu sebab aku takkan bagitau punya. jangan marah ye..mak long berpuas hati dan terus bangun ambik lidi-lidi untuk dibuat pengiraan..
setelah dikira, dihitung dan disusun, pertama sekali keluar perkataan rugi. maksudnya keadaan aku dengan si polan yang diberikan namanya tadi. owh..rugi la pulak..nanti sat..ada banyak lagi..kali kedua pun rugi jugak, adoiii....ada lagi lidi tu..kira tambah tolah bahagi semua, keluar la pulak gedung..maklong kata bagus kalau ada gedung. maksudnya ada la harta yang boleh dikumpul.
bukan sampai setakat tu saja, ada lagi...kira lagi dapat pulak kasih..uihh..aku tanya sapa yang kasih? dia kata sama-sama la,hehhee..lawaknya..sekali lagi ada hina pulak. iskk..sapa pulak yang hina ni. maksudnya nanti mungkin akan ada rasa tak puas hati dikalangan keluarga aku pada dia, ataupun keluarga dia pada aku..takutnya..dan lastly ada sayang.
jadi lengkaplah sebuah rumahtangga..ada kasih dan sayang, ada gedung. tapi setiap rumahtangga tu tak akan tak ada masalah. jadi ada la rugi dan hina. semua tu ujian dan dugaan dalam berumahtangga.
ada satu lagi perkara yang nak dikongsikan kat sini adalah berkenaan poligami. bila maklong tengok tapak tangan aku, dia kata aku ni bakal hidup bermadu. dan hidup bermadu bukan sekejap tapi sampai ke akhir hayat. aku kata, tak kisah kalau bermadu tapi biarla orang yang ambik suami aku tapi jangan aku yang ambik suami orang. maklong kata tak tau la sapa amik yang sapa.
bila aku cerita kat maknjang, maknjang kata kalau sapa-sapa yang kat tapak tangan dia ada retak madu, memang tak bolah lari dah. bukan lari ke pegunungan vanuatu ataupun karambunai tapi tak bolah lari dari akan hidup bermadu. macam mana rupa retak madu tu? kena tunjuk kat aku dulu la tapak tangan korang. baru boleh bagitau.
tapi apa-apa pun maklong dah pesan, jangan percaya sebab semuanya Allah dah tentukan. tapi ilmu ni pun Allah yang bagi cumanya kita sebagai hamba wajib bergantung harap pada Dia. jadi lega la sikit perasaan aku sebab mula-mula aku dok fikir jugak, syirik dah ke aku ni. yalah, dok buat macam tu..lepas tu maklong pulak keluarkan ayat-ayat quran yang berkaitan (sorry aku tak ingat) jadi aku tak la sangsi pada pegangan maklong. lagipun dia berguru dengan tok giru yang tersohor kat tempat aku yang mana mak, abah dan aku sendiri pun berguru pada tok guru yang sama.
bila dah start kerja, aku pun cerita kat kawan-kawan aku sambil aku membelek tapak tangan depa. nampaknya ada sorang yang ada retak madu tapi pendek ja dan bersambung dengan garisan lain. kalau ikut kata maklong, maksudnya dia pun bakal hidup bermadu tapi sekejap. nampaknya aku bakal dapat payung emas..haha..layakkah? wallahu'alam.
apa-apa yang berlaku dah pun Allah tetapkan sejak azali. jadi aku hanya mampu bertawakal seterusnya berusaha untuk dapatkan yang terbaik. tapi aku tak mampu untuk tahu apakah yang Allah dah tetapkan. tapi aku yakin bahawa Allah itu maha penyayang pada hamba-hambaNya. setiap yang dah ditetapkan sama ada baik atau buruk semuanya adalah baik-baik belaka kerana ianya ditentukan oleh pencipta yang maha bijaksana dan maha berkuasa atas segala yang dilangit dan dibumi.
cukup la sekadar ini saja untuk dikongsi bersama.
wassalam...
Ini Blog Saya |
0 respons:
Post a Comment