Mar 31, 2010

hmm..

salam..

hari ni jiwa sedikit tenang..
esok? entahlah..
kita tak mampu nak meramalnya..

apa pun, hidup mesti diteruskan..

dah banyak hari rindu kat farhan. rindu sangat. awat la farhan dok kat langkawi, kalau tak senang jaddi, jaddati nak tengok. amati pun sama. dah besaq mana farhan sekarang? umi kata berat badan farhan dah naik. alhamdulillah..harap-harap farhan sihat selalu. jangan mengamuk ya. kesian abi dan umi.

bila farhan nak balik kampung lagi? amati ada hadiah untuk farhan tau. balik la..kalau tak balik, amati taknak bagi la ^_^

umi cerita farhan dah pandai gelak besar sekarang. amboi-amboi, bukan main dia ya. dah macam orang besar. apa yang lawak pun tak tau.

amati ada belikan clothes diapers untuk farhan. lepas ni tak payah pakai lampin pakai buang lag. tak elok untuk kesihatan. ya la, bahan-bahan yang depa guna tu tak elok. kertas kitar semula. untuk digunapakai balik, mereka yang tak bertanggungjawab ni buat pampers dan pad pulak. ada dioksin, bahaya. sebab tu la banyak orang dapat kanser sekarang.

lagipun jimat kalau pakai clothes diapers ni kalau nak bandingkan dengan pampers yang umi dan abi beli untuk farhan tu. cumanya kena basuh saja. jadi ibu-ibu kat luar sana kena la jadi rajin.

minggu ni amati nak balik rumah jaddi dan jaddati. ada hal yang perlu dibereskan. kalau ikutkan hati, amati nak terbang saja p langkawi. rindu sangat kat farhan. farhan tak rindu amati?

ok la. amati nak solat dulu.
salam..

Mar 27, 2010

PadaMu aku berserah...

salam utk semua..

kenapa keadaan jadi macam ni ye? kenapa perlu sangat complicated. padahal rasanya biasa-biasa saja..atau aku yang menjadikan ianya luar biasa?

penat.letih.buntu.

rasanya perkataan tu yang sesuai kot. aku penat dah nak fikir. aku letih nak ambil kisah pasal semua orang dan buntu untuk buat keputusan.

entah betul atau tak keputusan yang aku buat ni. tapi rasanya dah fikirkan segala baik buruk, dah tengok semua dari sudut negatif dan positif. tapi cukup ke? entah la..hanya Allah yang mengetahui segalanya.

apa pun keputusannya, aku redha dan tabah untuk semua. moga kekuatan ini terus bertahan selama yang boleh. mohon Allah pinjamkan kekuatan dan ketabahan ini untuk satu tempoh yang panjang..ke akhir hayat, mungkin?

sungguhlah yang hati dan perasaan ni tak boleh dipaksa-paksa. kalau suka, sukalah jugak. kalau dah tak suka, tak sukalah rasanya. tapi perasaan tu boleh di pupuk dan di kikis sikit-sikit kan? harap begitulah.

kalau dah suka, berterus terang sajalah, dari terus memendam rasa yang cukup menyeksakan. bukankah itu tak baik untuk hati sendiri? menderita dan merana di dalam tapi di luar nampak gembira dan ceria. sampai bila mampu bertahan?

apa juga yang berlaku, semuanya telah Allah takdirkan sejak azali. kita hanya mampu berdoa dan berusaha untuk dapatkan yang terbaik. dan Allah telah memberikan kita peluang dalam hidup ini. terpulang kepada kita untuk memilih.
semestinya kita memilih untuk jadi yang terbaik kan? kerana kita adalah insan terpilih dan berjaya sejak dari mula lagi.

"Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dariMu dengan ilmuMu, aku minta kekuatan dariMu dengan kekuatanMu, aku minta dariMu dari kelebihanMu yang banyak. maka sesungguhnya Engkau berkuasa, aku tidak berkuasa. Engkau mengetahui bahkan Engkau sangat mengetahui segala perkara ghaib..

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, pada duniaku dan baik pada kesudahan urusanku, maka tentukanlah untukku dan mudahkanlah dan berkati aku padanya.

Andai perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku serta kesudahan urusanku, maka jauhkanlah ia dariku dan jauhkanlah aku darinya.

Ya Rahman, tentukan kebaikan untukku di mana saja aku berada dan redhakan aku padanya.."

amin...

Mar 24, 2010

tapi..

salam..

sekarang ni kenapa la terjangkit penyakit "malas update blog" ntah. kalau dulu bukan main lagi rajin, tapi sekarang..entah la...tengok sendiri la. aduh..

sekarang ni asyik berfacebook saja. seronok tengok aktiviti kawan-kawan. kawan-kawan lama zaman tok kaduk dulu pun terjumpa balik, alhamdulillah..

hari ni tak buat apa-apa. macam bosan sangat. rasa macam nak keluar pegi book fair ja. alahai..tak dapat nak pegi lagi. tak sabar nak beli novel kat booth jemari seni. takut sangat kalau-kalau beg yang jemari seni offer tu habis. huh..
bila dapat pegi ni??

rasa macam nak pegi hari ni. tapi macam penat pulak kalau pegi time balik kerja. tapi sebenarnya dah tak sabar nak beli dan baca novel-novel tu. banyak sungguh tapi..
tapi..tapi..tapi..

memang nak pegi time balik keja tapi (tapi lagi) takde orang nak temankan la pulak. tu satu masalah. tapi (ada lagi) buat apa nak tunggu orang. bukannya tak biasa pun keluar sorang-sorang. tapi(masih lagi tapi) kalau ada kawan lagi best..

sarah..awat la time ni hang dah praktikal. kalau tak aku boleh p dengan hang..rindu kat sarah damm much...huhuhu..

banyaknya tapi dalam hidup. bukankah tapi itu alasan semata-mata?

hendak seribu daya, mahu seribu cara.

jadi fazhana...tiada alasan, tiada sebab dan tiada siapa pun yang dapat merubah kehidupan kita!

bangunlah!!

*apa yang aku melalut ni? apa-apa je la..blog aku, ikut suka aku la..

Mar 4, 2010

::4 Mac 2010::

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.


Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.


Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.


Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.


Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.


Ya Al Hakiim...berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.


Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku si yatim piatu ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.


Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya