Feb 22, 2011

apa perasaan anda kalau...

apa perasaan korang bila dapat mesej macam ni..

"salam yana, kiteorang tengah fikir wedding present, nak kena beli awal sebab time tu mesti kiteorang tengah weng sebab stress :D jadi nak nama penuh yana dan amir dan ic number. kalu dalam bajet kami, kami nak belikan flight ticket. hehe tapi kalau bajet lari, akan beli benda lain, tapi nak info tu. pergi topup dan pasti sms balik k.."

wah..macam nak melompat dalam kereta je.*sebab dapat sms ni masa tengah drive. ni sms dari kawanku yang manis dan comel bernama NAJAH. siap nak taja honeymoon. ilebiu dear..hehe..kalau tak bagi pun tetap sayang juga ^___^ tak pasti tu hadiah bersama dengan siapa. mungkin dengan sheryl juga. sheryl yang ada baby girl yang cumel.. alena namanya..

u all memang best la. even jarang jumpa walaupun dekat sebab masing-masing sibuk dengan kerja, tapi u all still concern about me. i love u all forever tau! rasa nak peluk ketat-ketat..cewahhh..

apa-apa pun hadiah tu tak penting. yang penting ialah u all sentiasa kenang daku dalam doamu. ayat klasik gitu. moga hubungan persahabatan yang terjalin akan kekal selamanya. segala jasa dan budi kalian hanya Allah yang mampu membalasnya..amin

tak payah la tanya tiket kapal terbang tu destinasinya dimana. sibuk je nak tahu. bukan main lagi korang ye. tunggu je la. kalau murah rezeki najah, aku buat la entri pasal vacation tu. tapi tahun depan la..tu pun kalau rajin..ahaks. eh..aku memang rajin kan? dah berapa entri asyik cakap macam tu. biarlah aku puji diri sendiri pun. itu kan doa. nak harap siapa lagi puji?

thanks a lot najah sebab sudi tanya pasal majlis. yana doakan najah n sheryl pass the exam with flying colour..mahal tu RM8k..biar sekali ambik je..nanti boleh jadi lawyer..yeay.. miss u all so muchie ^_____^

*mesej semacam ini membuatkan aku terharu berkati-kati

hari ini dalam sejarah 2

hari ini dalam sejara h ada 2 episod la pulak. lupakan dahulu entri pasal memasak. hari ini lebih bersemangat untuk bercerita pasal kereta yang rosak untuk kali kedua.

kenapa ye bila aku keluar dengan iema je, kereta rosak. asal kereta rosak je aku dengan iema..isk, unser tu sangat dengki dengan aku la. padahal aku sayang dia sepenuh jiwa. sungguh ni!tapi sampai hati sungguh dia rosak time aku drive. kenapa tak rosak time tak ada orang drive dia? apa jenis soalan ni? tak relevan langsung.

kali ni kerosakan berganda berbanding dengan hari tu. cumanya kali ni kami tak ada bersuka ria naik towing truck. kali ini gagahkan diri dan cekalkan hati untuk sampai ke bengkel dengan kereta mengeluarkan bunyi yang boleh menyebabkan jantung kita berdegup laju-laju. nasib baik dekat saja. kalau jauh, sah la unser tu terpaksa duduk sorang-sorang dia kat tepi jalan.

kerosakan kali ini adalah melibatkan compressor aircond. pulak dah. disebabkan kerosakan ini berganda dari kerosakan sebelum ini, maka bayarannya juga berkali-kali-kali-kali ganda. masa untuk menunggu sementara kereta disiapkan juga berkali-kali ganda berbanding sebelum ini. sempat juga tertidur kat atas kerusi di workshop tu.
*buat muka tak malu tidur atas kerusi malas uncle mekanik.. 

bayaran yang dikenakan cumalah RM700 T________T kalau duit sendiri, mahu menangis dengan air mata bertimba-timba. almaklum la sekarang ini penyakit poket gersang sedang melanda. jadi dua tiga hari lagi barulah ada air sikit. jadi terpaksa bersabar. cas RM700 tu termasuk sekali dengan servis. tukar minyak hitam dan sebagainya. kira murah la tu kan? yeke? murah sebab bukan duit aku.. haha

jadi hari ni sekali lagi perlu ke shah alam untuk selesaikan urusan yang tak kesampaian akibat dari berlakunya peristiwa hari ini dalam sejarah yang pertama. kepada toyota unser, tolong beri kerjasama yang baik kepada kami. jutaan terima kasih diucapkan atas kerjasama yang diberi. ilebiu unser. nanti i belanje u mandi kat carwash ye!

Feb 20, 2011

Saya Rajin?

wah..tajuk macam apa tu? soalan atau statement? tidak nampakkah anda pada tanda soal itu? tolong jangan abaikan ye..

saya bukanlah spesis yang masuk almari tutup sendiri. biasanya orang yang akan tutupkan..ahaks..yang jelasnya saya juga hairan dan kagum dengan diri saya ini. why? sebab saya tetiba ter-rajin-meng-update-blog-ini-hari-hari. oh..sangat rajinlah saya (intonasi riak) padahal kerja lain berlambak-lambak! harus la kena marah.

hari ini saya telah pun pergi menambah ilmu didada..ala..korang dah tahu kan? bukan ke aku dah bagitau sebelum ni? ye betul..belajar memasak. rajin tak aku? (kata ganti nama adakalanya akan bertukar dr saya ke aku atau aku ke saya mengikut mood penulis) puji la korang..aku rajin kan? sila lempang laju-laju.

tapi untuk entri kali ni, bukan nak bercerita pasal kelas memasak tau..cerita ini sama sekali tak ada kena mengena. cerita pasal kelas memasak saya tu akan di post pada entri akan datang..eh, suka aku la nak cerita bila kan? ni cerita sapa? saya atau awak?

aku cuma nak cerita yang tadi pegi makan dengan mr.right. teringin nak makan nasi goreng kampung yang pedas. bila nasi tu sampai, bayangkan tak ada sebutir cili, jangan kata cili..biji cili pun aku tak nampak..sentap selera mak tau..sabar je la. aku salah order ke? aku cakap nasi goreng kampung, nak pedas ye..

adakah makcik yang ambik order tu dengar tak pedas? oh makcik, sila korek telinga ye lain kali..terima kasih..

jadi  nasi goreng tu aku makan 3 sudu saja dan mintak kakak tu bungkus. sambil tu sempat juga aku pesan untuk dia tambahkan cili potong dalam nasi tu..jadi aku tengok je la mr.right makan char kuew teow tanpa dia mempelawa aku untuk rasa makanannya (muka boring). tak prihatin langsung! T___T

balik rumah baru makan..bila dah pedas sikit baru la selera membuak-buak. tapi tak boleh makan banyak ok. nanti tak muat baju bling-bling..sila ambil perhatian bab ni. selepas sahaja majlis berlangsung, siap la inche makanan..akanku makan dirimu semahunya aku..ha..ha..ha.. (gelak orang kaya)

jadi malam ni aku akan rajinkan diri untuk menggodek-godek henfon mr.right ni. kot-kot ada gambar miss left lain ke kan? huh, takde masa ok? (sambil check picture gallery)
*kenapa henfon mr.right ada pada saya? sebab henfon saya ada pada dia..jelas tak?
sekarang ni, saya nak rajinkan diri untuk menonton tv..rajinnya saya..saya suka..

Feb 19, 2011

Lelaki dan Wanita

sejak2 takde akaun fb ni, jadi rajin pulak mengemas rumah..maklum le, takde apa nak buat bila online..

Lelaki vs Wanita
hari ni mari kita bercerita pasal lelaki dan wanita..lelaki selalu cakap yang mereka susah nak faham dengan wanita.wanita pulak kata, susahnya nak memahami sikap lelaki.
jadi siapa yang harus faham siapa?

Sikap Wanita Yang Disukai Lelaki
di blog TENTANG CINTA ada mencerita kan tentang perihal sikap wanita yang disukai oleh lelaki..ada 8 sikap yang disukai kaum lelaki iaitu

  1. keanak-anakkan
  2. penuh pengertian
  3. menghargai
  4. menjaga penampilan
  5. pandai berbicara
  6. pandai bergaul dan menyesuaikan diri
  7. menghormati diri sendiri
  8. simpati dan prihatin
lelaki ni rupa-rupanya suka wanita bermanja-manja dengan diorang..yeke? bukan ke ada lelaki suka wanita yang tegas dan berdikari? ini adalah hasil kajian. jadi bukan 100% yang setuju ok? jadi kalau tak setuju sila angkat kaki dari rumahku ini. pintu keluar disebelah kanan bahagian atas ye..

lelaki mengharapkan wanita yang memahami jiwa raga mereka. hmm...betul la tu. wanita pun sama. tapi sebenarnya aku ni masih lagi tercari-cari formula nak memahami lelaki ni. almaklum, tak lama lagi bakal hidup berdua dengan kaum lawan jenis  ni. mungkin wanita agak emosional dan suka berfikir bukan-bukan (akukah itu?) 

lelaki ni kan jenisnya tak suka berkias-kias..betul tak kaum lelaki? wanita pula tak suka berterus terang. tak ke sifat kontra berlaku disini? jadi dah jumpa la formulanya. wanita kalau ada rasa tak puasa hati, berterus terang sajalah. lelaki pulak, kena la belajar cara untuk memahami bahasa kiasan. boleh gitu?

bukan saja lelaki suka wanita menghargainya, wanita juga nak dihargai. selalunya wanita kata lelaki tak hargai dia, lelaki pulak sebaliknya. hai..peningku fahami dirimu, peningku mengikut rentakmu.. (lagu ezlynn n m.daud kilau)
siapa yang tak hargai siapa ni? sebenarnya masalah berfikir diriku dirimu tak dihargai ni adalah disebabkan oleh salah faham je..sapa setuju sila angkat tangan ye..kadang-kadang, sesuatu yang dibuat oleh lelaki ataupun perempuan itu,seringkali tidak diketahui oleh pasangan yang mereka mengharapkan penghargaan. faham tak? bahasa melayu je ni..belum guna bahasa uganda lagi..hahha..

ok..ok..contohnya la, seorang wanita beli kek pada lelaki dan lelaki tu just cakap terima kasih. sedangkan siwanita mahukan ayat-ayat romantik dan puji-pujian atas apa yang telah dilakukan. tetapi lelaki pula tak tahu yang pasangannya nakkan dia cakap macam tu..jadi, berlakulah salah faham dimana lelaki tu kononnya tak menghargai. situasi kedua bila lelaki bagi sekuntum bunga pada wanita dan wanita juga ucapkan terima kasih serta diiringi ayat-ayat romantis..lelaki pulak hanya balas, biasa ja(sila lempang laju-laju)...sedihkan?

ini hanyalah contoh dan tidak ada kena-mengena dengan orang yang hidup mahupun telah meninggal dunia.

jadi..apa yang perlu dilakukan?
~hantukkan kepala anda sekuatnya kearah dinding berdekatan~lalalalaa

Saling Memahami dan Bertolak Ansur
kesimpulannya, lelaki harus cuba untuk memahami sikap wanita dan wanita juga cuba faham akan kehendak lelaki. lelaki tidak seharusnya mengambil sikap sambil lewa terhadap wanita dan wanita jangan terlalu berburuk sangka dan berfikir bukan-bukan tentang lelaki. masing-masing perlu bertolak ansur dan sentiasa berfikir positif terhadap pasangan masing-masing. 

Terima Seadanya Dia
yang terakhir dan yang paling penting kita perlu menerima seadanya sikap dan sifat pasangan kita. jangan terlalu mengharap yang kita akan dapat orang yang begini dan begitu mengikut citarasa dan kehendak kita. siapa pun yang Allah tentukan untuk kita, maka itulah yang terbaik untuk diri kita. maka belajarlah untuk menerima segala kekurangan dan kelebihan dirinya. sentiasa berdoa supaya rumahtangga yang dibina mendapat berkat dan rahmat dari Illahi. saling berbincang dan bermuhasabah sesama sendiri, insyaallah mahligai yang dibina akan kekal harmoni dan abadi hingga ke syurga..

moga kita semua akan berbahagia didunia dan seterusnya mendapat kebahagiaan yang kekal di akhirat sana..Insyaallah..

tiada tajuk

..mode swing..
..secara tiba-tiba rajin pulak malam ni..
..rajin tak rajin, tengok je la rupa bentuk blog ni..
..tak ke macam tadika?..
..apa-apa je la..
..tetiba rasa nak cantikkan blog macam ni..
..lantak ler..
..aku punya blog..
..aku punya suka..
..haha..
..sekian..

tiba-tiba saja..

blogwalking..
menjengah rumah JEMARI SENI ... 
oh..banyak sungguh novel terbaru..
rindunya nak baca novel..
nak novel..tolong..
duit takde lagi..
tapi rasa macam dah tak dapat bersabar je..
sabar..sabar..
sambil mengurut dada~sigh

Feb 18, 2011

Hari ini dalam sejarah

ahakss..
ter'rajin update pulak dah...haha..tolong puji


bukan apa..hari ni ada satu kejadian telah berlaku..
nak tau tak apa?


kalau nak tau, teruskan membaca..
kalau takmau, halakan cursor ke sebelah kanan bahagian atas, dan klik "x". sekian..haha


kepada tak nak tau..silakan..


alkisahnya, aku nak pegi shah alam, nak ke sime darby. ada urusan kat sana..(bz la konon)
pegi berdua dengan warden, iema namanya..


elok dah nak sampai kt simpang pertama selepas guthrie, tetiba temperature kete mencanak naik..toinggg!!
dah la kat highway sebelum traffic light. mengganggu lalu lintas betul..
terpaksa la berenti tepi jalan..takkan tengah jalan pulakkan..err maksudnya tgh line putih tu..sungguh biadap






memasing call orang terdekat..call ibu..malu la pulak..~blushing~
ada polis trafik berenti tlg tengok2kan..pastu dah lama ckit, agak sejuk enjin tu kitorang gerak kedepan supaya lalu lintas menjadi lebih lancar..rasa bersalah woo..ganggu orang..huhu..sebelum tu, nak tau tak? aku n iema pegi jauh2 dari unser sebab takut meletop..kebaboomm


dah sampai kat tepi tu, call insurans..tetiba pulak org tu kata insurans dah expired..
alahai...begitu la pulak ceritanya..mati kutu dibuatnya..
tapi alhamdulillah operator etiqa insurans tu smart lagi bijak..haha..sila puji beliau.
dia check dulu, alhamdulillah hidup lagi insurans tu sampai bulan 9 nanti.
towing truck sampai selepas kurang lebih 45 minit menunggu..



inilah lorinya..lori yang bakal membawa unser dan kami berdua kembali ke sg buloh..hoho..pertama kali naik lori ni rasanya...excited tau..tlonglah kagum..haha






iema yang sempat pose masa kete diangkat naik..ahaks..jakun seketika, almaklum tak penah tengok..haha..kesian kan?
lepas kereta diangkat, uncle tu ajak kitorang naik lori ni..tinggi weh...sib baik sampai lagi kaki aku ni walaupun aku ni tak berapa nak tinggi..huhuhu


dua orang budak jakun tak penah naik lori..hahaa..



sempat lagi si iema ni snap gambar time aku beramah mesra dengan uncle kat sebelah ni..isk..suke ye naik lori? takpe..nanti hari2 naik lori power root ye..hahhaa..kenapa lori power root pulak? ahah..ada la..tu rahsia kami..hihi..

alhamdulillah kami sampai kat sg buloh dalam pkl 6.20 ptg, terus ke workshop..dan kete siap dibaiki dlam pkl 8.30..sempat lg pekena char kuew teow kat situ..lapar weh..

jadi disini, terima kasih yang tak terhingga kepada, my hubby, inche PR iema, ibu, driver lori yang sanggup berenti tanya, polis trafik yg side mirror motornya telah dilanggar kereta smpai pecah sebab parking kt belakang kete kami, warden RS, ummi yati,etiqa insurans, towing truck, uncle n auntie yg repair kete dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam menjaya kan kejadian hari ini..maaf, tiada hadiah disediakan..

syukur alhamdulillah kerana kami selamat dari segala malapetaka..syukur kehadratmu ya Allah..
terima kasih ya Allah..terima kasih semua.. ^__^

*bayaran yg dikenakan~RM120 shj.. 

aktiviti hari minggu

esok cuti..agak-agak nak buat apa ye? 
minggu ni diari aku dah penuh dengan aktiviti..sibuk la kononnya..ahakss..
esok ada program rewang dgn student UNISEL..masak-masak dan makan la, apa lagi..


ahad pulak nak pegi cooking class..yeyy..
mari kita belajar cara-cara membuat cheese tart..nyum3..
lepas belajar masak, confirm la makan kan..hahaha


cooking class mungkin habis dalam pkl 12..lepas tu nak buat apa?
lepak-lepak kat rumah ke?
hmm..my roommate to be takde pulak cakap nak keluar ke apa..kalau dia ajak keluar mesti pegi makan-makan n tengok wayang...


waduh2...
minggu ini adalah minggu membesarkan tubuh badan ya?
semua aktiviti makan-makan saja..macam mana nak kurus ni?


takpe la..orang tu* tak kisah, so makan je la..
boleh ke gitu?
taknak la..nak slim n mantain...


*orang tu merujuk kpd my roommate to be..ahaks


sekian saja untuk kali ini..moga berjumpa lagi di lain masa..
daaaa.....

Feb 17, 2011

Hakikat Sebuah Perkahwinan

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan.
Hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? Cuba kita lihat...dan manakah pilihan kita???

1- Jika hakikat pernikahan adalah kerana nafsu, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.

2- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.

3- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.

4- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.

5- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

6- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia. Yang dicintai pasti MATI / PERGI.

7- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepadaALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

~sekadar buat renungan diri sendiri~
dipetik dari http://www.tentangcinta.com/

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya