Feb 18, 2011

Hari ini dalam sejarah

ahakss..
ter'rajin update pulak dah...haha..tolong puji


bukan apa..hari ni ada satu kejadian telah berlaku..
nak tau tak apa?


kalau nak tau, teruskan membaca..
kalau takmau, halakan cursor ke sebelah kanan bahagian atas, dan klik "x". sekian..haha


kepada tak nak tau..silakan..


alkisahnya, aku nak pegi shah alam, nak ke sime darby. ada urusan kat sana..(bz la konon)
pegi berdua dengan warden, iema namanya..


elok dah nak sampai kt simpang pertama selepas guthrie, tetiba temperature kete mencanak naik..toinggg!!
dah la kat highway sebelum traffic light. mengganggu lalu lintas betul..
terpaksa la berenti tepi jalan..takkan tengah jalan pulakkan..err maksudnya tgh line putih tu..sungguh biadap






memasing call orang terdekat..call ibu..malu la pulak..~blushing~
ada polis trafik berenti tlg tengok2kan..pastu dah lama ckit, agak sejuk enjin tu kitorang gerak kedepan supaya lalu lintas menjadi lebih lancar..rasa bersalah woo..ganggu orang..huhu..sebelum tu, nak tau tak? aku n iema pegi jauh2 dari unser sebab takut meletop..kebaboomm


dah sampai kat tepi tu, call insurans..tetiba pulak org tu kata insurans dah expired..
alahai...begitu la pulak ceritanya..mati kutu dibuatnya..
tapi alhamdulillah operator etiqa insurans tu smart lagi bijak..haha..sila puji beliau.
dia check dulu, alhamdulillah hidup lagi insurans tu sampai bulan 9 nanti.
towing truck sampai selepas kurang lebih 45 minit menunggu..



inilah lorinya..lori yang bakal membawa unser dan kami berdua kembali ke sg buloh..hoho..pertama kali naik lori ni rasanya...excited tau..tlonglah kagum..haha






iema yang sempat pose masa kete diangkat naik..ahaks..jakun seketika, almaklum tak penah tengok..haha..kesian kan?
lepas kereta diangkat, uncle tu ajak kitorang naik lori ni..tinggi weh...sib baik sampai lagi kaki aku ni walaupun aku ni tak berapa nak tinggi..huhuhu


dua orang budak jakun tak penah naik lori..hahaa..



sempat lagi si iema ni snap gambar time aku beramah mesra dengan uncle kat sebelah ni..isk..suke ye naik lori? takpe..nanti hari2 naik lori power root ye..hahhaa..kenapa lori power root pulak? ahah..ada la..tu rahsia kami..hihi..

alhamdulillah kami sampai kat sg buloh dalam pkl 6.20 ptg, terus ke workshop..dan kete siap dibaiki dlam pkl 8.30..sempat lg pekena char kuew teow kat situ..lapar weh..

jadi disini, terima kasih yang tak terhingga kepada, my hubby, inche PR iema, ibu, driver lori yang sanggup berenti tanya, polis trafik yg side mirror motornya telah dilanggar kereta smpai pecah sebab parking kt belakang kete kami, warden RS, ummi yati,etiqa insurans, towing truck, uncle n auntie yg repair kete dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam menjaya kan kejadian hari ini..maaf, tiada hadiah disediakan..

syukur alhamdulillah kerana kami selamat dari segala malapetaka..syukur kehadratmu ya Allah..
terima kasih ya Allah..terima kasih semua.. ^__^

*bayaran yg dikenakan~RM120 shj.. 

0 respons:

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya