assalamualaikum..
apa cerita hari ini ye? hari ini adalah hari yang agak boring. tak ada buat apa-apa sebab tak ada mood nak buat kerja. padahal banyak kerja kot nak kena buat. tolonglah jangan tangguh-tangguh kerja fazhana..baiklah. esok saya buat.
sebenarnya blog ni macam tak mencapai maksud pulak kan? jom bercerita konon tapi updatenya malas. kadang-kadang saja ada. now you see, now you don't! macam iklan choc fudge dulu-dulu. kena fikirkan idea lain la nampaknya..
padahal sebenarnya banyak saja cerita yang nak dikongsikan. tapi kadang-kadang bila nak menaip, terus idea hilang macam dibawa angin lalu. terus tak tahu nak taip apa dan nak mula dari mana. kesudahannya baca saja cerita kawan-kawan. lagi seronok!
kadang-kadang cuba juga nak cantikkan blog macam kawan Cikgu Ma @ Akmal ni. dulu-dulu dia belajar memblog dari yana juga tau..kiranya saya ni macam tok guru dia juga la. *padahal bukannya ajar apa pun, perasan la kamu ni yana! lihat blog dia sudah cantik kan? tapi still juga tak pandai-pandai nak edit. sebenarnya malas sebab bila buat sekali tak jadi terus kecewa dan putus asa. akhirnya hanya redha dengan blog yang sedia ada ini. nasib la..
agak-agak lepas kahwin nanti boleh lagi ke memblog ni ye? kenapa pula tak boleh..mesti lagi banyak cerita yang nak dikongsikan. betul tak? boleh bagi tips dan petua kebahagiaan rumah tangga. kongsi cerita yang baik-baik untuk kebaikan semua orang. dapat menabung pahala. emm..seronoknya. rasa macam tak sabar nak kahwin pulak. oh gatalnya saya! (sebenarnya saya sangat takut!)
bila sebut saja pasal kahwin, terus jadi macam tak berapa betul. rasa macam sangat relax tapi sebenarnya macam-macam benda lagi yang aku tak buat. dalam hati, tuhan saja yang tahu. mood tiba-tiba melayang ke lain. jadi, tak ada apa lagi yang boleh diceritakan. sampai sini saja.
p/s - jaga diri, hiasi peribadi!
Ini Blog Saya |
1 respons:
hehe...anda boring yeaaaa???
sila taip ON BORING ke 33299..
hahahahhaa!!!
alaa...bese la tuh...mood berubah2 kan...ngeee~
Post a Comment