Dec 24, 2011

Jom jalan-jalan cari pasal

Assalamualaikum..

Cuti-cuti ni korang plan nak pergi mana? Kenapa tajuk jalan-jalan cari pasal?

Ye la..bila dah jalan-jalan pasti sangat la duit akan habis betul tak? Tak ke cari pasal namanya. Kalau duduk diam-diam kat rumah, duit pun pasti berada dengan dalam bank dengan selamatnya.

Tapi apa guna kita penat bekerja sehari harian metro kalau kita tak meraikan, omputeh kata reward diri kita sendiri?

Apa gunanya cari duit untuk anak isteri tapi kedekut nak bawak mereka pergi bercuti?

Sekali sekala tak salah kan kita bergembira pergi bercuti. Sekurang-kurangnya dapat hilangkan stress dan tension.

Jadi, hargailah diri anda dan orang-orang kesayangan anda. Pergilah melancong  ^___^

Melancong tak semestinya pergi luar negara


terima kasih sudi baca

Dec 23, 2011

Doa Dhuha

Assalamualaikum..

Bersempena hari Jumaat penghulu segala hari yang mulia ini, jom la kita solat Dhuha supaya rezeki kita melimpah ruah dengan banyaknya jadi dapatlah kita bersedekah dan berkongsi rezeki itu dengan orang yang tidak berkemampuan lalu kita pula mendapat berkat seterusnya Allah melipat gandakan lagi rezeki kita ini.
(huhhh...tarik nafas..lepas. ayat takde nokhtah)



Maksud Doa Dhuha

Ya Allah
Sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMu
Kecantikannya kecantikanMu
Keindahannya keindahanMu
Kekuatannya kekuatanMu
Kekuasaannya kekuasaanMu
Perlindungannya perlindunganMu

Ya Allah
Jika rezeki masih dilangit turunkanlah
Jika dibumi keluarkanlah
Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah
Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
KecantikanMu
KeindahanMu
KekuatanMu
KekuasaanMu

Limpahkan kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan
 kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Amin ya Allah..Tapi tapi tapi jangan la solat hari jumaat saja sebab solat dhuha bukan khas untuk hari jumaat tahu? (kalau tak dapat buat setiap hari, buat la sekali seminggu) Banyak kelebihan solat sunat dhuha ni tapi kalau nak tahu google la sendiri, korang semua kan pandai lagi celik IT. Lagipun aku memang takda masa sangat sekarang ni. Busy kalahkan bakal YB yang nak bertanding dalam pilihanraya akan datang jadi harap maklumlah semuanya ye. 

Tapi dalam kesibukan dengan kerja, aku masih ada msa untuk mengingatkan diri sendiri dan korang semua tentang solat sunat dhuha ni sebab aku sendiri dah jarang-jarang buat (ketuk kepala sendiri). Ya Allah kuatkan hati aku dan sahabat-sahabat yang membaca ini, semoga kami istiqamah dalam mengamalkan segala jenis kebaikan.

p/s - Yang wajib mesti didahulukan. Kalau dok buat solat sunat dhuha je, tapi solat lima waktu celam celum lagi mana nak datang keberkatannya. Lu pikir la sendiri ^___^

terima kasih sudi baca ^^

Dec 9, 2011

Untuk peminat novel...

Assalamualaikum..

Lately ni banyak kan novel yang di drama kan dan di filemkan. Antaranya

Stanza cinta (penulis dia kawan aku), Dewa Cinta, Trilogi Cinta (tajuk novel : tak seindah mimpi, tak semanis impian & tiada lagi mimpi) dan banyak lagi la sampai aku tak ingat mana satu drama mana satu novel [ceh].

Ada jugak novel yang di teaterkan. Semua orang tau kan apa nama novel tu..Yang tak tau meh sini aku habaq. Badai Semalam. Aku baca novel ni masa aku sekolah rendah kot. Syok oo jalan cerita dia. Sila lah baca ye.

Setelah sekian lama jadi hantu novel, aku rasa macam aku mampu untuk jadi penulis [perasan]. Tapi sesungguhnya ketahuilah wahai kawan-kawan semua bahawa kalau aku menulis, confirm takda kesudahan. So punah la harapan untuk jadi seorang penulis dan punah juga harapan anda peminat-peminat novel untuk membaca novel yang ditulis oleh aku. [hahaha..perasan lagi].

Ok..Bukan hal ini yang hendak dibangkitkan. Hari ni aku nak you all you all beli novel yang aku nak bagitau ni [gedik pulak]. Yang pastinya memang best dah dan dan...arghhh entah la dan apa.

Bagi aku novel dari penulis Noor Suraya pastinya yang paling terbaik. Kalau tak percaya tolong la p beli dan baca sendiri. Pastinya tak akan menyesal. Masa baca tu mesti nak senyum sorang-sorang dan kalau bab sedih air mata tu mesti mengalir punya [aku la tu]. Meh tunjuk novel-novel dia..

Yang paling aku suka sebab 1st time dapat tandatangan kaksu..

Jaja & Din


Ini gambar muka depan dan belakang novel jaja & din. Isinya penuh dengan unsur nasihat, kelakar dan sedih pun ada. Jangan lupa baca ni ok?

Nyanyian Tanjung Sepi.


Huhuhu..Cerita ni sedih tau? Tengah-tengah malam aku menangis sorang-sorang. Rasanya kalau orang laindengar mesti dia takut dan fikir suara apa la tu kan? Sedih tapi sangat fun bila baca. Kalau nak tau, watak mama dan abah kepada jaja ada dalam Nyanyian Tanjung Sepi ni. Pandai kan Kaksu ni. ^__^

Surat Ungu Untuk Nuha

SUUN ni adalah karya pertama kaksu yang aku baca. Bila baca SUUN memang syok habis. Dok gelak sorang-sorang sampai orang tuduh aku gila. Haha. Lepas baca novel ni terus aku kejar karya-karya kaksu. Tapi bukanlah bermaksud novel ini lari ye tuan-tuan dan puan-puan. Sila maklum. Sangat berbaloi-baloi memiliki novel ini. Baca sepuluh ratus ribu kali pun tetap gelak sakan. Ops..dalan SUUN ada sikit watak Dr. Aqmar Nyayian Tanjung Sepi.


Panggil Aku Dahlia
Panggil Aku Dahlia ni pun best. Kisah Dahlia dan musuh ketat Wadi Hannan. Tak tau la nak cerita macam mana tapi sangat best la sebab Dahlia ni sangat sabar. Sila jadikan koleksi anda.

Mungkin setakat ni saja kot untuk kali ni. Ada lagi novel-novel kaksu tapi lain kali aku tempek kat sini. Takdan la.. Tapi apa-apa pun gaya penulisan kaksu sangat best dan terbaik. Pada aku, bila dah baca novel kaksu, rasa macam dah taknak pandang dan baca novel lain sebab gaya bahasa sangat santai dan menepati citarasa aku serta pastinya citarasa korang semua jugak.

Percayalah bila aku kata best, korang pun akan rasa best jugak. Aku tak tipu punya. Selain gelak ceria, duka nestapa..kaksu selitkan unsur nasihat dan dakwah. Ini yang buatkan hati aku melekat terus pada karya kaksu. Setiap kali book fair mesti buku kaksu yang aku capai dulu dan baca. Aku beli jugak novel penulis lain tapi bertahun la nak habiskan. Hehe..

Ok..Jangan lupa dapatkan novel-novel ini ya. Insyaallah lain masa aku review tajuk lain pulak..

*ada orang pinjam SUUN aku tapi tak pulangkan pun lagi padahal suka sangat baca novel tu. Tak suka dan rasanya lepas ni takkan bagi sapa-sapa pinjam dah apa-apa novel karya kaksu. Benci..bencilah.

terima kasih sudi baca ^^

Dec 3, 2011

Mendidik anak perlu kena cara dan gaya..

Assalamualaikum..

Semalam masa kat ofis, ibu tunjuk kat aku FB kawan lama dia-kawan dari sekolah rendah. Ibu cerita masa kawan dia approach tu dia memang tak kenal, tak ingat langsung yang mana satu. Last-last ibu tengok kat gambar lama masa sekolah tu, kan boleh tag..Rupa-rupanya kawan dia tu lelaki tapi sekarang dah jadi pompuan.

Aduhai dunia..

Seksi kot kawan ibu tu, siap pakai bikini..haha..Lepas tu sorang lagi staf menyampuk. Katanya anak lelaki bongsu dia umur 7 tahun pun nampak macam nak jadi lembut. Kena usik sikit dan merengek dan menangis. Lepas tu kakak tu tambah, dia kata tahun depan dia nak hantar anak dia ke kelas taekwando, biar keras sikit katanya.

Bila fikir-fikir balik, betul la macam tu. Kita kena la didik anak ikut dia punya jantina. Yang lelaki biar lasak dan berani. Yang perempuan pula haruslah dididik dengan sifat sopan lagi santun. Lemah lembut dan pemalu bertempat. Panggilan pun haruslah bersesuaian bak kata budak penjara, saidina abu bakar menyarankan agar anak-anak perlu dipanggil dengan gelaran yang lebih dewasa supaya anak-anak itu akan cepat matang dan dewasa.

Contohnya untuk anak sulung, panggil la abang atau kakak dari awal supaya dia cepat matang seterusnya dapat menguruskan adik-adiknya dengan baik. Jadi mak ayah dia tak la teruk sangat nak melayan semua karenah anak-anak (ceh..). Bila asyik dok panggil adik saja, nanti bila dia dapat adik tak boleh terima kenyataan, mula la buat hal, manja dan nak kan perhatian orang saja. Betul tak? Siapa yang susah?

budak ini agak manja walaupun dah ada adik. pada dia semua orang kena sayang dia sorang saja ^__^



p/s - didiklah anak mengikut peredaran zaman, tapi hukum Allah tetap tidak boleh di abaikan ^__^
Selamat maju jaya!


terima kasih sudi baca ^^

Dec 2, 2011

baik dan buruk..yang mana satu pilihan hati?

Assalamualaikum..

Mana-mana kita pergi mesti kita jumpa orang yang tak sefikrah dengan kita. Lagi senang kalau sebut tak sebulu. Ada saja orang yang membuatkan kita rasa tak suka. Ada saja sikap orang yang membuatkan kita rasa tak puas hati..

Tapi dalam ketidakpuasan hati kita pada orang, pernah tak kita berfikir dan bermuhasabah apakah semua orang puas hati dengan kita? Apakah sikap kita menyenangkan hati insan disekeliling kita ini?

Sesungguhnya Allah menciptakan kita dengan bermacam-macam rupa, berbeza warna kulit dan semestinya pelbagai sikap dan sifat. Semua ini adalah untuk kita berkenal-kenalan supaya kita dapat berfikir dan mentafsir serta membezakan antara yang baik dan buruk seterusnya dapatlah kita menilai yang mana satu yang perlu kita ikuti.

pic from blog tokwan


p/s - barbaik sangka kepada orang adalah lebih mulia. Semoga Allah memuliakan kita..aminn


terima kasih sudi baca ^^

Dec 1, 2011

Teringin nak makan Cheese Naan...

Assalamualaikum..

Tiba-tiba teringin nak makan CHEESE NAAN..

Atie cakap perghh sedap.

Syafaf kata teringat-ingat lagi rasanya.

Incik Hubby yang tersayang lagi dicintai..Bila nak bawak I makan kat situ?

pic dari blog MyKhalish

Korang rasa-rasa la kan, sedap ke tidak makanan ini? Nak tahu kesedapannya pegi la kat blog MyKhalish ni. Gerenti air liur meleleh macam cheese yang meleleh tu..huwaaaa

 p/s - makan bila lapar, berenti sebelum kenyang.. erkk..


terima kasih sudi baca ^^

Lagi-lagi jengkel...

Assalamualaikum..

Hari tu cakap pasal sms yang menjengkelkan..Kali ni ada pertambahan sikap manusia yang menjengkelkan.

Cakap bisik-bisik belakang orang

Cakap bisik-bisik dalam ofis konon rahsia la padahal ada orang sekeliling depa. Tak ke menimbulkan syak wasangka bukan-bukan oleh orang sekeliling. Ko nak cakap rahsia-rahsia pergi tempat lain, bukan dekat dengan orang yang dikenali. Orang sekeliling boleh fikir kau tengah mengata dia.


Bagi cenderamata pada orang-orang terpilih bila pergi melancong mana-mana.

Ya..Memang hak dia nak bagi pada siapa tapi kalau taknak bagi pada semua orang, kau sorok-sorok la sama masa nak bagi tu. Nanti orang yang tak dapat tu kecil hati tahu? Susah nak jaga perasaan orang ni, jadi untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini sila la jangan berbuat demikian. Kalau kau takde bajet nak bagi untuk semua orang, pastikan orang yang tak dapat tu tak tahu pun siapa yang dapat. Faham? Tak faham sudah..

Pembodek.

Ini paling tak tahan. Dia punya bodek bukan main lagi. Kalau boleh nak diberitahu semua orang bahawa dia saja la yang buat kerja terutamannya pada incik boss. Perlu ke nak ceritakan saya dah buat ini, saya dah buat itu..semua pun saya buat? Whatever la..Kau sibuk kenapa? biar la dia nak cerita ke apa ke



Orang yang bersalah tapi masih nak salahkan orang atas kesalahan diri sendiri.

Korang rasa teruk tak orang macam ni? Dulu-dulu aku ada jugak buat perangai camni, tapi aku dah insaf. Korang rasa siapa yang selalu berperangai dan bersikap macam ni? Mesti la incik boss. Boss mana boleh buat salah. Opss...Aku tak pernah jadi boss.

Cukup dah kot setakat ni. Nanti bila ada lagi aku tambah, Eh apasal aku asyik cakap pasal benda yang menjengkelkan ni? Bajet macam sikap aku dah lawa sangat ke? Takde la..Just nak share untuk peringatan diri sendiri dan korang semua. Kita ni bukannya sedar yang perlakuan kita ni kadang-kadang dah menyinggung perasaan orang. Kita rasa kita dah buat the best tapi dalam pada tu ada jugak orang tak puas hati dengan kita.

Jadi macam mana ni? Hmm..Sebab tu ada peribahasa buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali, buatlah berkali-kali (kena tukar, buat jahat jangan sesekali) . Maksudnya berpada-pada la nak buat baik tu. Bukan buat baik sebab nak bodek ke apa. Ikhlas kerana Allah. Biar Allah yang menilai setiap berbuatan kita, bukan manusia. Kadang-kadang sebab kita nak jaga hati orang ni, tapi orang tu pulak dah kita calarkan hati dia. Hisshh..Susah kan?



Kesimpulannya, biar sejengkel mana pun sikap orang sekeliling pada kita, yang lebih baik ialah kita berfikir secara positif dan redha. Buat tak tahu je dan jangan terlalu ambik kisah dan sentiasa berfikir, nanti yang stressnya siapa? Mustahil la orang yang menjengkelkan tu akan stress kan?

Ya ALLAH, peliharalah hati kami agar sentiasa REDHA dan BERSANGKA BAIK atas segala ketentuanMu. Tentukanlah yg terbaik buat kami Ya ALLAH....
 
terima kasih sudi baca ^^

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya