Jul 12, 2012

Alkisahnya...Jeng Jeng

Assalamualaikum..

Terima kasih kepada yang sudi mmbelek dan menilik gambar Wordless Wednesday minggu lepas. Maaf la puan eeiyss kita yang asyik bertanya tapi kak yana ni macam nak buat suspen saja. Bukan macam tu, masa tak mengizinkan.

Begini kisahnya..

Gambar itu diambil oleh adik lelaki di pusat rekreasi air panas ulu legong nun di Baling sana masa kami sekeluarga pergi berkelah (perkelahan malam, ahaks). Waktu tu dalam pukul 12 malam macam tu. Masa duduk tengah makan tu, si kecik aufa mawaddah memandang ke arah pokok sambil melambai-lambai dan panggil-panggil macam ada orang kat situ. Lepas tu siap hulur-hulur makanan lagi.


Aufa Mawaddah


Ummi aufa gelak-gelak pandang saya sambil cakap " haii aufa ni dok panggil-panggil tu dia nampak apa ntah.." saya pun gelak-gelak jugak. Adik lelaki saya menyampuk, dia kata tak ada apa la. Adik saya tu pengamal perubatan islam. Lepas tu dia terus ambil tab dan ambil gambar kawasan tu.

Esoknya adik ipar bagitau dalam gambar yang adik saya ambil tu memang ada sesuatu. Kalau tengok macam tu je memang tak perasan apa tapi bila tengok betul-betul sungguh ada sesuatu macam yang kak marya nampak. Tapi secara jujur saya rasa macam biasa je, tak la takut ke seram ke. Saya rasa macam, eh comelnya benda tu dok bersandar kat pokok. Hishh..

Sesiapa yang tak nampak tu..haaa pendek umur. Gurau je. Kalau nak tengok jugak boleh save gambar tu dan beri perhatian pada bulatan merah, sebelah kiri pokok. ^__^

Jadi kesimpulannya waktu malam adalah waktu tidur. Bukan waktu untuk berkelah. Hehe..Selamat beramal.


Surah al-hijr : ayat 27
"Dan telah Kami jadikan jin sebelum manusia..."
 
Surah al-a'raf : ayat 27
"...sesungguhnya dia dan pengikutnya melihat kamu, dari sesuatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka..."

Jul 3, 2012

Sayangnya Allah kepada kita..

Assalamualaikum..

Dalam keadaan kita rasa kita tidak layak menerima nusrah Allah, tapi kita tetap menerimanya juga.Banyak nikmat luar biasa dari Allah yang kita kecapi walaupun kita rasa kita tidak layak menerimanya jika dibandingkan dengan sedikitnya amalan yang kita lakukan.

Contoh nikmat yang kita terima ;

  • kenaikan pangkat
  • kenuntungan dalam perniagaan
  • kesihatan yang baik
  • terselamat dari malapetaka
  • anak-anak yang berjaya
  • pasangan yang ideal (paling tidak pun yang 'ok')
dan beribu nikmat lagi yang kalau disenaraikan mungkin tidak cukup ruang dan tidak cukup nafas untuk membaca dan menghitungnya. Nikmat luar biasa ini adalahpeluang dari Allah swt untuk kita semakin mengenaliNya. Ma'rifatullah.

Pernahkah kita tertanya-tanya kenapa Allah memberikan khusus kepada kita nikmat-nikmat tersebut sedangkan amalan dan pengorbanan yang kita lakukan untuk agama Allah ini amatlah sedikit dan tidak sentimpal dengan kurniaanNya? Inilah tarbiyah yang sangat penting buat kita sebagai hambaNya.

Dikongsikan bersama kata-kata indah yang disusun oleh Ibnu Athaillah buat mereka yang menghargai nikmat-nikmat luar biasa Allah ;
Jika Allah membuka pintu perkenalanNya denganmu, janganlah hiraukan mengapa ia terjadi walaupun kita merasa tidak layak kerana sedikitnya amalan kita. Allah membukanya buatmu kerana Dia sendiri ingin memperkenalkan diriNya kepadamu. Tidakkah engkau mengetahui bahawa perkenalan itu adalah anugerahNya kepadamu sedangkan amalanmu adalah sesuatu yang cuba kamu persembahkan kepadaNya. Maka lihatlah satu perbezaan yang sangat besar dengan apa yang kamu cuba persembahkan kepadaNya dan apa yang Allah kurniakan kepadamu?


 perkongsian dari YDP Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Selangor

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya