Jul 1, 2009

::white strawberry::

salam..

pernah tengok buah strawberi warna putih?? ahah..just now ada kawan bagi gambar buah strawberry ni..cantik la pulak warnanya..bukan plastik tau,tapi memang betul-betul buah..tak tau la apa dan siapa yang mengasaskan teknologi untuk menukar warna buah tu dari merah ke putih..tak caye tengok la gambar kat bawah ^_^









dah tengok kan gambar? haa..cantik kan? so kat sini ingin jua diri ini berkongsi sedikit sebanyak khasiat yang terkandung dalam buah strawberry..warna merah punye la..yang putih tu tak buat kajian lagi..hahaha..antaranya ialah..

^_^ warna merah pada strawberi masak itu kaya pigmen warna antosianin dan mengandungi agen antioksidan yang tinggi..tujuh antioksidan yang ada pada strawberi lebih tinggi dibandingkan buah atau sayuran lain dan ia lebih efektif mencegah proses oksidasi pada tubuh.
*oksidan adalah proses hancurnya jaringan tubuh kerana radikal bebas.oksian juga bertanggungjawab pada proses penuaan..

^_^ strawberi yang kaya vitamin c sangat bermanfaat bagi pertumbuhan kanak-kanak. kandungan gulanya yang sedikit sesuai untuk diet bagi pengidap diabetis..

^_^ strawberi yang dimakn secara teratur dapat menghaluskan kulit dan membuat kulit kelihatan lebih cerah dan bersih. khasiat yang terkenal lainnya adalah anti kedut..

^_^ strawberi juga ada khasiat yang boleh memutihkan atau membersihkan permukaan gigi serta kuat melawan radang sendi..daunnya juga berkhasiat kerana memiliki zat astringent..

^_^ daunnya juga berkhasiat kerana memiliki zat astringent..tiga hingga empat cangkir air hasil rebusan daun strawberi sehari juga dpat menghentikan cirit-birit..

^_^ keperluan harian vitamin C seorang dewasa dapat dicukupi oleh lapan buji buah srawberi (98mg). keperluan seratnya juga sekaligus boleh dipenuhi..


2 respons:

atIEsAyAnGkAmU said... [Reply to comment]

wahhh......nak2....strawberry...
ekekeke...my b luv strawberry..ekekkeke...

imansyifa' said... [Reply to comment]

sedap kan nmpak buah nih..hmm..strawberry celup coklat..nyum2..

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya