Oct 31, 2011

Pandai masak, suami pun sayang.

Assalamualaikum..

Tergelak baca entry Cikgu Ma jadi nak jugak memanjangkan cerita.

Selalu orang tua-tua selalu cakap, masak nasik pun tak lepas lagi macam mana nak kawen bila ada orang dok tanya-tanya bila anak dara dia nak kawen.

Kemahiran memasak penting jugak dalam rumahtangga. Kalau asyik makan kat kedai je, jangan pulak kau meradang bila tiba-tiba laki kau kawen dengan tokei kedai atau anak dia. Tapi itu terpulang pada pasangan korang la. Kalau dapat yang memang jenis suka makan, so pandai-pandai la korang belajar masak.

kalau nak pandai masak, jangan lupa beli buku  ini.

Kalau korang nak tahu, kita masak kat suami dan suami pulak puji kata sedap.. ya Allah seronoknya tak dapat nak cakap. Bangga gila kot..Ni aku la kan, tak tau la pulak orang lain tu. Suami aku ni memang bagus. Dia cakap " U kalau masak apa pun I makan. Sedap." Kau tak rasa tiba-tiba pokok berbunga dalam taman hati ke kalau berada kat tempat aku nih?

Apa-apa pun bak kata cikgu ma,
tak salah cari calon isteri pandai masak tapi kenapa calon isteri sahaja yang perlu perfect serba serbi? calon suami pula, solat masih tunggang langgang, setakat nak cari calon isteri pandai bela perut, boleh bahagia ke?
Aku setuju sangat bab tu. Setiap pasangan tu diciptakan untuk saling melengkapi. Jadi why not bila isteri belajar memasak, suami pulak belajar mengaji. Bila isteri belajar menghias diri untuk suami, suami pula belajar untuk melengkapkan diri sebagai suami yang tahu serba-serbi (bab agama dan rumahtangga). Give and take bak kata omputeh. Baru la Bahagia.

Tapi kan aku sebenarnya kesian sangat bila my husband cerita ada wife kawan dia yang memang tak pandai masak. Jadi dia tak pernah masak kat suami (kecuali masak nasik) sejak dari mula kawen sampai la dah ada anak tanpa rasa nak belajar. Pelik tu. tak payah la nak pelik, dah laki dia tak kesah, kau kesah apa?


Apa-apa pun banyak manfaatnya bila kita masak kat suami ni. Masa memasak tu setiap perlakuan kita tu dikira pahala beribadat. Senangnya kita nak dapat pahala asalkan kita ikhlas kerana Allah. Bila kita selalu masak, suami pun makin sayang apa .. ^__^

masak kerana Allah, pahala dapat suami pun sayang. heheh


p/s - masak la makanan yang berkhasiat!

terima kasih sudi baca ^^

Oct 28, 2011

Jawab, Tanya dan Tag

Assalamualaikum..

Hari ni nak jawab soalan yang Cikgu Ma tanya melalui segmen jawab, tanya dan tag. Cikgu Ma di tag oleh Ain Not Alien. Soalan-soalannya..

1) nama manja/ samaran/ glemer anda waktu kecik2 dulu..kalo dah besar pun boleh.
  • hmm...nama manja dirumah ialah kakak, kalau kat sekolah rendah dan menengah orang panggil Yana. Tapi kat sekolah teknik orang panggil Nana dan di kolej Angah pulak. Oh banyaknya nama samaran saya.


    2) tahap pendidikan anda. kenapa sampai tahap tu?
    • tahap pendidikan diploma sahaja dan insyaallah akan sambung ke peringkat yang lebih tinggi. Kenapa ye sampai diploma je? Sebab fikirkan adik-adik yang ramai lagi nk belajar, so kerja dulu untuk nak bantu ringankan bebanan mak abah. 

      3) kereta impian anda (walaupun sekarang sudah berkereta).
      • Hahaa..kereta impian ni banyak kot. Cita-cita tertinggi tu nak la Toyota Alphard or Vellfire tapi rasa macam terlalu melampau la pulak kan. Jadi sekarang ni kereta impian tu Honda City. Wow bila la dapat pakai that car..(sambil menongkat dagu berangan bawa kereta itu)

        4) makanan pelik yang pernah anda rasa/ cuba. ceritakan rasanya.
        • Apa ye makanan pelik yang pernah aku makan? tak ingat pulak. Mungkin makanan yang dah basi kot. Mesti la rasa pelik kan? Tak ke? 

          5) komen sket tentang blog saya. kalo tak nak taip panjang pilih 3 jawapan ni --> boleh tahan/ haru biru/ kurang menarik.
          • Komen pasal blog cikgu ma ni ye..Dah banyak perubahan dan perkembangan berbanding dulu. Dulu saya la jadi sifu pada cikgu ma ni tapi sekarang header saya tu pun dia buat..hehhee..TQ cikgu ma..mabeles blog!


            Jadi sekarang saya pulak tanya soalan..Jeng jeng..Bersedialah semua..

            1) Semua orang suka makan kan? Jadi makanan apa yang terpaling korang suka?

            2) Berapa harga kasut, handbag dan baju yang paling mahal yg korang pernah beli atau dapat?

            3) Apa yang boleh buat korang marah atau bengang?

            4) Bila tension atau stress korang selalu buat apa untuk hilangkannya?

            5) Kalau diberi peluang untuk melancong, korang suka pergi kemana?

            6) Bilang adik beradik dan siapa yang paling rapat dengan korang?

            7) yang ketujuh ni soalan tak wajib. Apa pendapat korang pasal blog ini? Nak jawab boleh, tak jawab pun takpe..

            Siapa yang kena jawab?


            (sekadar untuk mengenali lebih rapat lagi.. )

            terima kasih sudi baca ^^

            Oct 24, 2011

            Segmen Kancil8349 : Kartun Animasi Yang Paling Korang Suka


            Assalamualaikum..

            Mood join segmen dah bermula..Mari kita join segmen yg dianjurkan oleh Encik Kancil8349. Sila Klik..

            klik sini pun boleh.


            Kartun Animasi? Sebenarnya confius ni. Spogebob squarepants tu kartun animasi ke tak ye? Kalau ya, ini lah yang paling aku suka..

            Suka watak spongebob tapi kalau kat luar aku lagi suka patrick (bantal, keychain) sebab cantik dan comel kot..

            Kalau tak..Aku suka Avatar The Last Airbender atau also known as Avatar The Legend of Aang. Hoho aku suka budak Aang ni (malu-malu).

            Kenapa aku minat ye? Sebab best dan tak ada sebab untuk aku tak suka.

            Start minat bila adik yang bongsu asyik la dok tengok kartun kat tv9 dekat dihati. Last-last kami semua sama-sama melekat depan tv..Tak ingat la tahun berapa tapi rasanya 4 atau 5 tahun lepas kot.

            Of course la paling suka watak Aang. Sebab dia comel (malu-malu lagi ; blushing) dengan arrow warna biru kat kepala botak dia..

             jom kita tengok wajah love-love aku..

            Ini Aang



            Ini Aang bersama Spongebob.
             Kesimpulannya saya suka tengok cerita kartun. Tak kira la apa pun. Jadi saya tak dapat nak bezakan Kartun Animasi ke apa ke sebab semua kartun tu animasi kan? Sila marah jika saya salah.

            Korang tunggu apa lagi? Jom la join sekaki sekali.

            terima kasih sudi baca ^^

            Termalu sendiri..Erkk??

            Assalamualaikum..

            Korang pernah tak ter'malu'kan diri sendiri? huhu

            Aku pernah.

            Hari tu ada orang call..

            Pemanggil : Assalamualaikum> Boleh cakap dengan Puan Fazhana?
            Aku : Waalaikumussalam..Puan Fazhana cuti..

            Pemanggil : Oh.yeke..tak apa la macam tu.
            Aku : Hehehee..Kak Pojie, ni angah la ni..

            Pemanggil : Eh, saya bukan Kak Pojie..Nama saya dot..dot..dot
            Aku : Eh..yeke? Maaf, maaf.. (malu siot) Saya Fazhana. Ingatkan Pengurus kat Melaka tadi. Suara sama.
            *******
            Nasib baik la cakap kat telefon dan orang tu tak terlibat dengan urusan kat ofis. Selamat aku. Serius suara dia sama macam Kak Pojie tu. Aku ingat Kak Pojie saja nak usik-usik aku panggil puan, last-last aku termalu sendiri. MALU weh...

            Moral of the story, jangan ikut perangai aku. Kau ingat suara orang semua berbeza ke? Malu..Malu.. Nasib baik boleh cover dan nasib baik jugak Puan Boss tak ada kat ofis. Kalau tak dah pasti dapat tazkirah. Huh.. (lap dahi)

            terima kasih sudi baca ^^

            Oct 21, 2011

            Kenapa Orang Susah Nak Bersedekah a.k.a Menderma?

            Assalamualaikum..

            Semalam cakap pasal hutang, hari ni jom cakap pasal sedekah pulak.

            Alkisahnya pelatih-pelatih kat tempat aku ni bakal dapat english teacher yang baru sebab yang lama dah sambung belajar buat ACCA. Teacher baru ni aku panggil kak fahimah dan dia adalah ejen takaful BSN prudential sepenuh masa.

            Jadi semalam dia datang jumpa ibu (my boss) dan aku kat RS untuk interview. Rupa-rupanya kak fahimah ni orang yang dermakan baju-baju kat rumah RS sebelum aku kawen hari tu. Aku tak pernah jumpa cuma cakap kat telefon ja. Baju yang dia bagi tu baju dari butik dia sendiri, let go sebab dah tutup butik atas masalah peribadi.

            Sebelum dia sedekahkan baju-baju tu dia ada pergi bukak meja kat satu bazar dan dia tak letakkan harga untuk baju tu. Siapa yang nak, bayar je berapa pun dan duit tu dia akan sedekahkan kat masjid. Tapi kalau korang nak tahu, dia cakap tak ada seorang pun datang beli baju-baju dia tu. Pelik tak?

            Kenapa ye tak ada orang berani tampil ambil baju dan berikan duit untuk disedekahkan ke masjid ni? Padahal banyak manfaat yang kita dapat. Dapat baju + pahala sedekah. Pada aku orang-orang tu mungkin

            • malu
            • sombong
            • takut orang kata dia riak
            • tak percaya

            Apa-apa pun kemungkinan yang lain, semuanya adalah alasan sedangkan benda yang kita nak buat tu benda baik. Satu sebab lain adalah kita tidak menjadikan bersedekah itu budaya dalam hidup kita jadi kita rasa segan dan fikir benda-benda yang tak sepatutnya kita fikir.



            Yelah, bila bagi sikit nanti orang tu cakap kita kedekut. Nak bagi banyak nanti orang kata kita ni nak menunjuk-nunjuk pulak. Last-last tak payah bagi langsung. Kenapa kita nak fikirkan pasal apa orang nak kata sedangkan penilai sebenarnya adalah Allah! Asalkan kita ikhlas, kita sedekah sekupang pun dah dapat ganjaran yang besar.

            Dulu aku sendiri pun selalu fikir macam tu tapi sekarang aku cuba ubah dan Alhamdulillah dah berjaya. Bersedekah tak mengurangkan sikit pun duit kita malah insyaallah akan bertambah dan yang paling penting adalah BERKAT.

            Pernah ke korang tengok orang yang selalu bersedekah tu jatuh bangkrap?

            Pernah ke korang tengok orang yang selalu menderma ni jadi papa kedana?

            Pernah ke korang tengok orang yang suka memberi ni hidup dia merempat?

            Rasulullah SAW bersabda ;

            "barangsiapa yang bersedekah dengan sebiji kurma yang diperolehi dengan usaha yang halal sementara Allah tidak menerima kecuali yang halal, Allah akan menerimanya dengan tangan kananNya (yakni menerima dengan berkahNya). Kemudian Dia melipatgandakan berkahNya bagi pelakunya sebagaimana seseorang daripada kalian melipatgandakan maharnya. Bahkan satu suap akan menjadi sebesar Gunung Uhud ".

            Apabila kita bersedekah, orang yang menerima tu akan mendoakan kita. Sebab tu la tangan yang memberi lebih baik dari menerima. Lagi banyak kita memberi atau bersedekah lebih luas rezeki yang Allah bentangkan untuk kita. Percayalah.

            Aku tau sekarang ni ramai orang takut nak bersedekah sebab dah banyak sindiket tipu menipu kat luar sana. Gunakan budak-budak, buat-buat cacat dan macam-macam lagi. Apa-apa pun kita tak perlu nak fikirkan semua tu. Dia tipu, itu urusan dia dengan Allah. Bila kita asyik nak fikirkan semua tu sampai bila-bila pun kita tak bersedekah dan jadikan ianya budaya dalam hidup kita.Cuba bayangkan bila kita bersedekah, berapa ramai orang yang tak hidup merempat dan kebuluran. Fikir-fikirkanlah.

            picture credit to blog farhanaziz


            p/s - tak perlulah cerita kat orang berapa banyak kita bersedekah!

            terima kasih sudi baca ^^

            Oct 20, 2011

            Hutang

            Assalamualaikum..

            Baru baca latest entry kat blog Leen pasal kawan dia berhutang tapi tak bayar-bayar. Rasanya ramai dikalangan kita ni ada pengalam macam Leen ni termasuklah aku sendiri.

            Masa nak pinjam bukan main berjanji nak bayar bila dapat gaji, tapi time gaji cakap nak bayar sikit-sikit lepas tu gaji lagi sekali senyap terus. Geram kan? Tak tolong dikata sombong, dah tolong kita pulak yang sakit hati bila dia tak bayar.

            Bila kita mintak tiba-tiba pulak dia taknak bercakap dengan kita. Eh, siapa hutang siapa ni? Dia hutang kita tapi kita ni macam nak mengemis duit dia pulak. Tak boleh jadi ni..

            Tapi seandainya korang teringin nak pinjamkan duit pada kawan-kawan or sesiapa saja, pendapat aku ialah :

            • Pastikan orang itu bukan penghutang tegar. Sila selidik dengan orang lain (orang yang rapat dengan peminjam) sama ada dia pernah atau tidak meminjam wang dari mereka.
            • Si peminjam sememangnya kawan rapat korang yang korang kenal luar dan dalam dan dia tiada rekod buruk.
            • Korang kena tahu apa yang dia nak buat dengan duit yang dipinjam itu.
            • Seandainya dia beria cakap "aku janji bulan depan aku bayar @ dapat gaji aku bayar" , lebih baik korang simpan duit korang diam-diam dalam bank sebab confirm dia tak bayar bulan depan atau masa dapat gaji.
            • Jangan pinjamkan duit pada kawan atau orang yang berlagak dan boros. Orang macam ni tak patut di tolong.
            • Kalau jumlah wang yang nak dipinjam tu agak besar, sila buat surat hitam putih beserta dengan saksi supaya anda boleh saman dia di mahkamah (over you).
            Itu je kot yang terlintas kat pemikiran aku. Tapi kalau kita taknak bagi orang pinjam duit macam mana pulak? Yelah, kawan kan. Nak cakap terus terang kata taknak bagi, kecik limpa pulak. Nak kata takda duit, dia tahu kita memang ada duit. hmm..

            Ala..korang buat je alasan ni..

            1. Ala..Duit tu dah ada orang lain pinjam, ko lambat sikit je..
            2. Aku dah terpakai la duit tu..so takde dah duit sekrang ni..
            3. Mak abah aku pegang duit aku, kalau nak mintak la kat depa. Aku takut...huhu
            4. Aku pun takde duit, ingat nak pinjam kat ko..
            Yang selebihnya korang pikir la sendiri. Apa-apa pun kalau kita berhutang, tolong la bayar. Kesian kat orang lain sebab depa pun nak guna jugak duit tu. Kenapa jadi kacang lupakan kulit (Iklan PTPTN)

            p/s - sape-sape yang berhutang, bayarlah cepat.

            terima kasih sudi baca ^^

            Remaja Zaman Sekarang.

            Assalamualaikum dan selamat hari Khamis.

            Semalam masa tengah tunggu husband beli ayam goreng, kat depan mata aku ada sorang budak perempuan sekolah menengah dok menggedik dengan sorang lelaki. bukan main manja meliuk lintuh badannya. Yang lelaki tu pun slamber je peluk-peluk budak tu. Rasa macam nak lepuk pun ada.

            Budak pompuan ni bukan main manja bercakap, rupa-rupanya dia bahasakan diri dia adik. But I dont think that guy tu abang dia sebab muka tottaly different tapi dorang sangat mesra. Ada sorang lagi lelaki berumur  dan sorang lagi dewasa jugak tengah menggoreng ayam. Aku agak yang tengah goreng ayam tu abang betul budak pompuan tu and yang berumur tu ayah dia.

            Apa yang aku perhatikan, muka lelaki yang tengah menggoreng ayam tu sama macam muka budak pompuan tu tapi tak ada la pulak dia mesra bergurau senda manja-manja ngan abang dia sendiri. Tapi even abang sendiri pun dok beramas mesra macam tu kita pun pelik ye dak? Dok cakap manja-manja, pastu dok angkat-angkat kain gedik-gedik konon macam anak manja, dah tu dok usik-usik dan saling menggeletek diantara satu sama lain mata keatas tangan dibahu. Berbulu mata aku tengok. Budak pompuan tu pun bila aku dok ushar dia, reti pulak tertunduk2 malu.

            Bermula dari pergaulan tanpa batas macam tu la punca ramainya remaja yang hamil luar nikah yang terjadi dikalangan remaja sekarang. Mak ayah kata apa? Senyum je..tak perlu kata apa-apa. Biasa la remaja sekarang so bagi peluang untuk dorang enjoy. Muda kan cuma sekali. Konon macam mak bapak yang prihatin la kat anak dia dan konon-konon mendidik anak mengikut peredaran zaman. Dah tu bila anak kau membuncit kedepan baru rasa nak menyesal.



            Kalau korang-korang semua nak tahu, gejala sosial dikalangan remaja ni tak pernah berkurang malah bertambah setiap hari. Aku sedih bila setiap kali ada orang call cakap nak masukkan anak dia sebab dah mengandung tanpa nikah dan lari dari rumah. Setiap hari berapa banyak orang call tak perlu la aku cakap sebab aku pun tak kira berapa tapi yang pastinya setiap hari akan ada kes ni. Itu yang call kat tempat aku. Kat tempat lain? Ini yang kita tahu, yang kita tak tahu berapa banyak pulak? Wallahualam.

            Cuba bayangkan budak umur 13 tahun pun dah reti pasal seks, siap mengandung, Bukan seorang lelaki tapi lebih dari 5 orang. Aku rasa masa zaman aku umur macam tu jangan kata bab seks, bercinta tak reti, tudung pun senget lagi. Nasib baik dah pandai lap hingus sendiri. Budak sekarang ni apa yang diorang tak tahu? meh cerita kat sini..ce citer.

            Korang rasa apa cara penyelesaian yang TERBAIK sekali untuk mengurangkan gejala sosial dan mengurangkan jumlah kelahiran anak tidak sah taraf? Aku hanya setuju satu saja cara iaitu laksanakan HUDUD. Korang pulak?

            p/s - perbaiki diri sendiri dan juga orang lain.

            terima kasih sudi baca ^^

            Oct 19, 2011

            #Wordless Wednesday - Kembar Siang

            Assalamualaikum semua..

            Farhan Aminuddin bin Mohd Zulhakimi & Aufa Mawaddah bt Mohd Zulhakimi

            Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
            Ini Blog Saya