Assalamualaikum dan selamat hari Khamis.
Semalam masa tengah tunggu husband beli ayam goreng, kat depan mata aku ada sorang budak perempuan sekolah menengah dok menggedik dengan sorang lelaki. bukan main manja meliuk lintuh badannya. Yang lelaki tu pun slamber je peluk-peluk budak tu. Rasa macam nak lepuk pun ada.
Budak pompuan ni bukan main manja bercakap, rupa-rupanya dia bahasakan diri dia adik. But I dont think that guy tu abang dia sebab muka tottaly different tapi dorang sangat mesra. Ada sorang lagi lelaki berumur dan sorang lagi dewasa jugak tengah menggoreng ayam. Aku agak yang tengah goreng ayam tu abang betul budak pompuan tu and yang berumur tu ayah dia.
Apa yang aku perhatikan, muka lelaki yang tengah menggoreng ayam tu sama macam muka budak pompuan tu tapi tak ada la pulak dia mesra bergurau senda manja-manja ngan abang dia sendiri. Tapi even abang sendiri pun dok beramas mesra macam tu kita pun pelik ye dak? Dok cakap manja-manja, pastu dok angkat-angkat kain gedik-gedik konon macam anak manja, dah tu dok usik-usik dan saling menggeletek diantara satu sama lain mata keatas tangan dibahu. Berbulu mata aku tengok. Budak pompuan tu pun bila aku dok ushar dia, reti pulak tertunduk2 malu.
Bermula dari pergaulan tanpa batas macam tu la punca ramainya remaja yang hamil luar nikah yang terjadi dikalangan remaja sekarang. Mak ayah kata apa? Senyum je..tak perlu kata apa-apa. Biasa la remaja sekarang so bagi peluang untuk dorang enjoy. Muda kan cuma sekali. Konon macam mak bapak yang prihatin la kat anak dia dan konon-konon mendidik anak mengikut peredaran zaman. Dah tu bila anak kau membuncit kedepan baru rasa nak menyesal.
Kalau korang-korang semua nak tahu, gejala sosial dikalangan remaja ni tak pernah berkurang malah bertambah setiap hari. Aku sedih bila setiap kali ada orang call cakap nak masukkan anak dia sebab dah mengandung tanpa nikah dan lari dari rumah. Setiap hari berapa banyak orang call tak perlu la aku cakap sebab aku pun tak kira berapa tapi yang pastinya setiap hari akan ada kes ni. Itu yang call kat tempat aku. Kat tempat lain? Ini yang kita tahu, yang kita tak tahu berapa banyak pulak? Wallahualam.
Cuba bayangkan budak umur 13 tahun pun dah reti pasal seks, siap mengandung, Bukan seorang lelaki tapi lebih dari 5 orang. Aku rasa masa zaman aku umur macam tu jangan kata bab seks, bercinta tak reti, tudung pun senget lagi. Nasib baik dah pandai lap hingus sendiri. Budak sekarang ni apa yang diorang tak tahu? meh cerita kat sini..ce citer.
Korang rasa apa cara penyelesaian yang TERBAIK sekali untuk mengurangkan gejala sosial dan mengurangkan jumlah kelahiran anak tidak sah taraf? Aku hanya setuju satu saja cara iaitu laksanakan HUDUD. Korang pulak?
p/s - perbaiki diri sendiri dan juga orang lain.
terima kasih sudi baca ^^
Ini Blog Saya |
8 respons:
moral of the story, bermanjalah dengan suami seperti puan yana..ye dak?? haaahaha...
huhuhu...
gejala sosial ni makin lame makin teruk..
tk tahu di mane silapnyer..
nk salahkan parents semata2..tk boleh jugak...
yg tk remaja pun ade gak bersosial sampai tk igat umo tu da berapa dan paling best siap post kat fb lg..
yg mude ni tgk sebagai idola..
so fikir2kan....
ohooooooooooo...da cam xreti nak ckp pea..jue bukan bkn baik sgtla..aurat pun xttp bis lagi..tp asenyer..xde la smpi ke c2 aduhaiiiiiiiiiii..kesiannnnnnnn bdak2 skunk nie..huk3
takdak la nak manja2 sgt ngan suami cikgu ma oii...hehhe
btl tu atie..tp yg pastinya sistem pendidikan pun memainkan peranan jgk..
klu didikan agama ckup insyaallah susah nak tersasar.
itu la ija..budak2 terlebih berani skrg ni..bukan depa nk heran. yana pun takut gak nak ushar dia lebih2..takut nnt dia bawak geng mai belasah yana..mampoih..hehhe
salam nana. kat taman org stay ni pun sama gak...budak2 lepas SPM keje kilang, duk sewa umah...asyik tukar2 jantan je..da serupe Beverly Hills da..x tau sape tido ngan sape..sbb hentam cromo jek...
yg penat tu, ni area muslim mostly tp xde sape yang berani nak bersuara even rukun tetangga pun diam je..pelikkan
tu la teha..org takut nk tegur..karang dibawaknya geng belasah mampuih..huhuhu...
Post a Comment