assalamualaikum wbt..
ada seorang sahabat sms malam tadi,komen pasal entri yang aku publish semalam..katanya terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata ada yang terasa..jadi di sini patik yang pacal lagi hina memohon ribuan kemaafan kepada sesiapa yang terasa di atas kelancangan dan kebiadapan bicara..sesungguhnya segala kata-kata itu datangnya dari fikiran yg tak begitu waras,emosi yang tak tenang dan ketidakstabilan hormon..(yeke..belasah je)..so just stop talking about that..enough is enough..
jadi setelah apa yang dah berlaku,lebih baik kita fikirkan hikmah yang mungkin tersembunyi dari memikirkan dan menuding jari mencari salah siapa..seorang sahabat menyatakan kekecewaan kerana program yang dirancang kurang mendapat sambutan..banyak yg difikirkan dari malam td hingga membawa ke pagi..setelah penat semua neuron dan sel-sel otak bekerja keras,akhirnya apa yang dapat disimpulkan kurang berjayanya program adalah berkemungkinan disebabkan perancangan yang kurang teliti..sesungguhnya perancangan Allah itu lebih hebat..
apa yang dah berlaku jadikan sebagai iktibar dan ambillah ia sebagai satu ilmu yang sangat berguna untuk dimanfaatkan pada masa hadapan..diharapkan apa yang diperkatakan disini tidak disalahertikan oleh sesiapa kerana tujuannya hanya untuk berbincang dan mengeluarkan pandangan yang mungkin tak sehebat orang lain..
setiap perancangan kerja perlu diteliti bagi mendapatkan hasil yang terbaik..setiap perkara harus diperhati dan dinilai dari segi baik buruknya..masa adalah faktor yang sangat penting untuk diambil kira..kalau mengikut dari apa yang dah berlaku,kemungkinan faktor masa kurang diberi perhatian..dalam keadaan ahli dari segi penempatan mengikut bahasa geografi adalah penempatan yang beselerak bukan sejajar atau berkelompok,masa itu adalah satu faktor yang sangat perlu diperhati..berkemungkinan cuaca atau musim bagi setiapnya adalah berbeza,jadi kita perlu memilih masa yang terbaik supaya semua orang boleh melibatkan diri..
"rancang dengan apa yang ada ditangan,bukan yang kita angan-angankan"
kekecewaan pasti berlaku andai apa yang dirancang tidak terjadi seperti yang diangankan..oleh itu kita harus bersangka baik kepada tuhan dalam apa jua keadaan..sehebat mana perancangan kita dengan matlamat yang ditetapkan,hebat lagi kuasa DIA dalam merancang apa yang dikehendaki..
"apa yang penting..kerjasama.." (lagu popular wonderpet)
ya..kerjasama adalah penting..tak salah andainya kita bekerjasama berbincang mengenai program yang dirancang..idea yang ada perlu dilontarkan dan kemudian dibincangkan bersama bagi mendapatkan satu keputusan yang berpihak pada semua orang dimana semua orang dapat berkumpul bersama-sama bagi menjayakan program tersebut..
seandainya sesuatu perancangan itu dibincangkan bersama-sama pelaksanaannya dalam satu jemaah dan ianya tidak berjaya,kekecewaan itu dapat dikongsi bersama,kepedihan itu dapat sama merasa dan keperitan itu dapat diatasi jua..kemanisan akan tetap dirasa walaupun yang pahit terpaksa ditelan kerana indahnya ukhwah melebihi segalanya andai benihnya disemai di batasan rasa kasih dan cinta kerana Allah dan RasulNya..
sahabat-sahabatku..kita adalah umpama batu bata yang tersusun,dimana ianya saling menguatkan diantara satu sama lain bagi mendirikan satu tembok yang kukuh dan tak mungkin akan roboh walau dicabar kuatnya ombak tsunami mahupun ribut grik..hanya dengan kuasa Allah sahaja ianya akan runtuh..maaf atas segala kekhilafan diri ini..
SELAGI ADA HAYAT~ANUGERAH
Sahabat masih ada waktu
Untuk kau dan aku
Menghitung dosa-dosa lalu
Lantas membasuhnya kembali menyinar
Menghiasi taman-taman kasih
Masih ada waktu bagi kita
Mengikis coreng-coreng mazmumah
Dan mengutip kuntuman mahmudah
Menghiasi kamar hidup ini
Dan masih ada waktu bagi kita
untuk memupuk kasih dan sayang
Sekuntum cinta Ilahi
Seagung cinta yang murni
Moga ukhuwwah yang dicita ini
Kan terjadi bersama mesra sejati
Bersama memupuk kasih cinta Ilahi
Moga bahagia di negeri abadi
*pesanan seorang teman.."awak dah besar,so fikirlah secara rasional.."