Feb 22, 2011

hari ini dalam sejarah 2

hari ini dalam sejara h ada 2 episod la pulak. lupakan dahulu entri pasal memasak. hari ini lebih bersemangat untuk bercerita pasal kereta yang rosak untuk kali kedua.

kenapa ye bila aku keluar dengan iema je, kereta rosak. asal kereta rosak je aku dengan iema..isk, unser tu sangat dengki dengan aku la. padahal aku sayang dia sepenuh jiwa. sungguh ni!tapi sampai hati sungguh dia rosak time aku drive. kenapa tak rosak time tak ada orang drive dia? apa jenis soalan ni? tak relevan langsung.

kali ni kerosakan berganda berbanding dengan hari tu. cumanya kali ni kami tak ada bersuka ria naik towing truck. kali ini gagahkan diri dan cekalkan hati untuk sampai ke bengkel dengan kereta mengeluarkan bunyi yang boleh menyebabkan jantung kita berdegup laju-laju. nasib baik dekat saja. kalau jauh, sah la unser tu terpaksa duduk sorang-sorang dia kat tepi jalan.

kerosakan kali ini adalah melibatkan compressor aircond. pulak dah. disebabkan kerosakan ini berganda dari kerosakan sebelum ini, maka bayarannya juga berkali-kali-kali-kali ganda. masa untuk menunggu sementara kereta disiapkan juga berkali-kali ganda berbanding sebelum ini. sempat juga tertidur kat atas kerusi di workshop tu.
*buat muka tak malu tidur atas kerusi malas uncle mekanik.. 

bayaran yang dikenakan cumalah RM700 T________T kalau duit sendiri, mahu menangis dengan air mata bertimba-timba. almaklum la sekarang ini penyakit poket gersang sedang melanda. jadi dua tiga hari lagi barulah ada air sikit. jadi terpaksa bersabar. cas RM700 tu termasuk sekali dengan servis. tukar minyak hitam dan sebagainya. kira murah la tu kan? yeke? murah sebab bukan duit aku.. haha

jadi hari ni sekali lagi perlu ke shah alam untuk selesaikan urusan yang tak kesampaian akibat dari berlakunya peristiwa hari ini dalam sejarah yang pertama. kepada toyota unser, tolong beri kerjasama yang baik kepada kami. jutaan terima kasih diucapkan atas kerjasama yang diberi. ilebiu unser. nanti i belanje u mandi kat carwash ye!

2 respons:

Jue said... [Reply to comment]

dugaan yunk...sabo jelah...

teeeeeeettt: i ingt i srg jea yg ngh kering mering..upenyer ade gak org yg sm ngn i..2 3 ari ag brula de air nie...hak3...:-)

yana-feehily said... [Reply to comment]

hahaha..tu la pasal..kering kontang ni..mmintak2 la esok dh ujan..sejuk ckit...ehehehee

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya