entri kali ini adalah luahan hati seorang perempuan yang bakal berkahwin tidak lama lagi. OMG cuba u all tengok kat daisypath itu. berapa lama lagi masa yang aku ada untuk menyiapkan segala-galanya? kadang-kadang aku ada jugak terfikir, kenapa ianya sangat rumit? seolah-olahnya kahwin adalah satu hal yang sangat menyusahkan T____________T
betul tak apa yang saya cakap ni kawan-kawan? cubalah tanya pada mereka yang dah kahwin macam mana keadaan mereka semasa sebelum berkahwin, maksudnya dalam tempoh membuat persediaan untuk majlis perkahwinan. even ada duit banyak sekalipun dan boleh upah mana-mana wedding planner still jugak pening. ya lah, pening nak pilih itu ini. pusing nak fikir tema apa. pendek kata pening-pening belaka.
sama la macam keadaan aku sekarang. waktu sekarang ni aku rasa macam aku nak nikah saja. nikah dipejabat kadi. senang kan? serius wei! OK u all boleh lempang aku laju-laju tapi itulah yang aku fikirkan sekarang. bukan aku tak teringin nak buat majlis glamour bling-bling ala-ala macam artis tu, tapi semua tu adalah perkara yang sangat menyusahkan aku.
buat majlis biasa-biasa pun dah rasa macam nak makan orang, apatah lagi majlis grand livina. tolonglah faham. dalam keadaan sekarang aku rasa macam nak menangis saja. mana taknya, bila kita dah buat perancangan elok-elok (setelah memikirkan kesenangan kedua-dua belah pihak) tapi ada satu pihak yang tak setuju. susahkan bila semuanya asyik nak ikut kehendak orang saja. sesekali nak juga kehendak kita dituruti. sedihnya saya T_______________T
asalnya saya tak nak pening-pening. nak cool saja. rilex. tapi apakan daya kita sebagai manusia biasa. ada banyak kelemahan. tapi aku sangat tidak suka apabila ada segelintir manusia yang suka bersikap mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan orang lain. perlukah? saya sedih lagi sekali T_______________T
kalau diikutkan hati aku yang satu ini, memang bertimba-timba aku menangis. memang membazir air mata je kerjanya. tapi tak perlulah aku buat semua itu kan? siapa setuju sila angkat tangan!
kesimpulannya, apa yang berlaku ini adalah dugaan dan ujian untuk aku dan sesiapa yang berkenaan. sebenarnya tidaklah complicated sangat tapi mungkin gangguan dari makhluk Allah yang dijadikan dari api itu yang membuatkan keadaan menjadi kelam kabut lagi huru hara. maklum sajalah perangai mereka itu, mestilah tak suka kalau kita buat perkara yang baik lagi suci kan..kepada mr.syaitan, teruskan tugas anda seperti yang kau janjikan dengan Allah. tapi aku sebagai hamba Allah juga tidak sesekali akan tunduk pada hasutanmu itu! be aware ok!!
jadi, sekian sahaja coretan luahan hati untuk pertama kali ini. kepada anda-anda diluar sana yang bakal mendirikan rumahtangga, sila jangan pening macam saya. buatlah perancangan dengan teliti. sememangnya kita manusia biasa ini tidak akan sempurna perancangannya. hanya Allah jualah yang berkuasa lagi maha bijaksana. tapi kita perlu berusaha ok?
ini adalah pelamin sharifah aleya. sangat cantik kan pelamin ini? saya sangat suka! |
2 respons:
hehehe...
rileks2....
masih ade kesempatan..
u can do it bebeh....
hehhe..yes i can!
tq dear...huhu..sgt terharu ni.. T______T
Post a Comment