Sep 13, 2011

Segmen Kancil8349 : Pengalaman Korang Semasa Menghadapi Peperiksaan UPSR

Assalamualaikum..

Isk...Orang join segmen, engkau yang tak pernah menang pun nak jugak..hehhee..

JOIN SINI


Kali ni join segmen pengalam menghadapi UPSR. Pandai betul empunya blog ni sebab hari ni kan UPSR baru start. Memang bagus la mengingat zaman dolu-dolu kala ni.

Aku ambik UPSR dulu masa tahun 1996 di Sekolah Kebangsaan Batu Lima yang terletak di Negeri Kedah, Daerah Sik. Bagi yang lahir tahun 1984 ni senang nak tahu darjah berapa masa tu. kalau tahun 1991 darjah 1 dan begitu la seterusnya. Ini lah yang menyebabkan bayi tahun 1984 ini unik. Ahaks..Jangan jeles.

So pengalaman ambik UPSR ni ofkos la banyak. Pergi tuisyen tak berenti tapi tak jugak dapat 4A. Dulu aku 4A je, tahun last. Lepas tu baru ada subjek sains. Dulu-dulu kalau sekolah kat kampung ni memang payah la nak dengar budak dapat 4A sampai 10 orang satu sekolah. Sorang je pun dah kira bagus. Masa tahun aku tu 2 orang je yang dapat 4A. Sorang dah jadi doktor sekarang. Sorang lagi jadi cikgu.

Aku cuma dapat 3A saja. Tapi serius cakap masa nak ambik UPSR tu takde pun aku stress study bagai nak gila. Masa dapat result tu pun relax je, takde pun rasa macam oh sedihnya sebab tak dapat 4A sambil menangis. Cikgu siap umum result dalam kelas tu. Memang exam yang menyeronokkan la. Happy je..

Masa exam tu, kertas jawapan abc tu cikgu yang tulis nama. Aku ingat lagi cikgu yang tulis nama kami semua tu, Cikgu Mad Noor, Cikgu Nazri n Cikgu Bibah. Memang jasa dorang tak terbalas. Raya tahun lepas kami pergi beraya rumah cikgu-cikgu ni. Eh bab raya tak boleh cerita ke? ok fine.

Time pergi tuisyen kalau hari cuti tu kami dengan slamber je tahan kete orang. Ntah kenapa ye mak ayah kami tak hantar padahal hari sekolah memang abah yang hantar aku tiap-tiap hari. Aku pun tak ingat. Tapi sebenarnya aku tak pernah pun tahan kete orang. Ini pengalaman kawan aku sebenarnya. Masa tu mana ada dengar kes budak kena culik ke apa ke. Last-last cikgu kami dapat tau terus kena marah. Lepas tu dia yang tumpangkan kami ramai-ramai. Lepas habis tuisyen subjek dia, ayat ni akan keluar " sungai pau and the geng, jom balik dengan saya.." Jasamu dikenang Cikgu Nazri!

Macam dah panjang pulak cerita ni kan? Tapi nak sambung lagi sikit. Sikit je tau. Ok janji.

Pengalaman masa tengah jawab exam tu macam biasa je aku rasa. Takde pun berdebar-debar macam nak tercabut jantung. Mungkin tak terasa pun yang exam tu penentu hidup sebab aku ni  bukan la budak pandai pun kan..huk huk..Kalau nak tahu, aku ambik UPSR sekali dengan Cikgu Ma. Dulu-dulu selalu balik tumpang kete ayah dia. Ayah dia cikgu sekolah kami. ^___^

Last but not least aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga pada cikgu yang pernah mengajar kami. Sesungguhnya jasa kalian hanya Allah yang mampu membalasnya. Terima kasih kerana telah mendidik kami menjadi insan yang berguna. Semoga Allah memberkati hidup kalian. Juga kepada semua guru di Malaysia. Terima Kasih!

p/s - Aku dah cerita pengalaman aku. Korang pulak macam mana? Join la sama ^___^

terima kasih sudi baca ^^

5 respons:

Kancil 8349 said... [Reply to comment]

Salam,

terima kasih kerana sudi join segmen Kancil dan Kancil menghargainya..

rupanya satu sekolah dengan cikgu Ma...bestnya dapat jumpa member lama. betul tu, dulu bukan senang mahu dapat A..sekarang nie...senang2 je budak dapat A..macam jeles plak. Tapi itulah perubahan zaman, zaman susah kepada senang. Kenapa senang, sebab ada kelas tuisyen dan buku - buku rujukan untuk murid - murid zaman sekarang

Cikgu Ma said... [Reply to comment]

waaaaaa..kenal gak dgn kancil8349??hehehe


eh..eh...awat orang x dak dlm kenangan hmpa wlupun kita 1 skolah?hilang ingatan kot...haha

yayath said... [Reply to comment]

yath singgah dari segmen sama:)

Anisa Anuar said... [Reply to comment]

singgah dari segmen yg sama...
pengorbanan ibu bapa...amat bermakna...

Kancil 8349 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum...

Kancil dah buat entri khas untuk blog ini...

http://kancil8349.blogspot.com/2011/09/entri-khas-mereka-yang-menghargai-jasa.html

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya