Jan 23, 2012

majlis gilang gemilang atau sederhana, yang mana satu pilihan anda?

Assalamualaikum..

Hari sabtu sibuk uruskan majlis pertunangan sepupu. Disebabkan yang nak bertunang tu duduk dengan mak aku dari dia umur 11 tahun, jadi dia dah macam adik aku la walaupun dia panggil aku adik yana. Umur pun muda la, baru 21 tahun tapi jodoh cepat. Insyaallah hujung bulan 5 ni langsung.

Majlis tunang dia simple-simple saja sebab tak sangka pulak nak bertunang. Asalnya nak datang kenal-kenal saja tapi dah alang-alang datang jauh dari kedah, jadi pakteh aku cadangkan tunang je terus.Honestly cakap yang family aku memang simple bab-bab majlis kahwin atau tunang ni. Yang paling penting bab makan. Janji orang makan puas hati dan sedap, itu dah cukup mengembirakan kami. Macam kenduri aku dulu, mana ada pelamin ke apa, tapi alhamdulillah rata-rata yang datang sampai sekarang masih lagi memuji kesedapan nasi daging yang dihidangkan.

Tapi sebenarnya tak salah kalau nak buat majlis gilang gemilang pun asalkan kita mampu. Kalau nak buat majlis besar-besar tapi buat loan sampai ada cucu pun tak habis bayar lagi buat apa kan? Itu dah macam kita zalim pada diri kita. Maaf kalau ada sesiapa terasa, aku tak maksudkan pada sapa-sapa. Just pendapat diri sendiri. Islam sendiri menganjurkan kesederhanaan, jadi rasanya tak perlu la kita membazir buat yang bukan-bukan hanya sekadar untuk mendapat pujian dari orang yang datang. Sekali lagi ditekankan, kalau mampu tak kisah la, tak salah pun nak bergembira pada hari sejarah kita tapi jangan pula kita abaikan hukum-hakam.

Kenapa tiba-tiba aku cakap bab kawen ni? Sebabnya hari Ahad kenduri kahwin cucu sepupu mak aku. Nak kata majlis grand tak la sangat tapi kemain dia pakai gaun. Pakai gaun tu lantak la kan tapi satu hal lain ialah dia macam sombong je dengan sedara mara yang datang. Boleh pulak dia buat tak tahu je, tak salam. Kot nak cakap terima kasih ke sebab datang, hampeh..Bila ada sepupu dia nak ambik gambar, dia berenti. Then dia tanya, dah ke? terus dia blah. Aku dengar orang cerita pun berangin je..Nasib baik aku tak p jumpa dia.


Aku hairan betul la, takkan setakat ko dapat pakai gaun yang konon-konon glemer tu ko dah tak semenggah macam tu? Rasa bangga kot konon-konon ko je la pengantin paling glemer. Konon-konon ko la paling cantik. Konon-konon laki ko best sebab keje ngan david teoh. Ntah-ntah keje bawak lampu je..Astaghfirullah..hangpa semua jangan baca ni. Biaq aku sorang ja mengutuk anak sedara yang hingusan ni.

Jadi terpulang la pada anda sama ada mahukan majlis kahwin ala-ala wedding of the year ataupun yang sederhana. Ikutlah kemampuan masing-masing bak kata pepatah ukur baju dibadan sendiri. Pedulikan la kata-kata orang sebab manusia ni tak penah pun nak puas hati. Buat la majlis besar ke kecik ke, akan ada jugak sok-sek sok-sek kemudian hari. Yang penting diri kita sendiri, ikhlas dan berbesar hati menjemput tetamu bagi memberkati lagi ikatan suci.

Sepupu yang bertunang, pakai baju kurung saja. Selendang tu pakai konon-konon nak bagi lain la sikit dari orang..haha. Aku bertunang dulu lagi dasat. Gambar pun tak sempat nak ambik sebab dok kat dapur tolong hidang makanan untuk tetamu. .


Sekian...

14 respons:

Unknown said... [Reply to comment]

ape yang penting keberkatan suatu majlis... kadang2 buat meriah2....takut jadi 'ujub pulak... hohoho.. biaq simple tapi nice

kelubungbunga said... [Reply to comment]

salam 'alaik tuan rumah..

tumpang lalu sini jap^^

haih. comel sungguh header kat atas tu. dan kelakar kot! hihi..

Cikgu Ma said... [Reply to comment]

yana, abah kami kata kt fahimah n kamilah "nanti hampa kenduri buat qulhu & doa selamat ja, pastu kalo hampa nk habaq kat kawan2, buh kat FB ja kata dah menikah" hahaha..sempoi gila!!!

yana-feehily said... [Reply to comment]

cikgu ma : baguih la akmal..kami setuju..

eeiyss : btl tu. yang paling penting berkat..

Totie@Tomy said... [Reply to comment]

wah manis walaupun berbaju kurung..salam kenal..

KaK LimAh Si SupiR said... [Reply to comment]

biase2 j :P

Unknown said... [Reply to comment]

Salam Yana,

Hola!

Betul tu, tak perlulah bergolok bergadai sume utk nampak grand majlis...tp bg yg mampu, ok je... sepatutnya kenduri kawin ni utk kite berkenal-kenalan dgn saudara-mara & sahabat handai... time tulah kite nak jumpe semua...itulah tujuannya majlis diadakan betul tak... walaupun raja sehari, jgnlah sombongkan... klau kite baik layan tetamu mesti semua org pun suka :)

Amin Hafizy said... [Reply to comment]

memang dilema sejak zaman berzaman... nak sederhana takut nyesal nak buat kenangan sekali seumur hidup... nak meriah... bajet tinggi kena loan pulak... kalau ada bajet no problem...

Anak Wak Mail said... [Reply to comment]

tak kemana la budak tu sombong2 camtu..buat org nyampah ada..diva la sangat..

tak kisah majlis macam mana pon,,asalkan diberkati,,i.Allah bahagi sampai bila2..:)

Unknown said... [Reply to comment]

stuju

y penting lps kawen tu

yana-feehily said... [Reply to comment]

kak marya : btl tu kak...pengantin kena la layan tetamu sbb org dtg nk meraikan dia..

roslan putra : no money no talk :)

anak wak mail : nnt rifhan nak kaawen jgn jadi camtu tau..hihi

iffah afeefah : lepas kawen lg byk belanja..

cik fadh said... [Reply to comment]

wuuuu sokong 100% dengan statement akak ni ! pendapat kiter lebey kurang tp fadh nk up kt blog xley sbb da ramai plak sdara mara jd silent reader..hihi

follow akak balik ;)

yana-feehily said... [Reply to comment]

cik fadh : heheh..ye la kan, nnt ada yg kecik hati plk..hihi

tq fadh ^^

ilasya said... [Reply to comment]

salam angah..congrats buat spupu angah..nk tny,cam ne kek hari tu?menjadi tak?hihi

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya