Episod kali ini adalah untuk membincangkan tentang loghat utara yang mungkin kadang-kadang agak mengelirukan segelintir masyarakat diluar sana. Oleh itu kita menjemput Puan Fazhana bagi mengupas isu ini.
muntah hijau
Ok ok..Kepada hangpa yang bukan orang utara tapi dah berkahwin atau bakal berkahwin dengan orang utara ni plis be alert la dengan sesetengah perkataan yang mungkin korang akan salah faham.
Contoh 1
"Cek nak p kedai tolong beli roti sama na..Habih dah roti nak cicah ngan ayaq kopi pak hang tu.."
Roti di sini bukan la roti bun atau roti potong gardenia mahupun hi 5 ya. Roti ni boleh jadi biskut lemak hup seng atau pun seangkatan dengannya.
Contoh 2
"Hang cari kasut mak sat. Sapa dia pakai tak tau.."
Jangan pulak hangpa fokus pada kasut saja sebab kasut tu mungkin juga selipar sebab orang kedah hentam kasut ja semua walaupun ianya hanyalah selipar jepun.
Contoh 3
"Hangpa p menyorok tang mana tadi?"
Kalau dapat soalan ni hangpa tolong la jangan jawab kami tak p menyorok, kami p breakfast saja. Sebab menyorok tu sarapan pagi la.
Cukup la 3 contoh saja sebab sebenaqnya aku pun tak berapa tau jugak, yang basic ni ok la. Contoh 3 tu masa kecik-kecik aku terkena dah. Almaklum la kecik-kecik dok KL, bila dah duduk kat kampung sepupu aku yang memang jati kedah tanya, dah menyorok ka? Aku slamber ja jawab, main sorok-sorok? Semua pakat gelak.
Kebatakan aku dan sepupu-sepupu lain yang mix kedah-kl ni terserlah lagi bila raya baru-baru ni ada ustaz yang berubat kak long dan makteh mintak ayam rendang untuk putus ubat. Sepupu aku masuk dalam bilik aku dan tanya macam mana nak buat. Aku pun dengan tak boleh blah menuduh yang bukan-bukan kata ustaz tu bela jin la bagai.
Dalam kelam kabut kami dok tanya satu sama lain macam mana nak cari bahan untuk buat rendang ayam, ustaz tu bersuara.
"La..apa susah nak buat. Letak garam dengan kunyit, panas minyak pastu rendang la.."
Kami pun apa lagi, dengannya rakusnya dok gelak sesama sendiri sebab ayam rendang tu rupa-rupanya AYAM GORENG! Orang tua-tua dulu memang sebut macam tu. Ustaz tu orang hulu, jadi dia memang la guna istilah tu. Maafkan kami orang hilir ini ya pak ustaz. Mak Njang kami yang dah masuk kategori warga emas pun tak tau apatah lagi kami yang muda belia ini.
Ini RENDANG AYAM (pic from google) |
Ini pulak AYAM RENDANG (pic from google) |
Jadi anda-anda yang bakal jadi warga utara, kalau tak mau kena gelak boleh la belajar siap-siap ok?
31 respons:
ooooo kelako ye.. tp mmg tersgt le pelik term yg digunakan..lari sungguh...saya juga pernah megalami perkara yg sama..tp ckp minang ler atau nogori..pening...ehehehhe
kazaztan team : tu la pasal..boleh buat org keliru sbb 1 perkataan tp maksud boleh jadi lain2..hehhe
saya kena blaja loghat ganu ni..hehe..
Kalau dia minta nasi rendang nak buat cam ner?
Kak Aina org Perlis, kalau dengar sekali imbas nampak mcm slang dia sama saja antara Kedah dan Perlis tetapi ada jugak yang lain sebenarnya. Contoh terbaik org Perlis kata gerek rasanya org kedah belah AS pangey beskal (bukan basikal ye sebut sama macam ejaan).
JunAina : kami pun pggl gerek jugak..belah AS mmg pggil beskal..eh bukan beskal, beskat kot..hehhe
rara penah keje kat kulim kedah.mula2 duk sini mmg tak tahan,dorg ckp jerit2,but now mmg dh biasa.tp dh tak keje kulim.miss kulim so much.
yang menyorok first tyme taw.. heheh...
yunk..bapokla lawaknyer..jue gelak beria dah nie..amai gak sepupu kawin org kedah..bahaya bahasa depa nie..kalau kita tak tau lgsg..kena tibai gelak t..muahahahahaha...:-)
*slmt bercuti gak yunk..:-D
Cikpuan rara : penah keje kt kulim rupanya..haa meh la turun kedah bila senang :)
jue : haa..nanti boleh la praktis ckp ni dgn sepupu tu..hehehhe
liyana : klu ganu makang nasik dalang pinggang la..hihih
syazana amira : kira ilmu dapat ilmu baru jugak la kan.. :)
yang bab "rendang" tu baru tahu ni...haha.. dalam kelakar pun kena belajar jugakkan...
*takut jugak bab jatuh2 ni...tapi nasib dah ok.. :)
aien not alien : btl3..at least dapat ilmu jgk :)
alhamdulillah dah ok...
hahaha....siyes...
tk penah tahu....kih3!!
saya menyorok roti dan ayam rendang..uhh sedapnya..;)
erk,,kalau dapat orang utara,,kompem tak blur dah nihaha
atie : lepas ni boleh la berhabuk speaking kedah..hahhaa
anak wak mail : ayat yg tepat sekali..hahaha..
nnt klu blur jgk blh tanya cikgu yana. dont worry..hehe
o baru paham
mmg pelik haha
is xsebut rotipun untuk biskut 4segi tu... hohohoho
orang blah kedah ja kot no? hohoho lagiks
eeiyss : ya la kot..hihi
hat contoh no 3 tu, mula2 salah paham gak..haha, org kedah saja ...
**sebab penah pengalaman blog kami buat adult content, terjumpa ada lgi org buat mcm tu..jd nak kongsi..dulu kami tak tau gak saipa blog kami jd camtu..maklum la buat blog tak tau pa...la ni reti la fungsi setting tu..
ooo hahahaha... menyorok tu rupanya sarapan... ingatkan sembunyi2... ehehehe
best gak ya dapat belajar loghat2 negeri orang ni... best
cikgu ma : org kedah pun kadang2 tak tau jgk kan..hihi. sbb jarang dok guna..
gen2 merah : tu la, mula2 igt macam tu jgk..
nak belajar lebih mendalam, boleh je tanya..
yang no 3 tu macam kelakar jer...hehehe,memang unik orang2 malaysia ni pelbagai bahasa loghatnya,hehe
hehehe...dah lama ndak dengar kata2 orang utara nie...Kancil pernah hidup 2 bulan di sana...
datang singgah ke blog ini
aiez : tu la uniknya malaysia kan.. ^^
kancil : 2 bulan je kancil ddk kedah? best tak? bila nk dtg lagi?
huhu.... betul2.. hari tu time keje kat sana, pening nak paham cakap orang sane.. huhu.. tapi best... suke loghat nye.. hehe
ehh, sedap pulak nengok rendang ayam dengan ayam rendang tu..
hehe.. best-2! ade gak mmber utara ajar ckp bhase utara.. daa terikut-2 ckp dye daa :)
yad'z : ada sesetangah perkataan mmg berbeza.. :)
ain hazwany : sila la makan :)
hanim :yg paling glemer dan org suka pakai perkataan hang la ^^
Yana,
Akak suke entry ni... dulu akak pun ade rmai kwn belah utara... depa ni slalu ckp segan...segan nak p kantin... segan tu maksudnye malas bkn malu...hehehe...ade byk lg....tp yg rendang ayam & ayam rendang tu 1st time dgr :)
Roti klau org sarawak pun maksudnye mcm tu...sb ramai kwn org s'wak...hehehee
Post a Comment