Jan 18, 2012

Kenapa jadi begini?

Assalamualaikum..

Bila baca entri terbaru cikgu ma, aku rasa beban aku makin bertambah. Bila tengok gambar dan cerita-cerita pasal gejala yang tak sudah-sudah, rasa macam nak botak je kepala. Bila setiap hari orang call pasal anak dia dah mengandung anak luar nikah, rasa macam kepala otak ni dah tak boleh nak terima dah. Stress.

Sedih.

Kecewa.

Makin lama makin menjadi-jadi seolah-olah macam tak ada pendekatan untuk membendung gejala sosial dikalangan remaja masa kini. Padahal berlambak kot. Tapi kenapa nampak macam tak berkurang malah makin teruk? Tolong jawab sat..

Kadang-kadang aku dengar jugak perkataan fedup dari warden. Aku sendiri pun terkadang mengungkit jugak apabila seseorang pelatih tak berubah even dah dibimbing selama 13 bulan disini. Aku cakap kat ibu, sia-sia ja dia duduk sini.

Lalu ibu tegur aku. Dia kata kita tak boleh fikir macam tu. Dorang tu semua amanah kita. Bila kita ni buat kerja dakwah kita  tak boleh mengungkit dan merungut, nanti lagi sia-sia usaha kita. Penat saja tapi satu pahala pun tak ada. Kena ingat yang Allah takkan tanya berapa orang dah yang berjaya berubah tapi dia tanya apa yang dah kita buat. Dorang berubah atau tak, itu bukan kerja kita. Yang penting kita ikhlas. Dan jangan lupa, bila kita buat kerja-kerja macam ni, dugaan dan cabaran dah tentu terbentang depan kita.

Satu lagi ibu kata kita beruntung sebab Allah pilih kita di jalan ni. Bukan semua orang boleh buat. Bukan semua orang mampu. Jadi kita kena buktikan dan teruskan usaha ini. Korang semua kena ingat tau, walaupun tak semua orang mampu, tapi hal-hal macam ni adalah tanggungjawab semua. Kami jalankan tanggungjawab kami, masyarakat pun jangan lupa bagi sokongan sebagai tanggungjawab bersama.

Tolong doakan ye!

p/s - kalau nak tahu lebih lanjut tentang program ni, boleh tanya saya.

13 respons:

Iffah Afeefah said... [Reply to comment]

itu y terbaik

jgn lpe doakan mreka

yana-feehily said... [Reply to comment]

iffah afeefah : ya..sama2 doakan..

Woofer Storm said... [Reply to comment]

doakan agar sentiasa dilandasan islan yang sebenar..

#jauhi zina,dekati Allah..

FatihaNur said... [Reply to comment]

sedeh sgt bila generasi baru skrg ni mudah rosak...

lg byk ustaz2 cuba wat pendekatan, lg besau iblis setan hantar bala tentera dia...ermm...

FatihaNur said... [Reply to comment]

sedey

Jue said... [Reply to comment]

pea nak buat yea...semua tu cam da tak terbendung pun..dak2 school rendah pun da pandai bf2..apahal??huk3

MaryaYusof said... [Reply to comment]

Salam Yana,
Betul ckp ibu Yana tu... yang penting kita ikhlas & bkn salah kite sekiranya kita sudah berusaha tp mereka masih tidak berubah... yg penting ape yg telah kite lakukan... semoga usaha murni Yana diberkati Allah :)

liyana said... [Reply to comment]

Semoga awk berjaya dalam usaha awk ni :D

yana-feehily said... [Reply to comment]

fatihanur : tu la kan..sedih sgt sbb remaja skrg ni la pewaris negara..

jue : btl tu jue..henfon dh ada, lg la senang..

marya yusof : terima kasih atas sokongan akak.. :)

liyana : amin..sama2 kita berdoa ye..

Anak Wak Mail said... [Reply to comment]

Mulia kerja yana tu..;)

"Kalau tidaklah kerana kurnia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikuti syaitan, kecuali sebahagian sahaja (diantaramu yang tidak mengikutinya)"
-Surah An-Nisa',83)-

yana-feehily said... [Reply to comment]

anak wak mail : doakan kami istiqamah. trm kasih :)

atIEsAyAnGkAmU said... [Reply to comment]

sedeh juga mengenangkannyer..

yana-feehily said... [Reply to comment]

atie : tanggungjawab semua utk membendung..

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya