Apr 25, 2012

Apa pendapat korang??

Assalamualaikum..

Sorang kawan saya ada masalah dengan husband dia. Dia dah kawen dalam setahun lebih dah. Belum dikurniakan anak. Masalah sekarang adalah dia baru dapat tau yang sang suami pernah mengambil dadah jenis ganja sebelum mereka berkahwin. Dia dapat tau hal ni sebab dia terjumpa ubat yang tertera nama suboxone.

Dia mintak tolong saya check ubat tu. Ya..korang boleh search kat internet pasal ubat ni. Ubat ni fungsinya lebih kurang macam methadone. Ubat untuk hilangkan ketagihan dadah. Ok fine. Kita dah nampak kat sini yang suami dia cuba untuk buang semua sikap buruk tu. Tapi masalah keduanya ialah si suami tu nampak dah macam ketagihan suboxone pulak. Dia cairkan ubat tu dan suntik. Tak ke macam penagih tu?

Jadi kawan saya ni buntu dan runsing sama ada dia nak teruskan perkahwinan ni ataupun ambil jalan untuk berpisah. Kalau tanya pendapat saya yang dhaif ni, dah confirm la suruh berpisah je. Tapi tak la bagitau kat dia macam tu. Perasaan kawan kena la jugak dijaga. Lagipun cerai ni satu perkara yang Allah tak suka.

Sesiapa yang ada pengalaman ataupun pengetahuan sila beri pendapat anda. Adakah suboxone ini boleh menyebabkan ketagihan dan perlukah dia meneruskan perkahwinan ini?

Pendapat anda amatlah dialu-alukan dan didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

p/s - macam buat surat rasmi T__T

20 respons:

Jue said... [Reply to comment]

nak bagi advise pun cam tak sesuai..coz belum kawin..keh3...tapi if laki da dgn 'dadah' nie..idup nie mmg akan jadi lagi PAYAH la yunk...emmmm

*kena g jumpe kaunselor (betul ke idok ak eja nie..keh3) kot...emmm

intanrh said... [Reply to comment]

Salam ziarah Yana. Akak terjumpa dan baca blog ni. Apa kata kawan tu bincang elok2 dgn husband minta hentikan ambik suboxone tapi try pulak alternatif perubatan lain. Cthnya perubatan Islam yg mana tidak menggunakan suboxone.
Lagi satu, cuba suami dia kuatkan iman dan lebih dekatkan diri dgn Tuhan. InshaAllah dik.

Ummi Annur Humaira said... [Reply to comment]

salam nana...

actually ganja xde la dadah yg tahap teruk sgt...tp it will be worst if dia x stop kan...

i got a fren, she married with person like this..she try stand her life..in end she give up n they divorced...

my advice is...if hubby dia still x nak buang pe'el tu...jalan terbaik, pisah...( i can see my fren suffered before )

Nyue said... [Reply to comment]

nyue mampu lahirkan rasa simpati...nak nasihat xmampu...semoga keadaan suami kwn yana masih dapat dipulihkan & perkahwinan mrk dpt diselamatkan

Kakzakie Purvit said... [Reply to comment]

Sulit juga ini Yana... pertama kena jumpa dokotr tentang suboxone ini. Apa kesan dia kalau negetif, cuba bincang dgn suami utk terus tinggalkan. Kalau tidak boleh terlanjur belum ada anak kalau kakak baik berpisah demi masa depan...

atIEsAyAnGkAmU said... [Reply to comment]

huhuhu...

turut bersimpati ngan nasib rakan anda....

moga dia tabah....

Puteri Kayangan?@#$%???? said... [Reply to comment]

Yunk ... umi rasa sedih la baca citer ni ..sampai hati suami die ..tertekan kot .. tapi kan dear ..amalam suami mengamalkan ambik dadah ni ..kalau diorang dikurniakan anak ..pasti anak tu akan cacat ..mcm kawan umi ..

kawan umi terpaksa buang baby die sebab doc cakap baby die cacat ..dulu suami die mamam ganja jugak


umi tak dapat nak komen dear ..sebab susah nakcakap ..bagus kawan dear g jumpa kaunseling ..uuuu

wahida said... [Reply to comment]

kesian kat kwn ko tu...

semoga dia kuat dan tabah...

aku syorkan bawak dia berubat dulu...

Afasz said... [Reply to comment]

kene bincang scr elok bersama psangan.insyaAllah smua nye ok...

salin berkongsi pendapat n terima pendapat satu sama lain :D

follow n singgah sini
dr,
http://afasz.blogspot.com

apdm said... [Reply to comment]

salam


nak cakap pun payah, mmg cerai tu nampak buruk pd pandangan mat aorg lain, tp kalau ia adalah jalan penyelesaian yang terbaik maka ia harus, jika perkahwinan ini diteruskan ia pasti akan membebankan sebelah pihak yang akan teraniaya...

alien said... [Reply to comment]

1st,tye doc situasi tu... sbb doc la yg tau kesan2 ubat etc.

2nd,dari nasihat doc tu diskas ngn suami ajak g jumpe kaunselor kesihatan, kaunselor tu akan nasihat mana yg patut.

3rd,wife perlu sapot laki dia. Bykn doa. Berbicara dgn laki dia. Insya'Allah membantu.

Yang penting tenang. Itu kunci dia.

Aien Not Alien said... [Reply to comment]

semua pendapat diatas bagus kak...tanya pakar tentang ubat suboxone dan kesan2 sampingannya dan mulakan tindakan seterusnya, isteri kena main peranan penting dengan menyokong suami untuk berubah :D

IDAZS said... [Reply to comment]

alamak, susah nak jawab ni. apepun try tanya pendapat doc tentang pengambilan ubat2 ni. :)

Anonymous said... [Reply to comment]

jgn terburu-buru dlm buat keputusan..seeloknya brjmpa doktor/pakar dhulu tnya tntang ksan negatif pngambiln suboxone ni n smada doktor ada alternatif laen bg mmulihkn thp ketagihan si suami tnpa pengambilan suboxone...
kalau boleh buat sesi luahan hati dgn suami,tnya dy scara baik samada dy msih da bnda yg dy x gtaw kt kmu..
kunci pling utama=sabar+sabar+sabar...
tp kalau dy sngaja x mhu brubh..jln akhr adlah brcerai..jika ianya baik buat smua phak..

Cikgu Ma said... [Reply to comment]

sapa tu yana?

Anonymous said... [Reply to comment]

better g kaunseling dulu. buat rawatan pemulihan. banyak alternatif yang ada sekarang ni. tapi kalau dah semue ikhtiar xberhasil. kite semue tahu jalan penyelesaiannya..

saudara ada berkawin dengan orang macam ni, last-last mintak dilepaskan sebab duit semua habis dek ketagih, pukul isteri. itu memang dah tahap kritikal dah..

Unknown said... [Reply to comment]

As salam Yana,

Akak pun tak pandai gak dlm bab2 macam ni, rasanye elok bwk pergi jumpa kaunseling dulu... Tanya pada yg arif... Jgn terburu2... bukan senang jd janda dear, byk buruk dr baiknya... Semua yg terjadi ALLAH yg tentukan... Better berbincang & bwk pergi jumpa yg arif ttg hal mcm ni jgn ikut emosi ye :))

Anonymous said... [Reply to comment]

aku pon ambil sbxone,sb aku nk brnti dadahh..alhamdulillah skrg aku idup normal..skrg aku bebas dri sbxone n dadah.aku dh ada 2 ank..xbrcrai pon,sb istri bg smgatttttttt.cm2la nk cri istri,kne bg smgt kt suami,bkn mngaibkan..jgn nk suruh depo crai,yg x tau sal ketagihan ddah jgn nk wt pndai2..ank x cacatla klu kta isap gnja cm umi ckp,ank cacat sb hampo dok kutuk kjadian mkluk than yg xsmpurna koooooot...

wawa said... [Reply to comment]

sy pn ad msalah suami mcm ni,.buntu m'mikir kn nye..rse kcwa sgt ble dpt thu dia ambil ganja..

Anonymous said... [Reply to comment]

Suboxone sbnarnya lg bgus dr methadone,tp cr pngambilanya sepatutnya diletakkn d bwah lidah.bkn d cair dan d suntik.isteri spatutnya bg sokongan pd suami yg nk hentikn pngambilan dadah,ikut skali suami ke klinik mna yg dia amik suboxone n tanya sndiri dgn doctor...

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya