Jun 22, 2012

Belum dapat kelulusan lagi..

Assalamualaikum..

Semalam saja-saja online fb time rehat. Jadi ramai la kawan-kawan yang menegur. Semuanya bertanya;

Dah berisi ke?

Jawapan saya...memang berisi pun.

Ada sorang member kemain syok lagi dia, siap tanya dah berapa bulan dah? Yang pastinya dia dapat jawapan sarkastik saya " Dah terlebih bulan, takmau keluar-keluar lagi.." Nasib la..

Sorang lagi kawan lagi best. Dia kahwin awal beberapa bulan dari saya. Tiba-tiba menegur setelah agak sekian lama tak bersembang. Soalannya dah pasti la soalan bocor. Dan jawapannya sudah pasti sarkastik bunyinya.

Bila saya cakap saya belum mengandung, dia jawab..

"Hahahhaa..tu yang nak dengar tu. Ada geng.."

Sejujurnya, saya pun gembira jugak bila dia beritahu dia belum mengandung. Bila dah masuk usia setahun perkahwinan ni, apa yang saya harapkan Allah memberi rezeki (anak) yang satu itu. Sebelum ni saya ok sebab ada beberapa kawan baik saya yang kahwin sebelum saya belum mengandung. Tapi sekarang semua dah masuk pakatan mengandung. Macam dirancang-rancang pula. Angkut geng ramai-ramai tetapi saya dipinggirkan T__T

Kawan baik saya anak kepada Tok Guru Hj Hadi pun dah join Pakatan Mengandung beramai-ramai dengan adik beradik dia yang lain. Wah wah, makin meriah dunia. Alhamdulillah rezeki mereka.Sekali lagi saya rasa terpinggir dan terasa amat kerdil sekalipun sekarang ini tubuh saya makin mengembang. Sob sob..

Tapi insyaallah saya masih ada kekuatan. Saya tak sampai tahap menangis bila dengar sesiapa mengandung. Kita hanya buat proposal, tapi kalau yang kat atas sana tak sain patut ke kita buang lalu berputus asa ? Tidak. Kita patut buat proposal yang lebih baik sehingga diterima. Itu saja. Siapa kita nak melawan kuasa Allah sedangkan kita dah tahu segala yang terjadi ini telah tertulis di Loh Mahfuz? Wow, bunyi macam ustazah tak? Tiba-tiba rasa kagum dengan diri sendiri sebab konon-konon boleh berceramah. Ceh.




Kenapa ya saya tulis entri ini? Sebab disekeliling saya ada beberapa orang yang sikapnya begini. Menangis bila dengar orang-orang terdekat dia mengandung tetapi Allah masih belum beri dia rezeki. Tak tahu sebab menangis tu sama ada dengki ataupun gembira. Tapi yang pastinya kaklong saya memang dia kata dia dengki. Dah 6 tahun kahwin masih belum dikurniakan anak, berbuih mulut kami nasihat tapi macam tu jugak. Haaa teruskan la menangis kalau itu yang legakan hati dia. Teruskan menangis kalau-kalau dengan menangis tu boleh membuatkan kamu mengandung.

Eh..ayat macam marah saja. Ya, saya memang rasa macam nak marah pada kaklong saya. Tapi saya kesian juga kat dia. Kaklong saya macam dah putus asa. Apa yang penting sekarang ni, teruskan usaha dan jangan putus harap pada Allah. Doktor tu boleh cakap apa saja tapi Allah yang menentukan segalanya. Dia tahu apa yang lebih baik untuk kita. Seandainya Allah takdirkan kita tak ada anak dari benih sendiri, boleh saja ambil anak angkat. Setiap kesukaran ada jalan penyelesaian. yang penting selepas usaha kita bertawakal dan berserah padaNya. Insyaallah kerana Allah memang sentiasa bersama dengan kita.

Sekian saja ceramah saya di pagi Jumaat. Jumpa lagi di lain masa. Semoga dengan perkongsian yang sedikit ini dapat mengubah pemikiran mereka-mereka yang terlibat dalam hal ini. Sentiasa ingat yang kita ini milik Allah, tak ada satu pun milik kita dan Allah berhak nak ambil balik hak Dia bila-bila masa pun.


Jumpa lagi...

p/s - kata-kata untuk diri saya sendiri juga..

16 respons:

Nyue said... [Reply to comment]

insyallah..rezeki itu ada :)

atIEsAyAnGkAmU said... [Reply to comment]

tp atie tk mcm tu kan...hik3..!!
i always support u taw!!
heee!

Liyana Anuar said... [Reply to comment]

usaha, doa & tawakal~

saya doakan yang terbaik :)

Unknown said... [Reply to comment]

As salam Yana,

Mulut org seperti tempayan, tak boleh nak tutup... Peduli je apa yg org nak kata... Kita org Islam, sudah belajar agama... Percaya dgn qada & qadar drnya... Dulu akak takut nak preggy tp ALLAH bg rezeki awal spy jd lebih matang & berttgjwb... Dugaan setiap org tak sama... Tak perlu banding2kan diri dgn org lain... Insya'ALLAH doa, usaha & tawakal... ALLAH sentiasa ada :))

Take care :)

Kakzakie Purvit said... [Reply to comment]

Allah maha mengetahui Yana. Setelah berusaha/doa apa lagi daya selain pasrah pada Allah. Kluarga sebelah suami kakak semua susah dapat anak. Kakak aje yg kita syukur ada 3 anak.

SIL kakak sampai dah nak pencen baru tahun lepas akhirnya dapat anak angkat. Anak sendiri memang dah tak mungkin sebab dah lebih 50 tahun dah umurnya. Sabarlah Yana insya-allah akan tiba masanya adalah. Baru setahun..

Jue said... [Reply to comment]

ilek yunk...doa jeak bnyk2..t de la rejeki 2...yana kan baik..InsyaAllah...pasti ALLAH akan berikan yang terbaik...:-)

Puteri Kayangan?@#$%???? said... [Reply to comment]

Lama tak datang kat cni .. umi turut sedih sebab ada orang yang jenis tidak memahami keadaan dear .. sangat2 tidak baik buat orang hati terguris .. sangat2 berdosa .. rasa emo pulak umi baca entri dear..

umi yakin dear .. suatu hari nanti pasti akan ada juga nanti .. insyallah .. allah menguji dear .. pasti sesuatu yang baik akan ada kelak ..amin2

fatiha's boutique collection said... [Reply to comment]

insyaallah rezeki tu ade..cuma lambat ngan cepat je nana...

moga Allah permudahkan semua jalan nana suami isteri jg lupa bila benda yg kita minta Allah x bg skrg..maybe dia ade plan yg lebih baik akan dtg...

Bykkan doa k sayang...

Cik Rose said... [Reply to comment]

salam...

sabar ye.. jgn dengar sangat cakap-cakap orang. kadang2 mereka tak faham sebab mereka tak pernah alami.

jgn sedih2 ye :)

Aien Not Alien said... [Reply to comment]

kak yana yang kuat semangat bertabahlah selalu...insyaAllah ada rezeki nanti. :)

IDAZS said... [Reply to comment]

Insyaallah rezeki tu pasti ada, cuma cepat dan lambat je.

yang penting jgn putus asa, teruskan berusaha, berdoa dan terus berdoa ya.

Kak ida doakan yang terbaik untuk yana, amin :)

wahida said... [Reply to comment]

teruskan berusaha dan berdoa...

jgn sesekali putus harap...ada kwn aku, 7 tahun menunggu, akhirnya tiba jugak masa dia merasai nikmat seorg ibu...Alhamdulillah...

Unknown said... [Reply to comment]

kak yana sayang... luv u! muah!
jangan sedih2 na... macam is selalu kata... Allah tau waktu mana dia nak kasi dan kat sapa dia nak kasi amanah itu...

doa... dan doa...

kita ada perjalanan yang panjang.. bukan sekadar di dunia.. tapi permintaan kita akan kita terima ganjarannya lebih2 di SANA... insyaALLAH.. amin (^___^)

Cikgu Ma said... [Reply to comment]

yana ...don't give up tau!!

Aine Ainun said... [Reply to comment]

Yana, terusskan usaha,jgn putus asa tau..

Sy penah merasai dan mengalaminya..
Mmg penah mnangis, bkan sbab dengki, tapi emosi sedih yg x tertahan..

Satu hari nanti akan tiba rezeki Yana, saya doakan

Aine Ainun said... [Reply to comment]

Yana..bagus semanagt awak,
truskan usaha, jgn berhenti berdoa....

Saya faham, dan penah mengalaminya...
Akan sampai rezeki yana nanti...insyaallah

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya