Aug 23, 2011

Contest Blogger Simple Gorgeous

klik sini
Mood join contest telah kembali walaupun tidak menang..Tak apa la, janji join ^__^ bukan apa, nak memeriahkan dunia blog ini..

Disebabkan diri ini dengan perasannya terasa blog ini simple gorgeous, maka dengan riangnya join terus. Semasa menaip entri ini bermacam-macam dugaan telah menimpa iaitu tiba-tiba hang,bukan sekali bukan dua kali tapi dah berkali-kali. Berkat kesabaran berjaya jua akhirnya. Apakah ianya petanda kan menang?? Mungkin ya tidak.

Jadi saya tag dua orang kawan  iaitu

Cikgu Ma
Cik Jue
Mama Qisya

eh..kenapa 3? HAHAHA

Semoga berjaya!

p/s - banyakkan bersabar dibulan puasa (nak publish post ni ambil masa sejam!!)

terima kasih sudi baca ^^

Kisah Farhan Dulu-Dulu

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita pasal kisah Farhan tahun lepas.  Farhan balik kampung masa raya haji dan time ni Farhan tak boleh jalan lagi. Baru merangkak tapi bukan main ligat lagi. Masa ni Farhan dah pandai buat muka busuk. Kalau nak suruh dia buat muka macam tu, try la marah dia. Mesti dia nak nangis dan lepas tu kita kena cepat-cepat pujuk dia then terus dia buat muka busuk hingga ternampak dua batang gigi kapaknya yang besar dan jarang.

 


 

Ini Farhan dengan Pak Ndak Akmal. Pak Ndak Akmal adalah insan yang Farhan paling terfavourite. Antara Abi dan Pak Ndak, Farhan lebih memilih Pak Ndak. Kalau Pak Ndak cakap 'haipp" sikit dia dah sedih macam kena marah dengan teruk. Jangan kata haipp saja, Pak Ndak jegil mata sikit pun dah sedih. Tapi bila dipujuk terus buat muka busuk.

 Ini Farhan dengan Pak Teh Faiz. Pak Teh pun disukai Farhan juga tapi kalau Pak Teh cakap haipp sikit, dia buat tak tahu saja. Macam tak ada apa-apa. Pak Teh kena marah lebih sikit baru dia nak buat muka busuk nampak gigi kapak tu. Farhan ni lagi suka orang lelaki dari perempuan. Kalau ammati dia ni marah sikit pun dia tak heran. Melampau. Dengan Jaddati lagi la dia tak mau. Kesian jaddati dok rindu dia tapi dia langsung tak heran. Jangan kata nak dukung, jaddati pegang pun dia tak nak. Kalau dengan jaddi boleh tahan lagi. Nak juga dia.


Ini Farhan baru dapat kaki. Bukan jalan saja tapi dia terus berlari. Kami yang tengok ni bukan main kecut lagi. Sekejap lari kat abi, lepas tu pak njang, then ammati pulak. Tapi kalau hala ke jaddati dia akan u-turn secara automatik. Pandai pulak tu. Hishh..Sebenarnya ada sejarah juga antara Farhan dengan Jaddati ni. Kenapa dia tak boleh nak go on dengan nenek dia yang ni sebab mak aku pernah marah dia. Farhan ni jenis ingat orang yang marah kat dia. Bila dia tak nak sangat kat mak aku, mak aku pun tanya dia..Kenapa farhan taknak kat jaddati? Farhan tak suka jaddati ka? Lepas tu farhan angguk pulak konon macam faham. Mak aku apa lagi marah la dia..kalau tak suka jaddati tak payah mai rumah jaddati. pa balik langkawi..Dia punya la menangis time tu dan lepas tu terus taknak kat jaddati dia dah.


Haaa kan dah kata dah. Bukan main lagi dia lari last-last jatuh jugak. Apa lagi, konsert amal pun bermula. Terpaksa ibu-ibu dan bapak-bapak mendengar secara percuma.

Sekian.

terima kasih sudi baca ^^

Aug 16, 2011

Kisah puasa yang biasa-biasa saja.

Assalamualaikum.

Diam tak diam sudah 16 hari berpuasa, sedar tak sedar ramadhan yang berkat ini bakal meninggalkan kita tak lama lagi. Tahun depan tak tentu lagi kita dapat bertemu dengan bulan yang mulia ini.

Siapa yang masih puasa penuh sila angkat tangan! Satu dua tiga eh semua tak puasa penuh. Aku je yang masih bertahan 16 hari puasa. Haha..Ok tak lawak. Mari kita bercerita pasal pengalaman puasa masa kita kecik-kecik atau lebih dikenali sebagai zaman tiada masalah. Eh siapa kata tak ada masalah, time gaduh dengan kawan-kawan, time tak ada duit macam kawan-kawan lain semua itu masalah apa?

Aku start berpuasa penuh bermula dari umur 7 tahun. Tiada paksaan, tiada upah yang dijanjikan oleh mak dan abah. Aku sendiri sukarela nak puasa penuh. Ini bukan riak. Zaman itu berapa kerat sangat ibu bapa dikampung macam mak abah aku janji nak bagi sehari seringgit bila anak dia puasa. Walaupun mak abah asalnya berkenalan di Petaling Jaya tapi mereka tidak menerapkan budaya upah mengupah ini tak kira dalam apa jua perkara. Walaupun aku dapat tempat pertama dalam kelas, tiada hadiah khusus dari mak dan abah. Cukuplah hadiah yang berlambak-lambak yang aku dapat disekolah. Banyaknya hadiah yang aku dapat disebabkan tempat pertama dan hadiah matapelajaran terbaik (setiap subjek dapat 100 markah) tapi akhirnya abang aku juga yang bertuah sebab kebanyakan hadiah masa tu ialah water color yang budak darjah satu tak pandai pun nak guna.

Dua tahun aku berpuasa penuh (darjah 1 dan 2) tapi darjah 3 terpaksa ponteng. Bukan suka-suka tapi demam yang teruk sampai muntah hijau! Masa tu punya la sayang nak buka walaupun mak berkali-kali paksa. Arwah tok pun sama. Akhirnya saya tewas jua apabila terpandang buah anggur dalam peti sejuk. Dengan muka tak malu mintak izin pada mak, "Mak..Kakak nak bukak posa.." maka tak cukuplah puasa aku untuk tahun itu.T____T

Walaupun mak dan abah tak pernah menerapkan budaya upah tapi dapat dapat juga hadiah setelah penat berpuasa menahan lapar dahaga semasa berumur 7 tahun. On the way nak balik ke kampung abah di Jitra untuk menyambut aidilfitri, abah berhenti di kedai emas dan belikan saya gelang emas yang ada loceng. Tapi masa tu aku rasa seronok sebab ada loceng saja. Manalah tahu emas itu mahal (masa tu masih murah) dan ianya adalah satu pelaburan yang menguntungkan. Sepupu-sepupu yang ikut pun dapat juga tapi mereka punya bukan emas betul lah. Cuma emas celup. Bila kena air warna emas pun luntur. Aku punya tak! ^____^

Semasa darjah 2 kalau tak silap aku dapat pula jam tangan Alba. Tak pasal-pasal abang pun dapat juga. Tapi jam itu aku tak pasti hadiah untuk apa. Abah macam tu lah, bukan nak beritahu. Lagipun masa tu bukan aku tahu itu hadiah ke apa sebab abah tak balut cantik-cantik. Beli dan terus pakai sebab aku pun ikut sekali pergi beli. Lepas dah besar sikit dapat basikal. Yang saya hairan sangat kenapa apa benda yang aku dapat (kecuali emas) abang pun dapat sama padahal dia tak pernah buat apa-apa yang membanggakan mak abah (ayat cemburu?). Tapi sekarang aku suka sangat kalau dapay hadiah yang berbalut. Sanggup buka hadiah tengok benda apa dan balut balik cantik-cantik.

Dah melalut pasal hadiah pula. Berbalik kepada kisah berpuasa waktu kecik-kecik, hari tu tengok nasi lemak kopi 0 di tv9 dan tetamu undangan budak-budak kecik sebab topiknya puasa dan masa tu baru nak mula puasa kalau tak silap. Temamunya dua orang lelaki, adik Fimie dan adik Haziq, seorang perempuan tak inga nama siapa tapi dia tu peserta idola kecil. Masing-masing bercerita pengalaman puasa dan yang paling tak tahan cerita Haziq. Kreatif betul dia curi minum masa mandi. Caranya dia sedut air yang lalu kat mulut dia masa dia jirus air kat kepala. Saya tak pernah terfikir pun nak buat macam tu. Betul tak tipu!

Walaupun aku puasa penuh umur 7 tahun tapi tak la bangga sangat sebab anak sepupu aku puasa penuh start umur 6 tahun. Adik aku yang nombor lima pun sama. Tapi yang 5 lagi semuanya hampeh belaka. Tak boleh diharap puasa penuh masa kecik. Adik yang bongsu lagi la. Mentang-mentang bongsu dia buat ikut suka dia ja. Darjah 3 pun masih lagi puasa tak puasa. Arwah tok bukan boleh tengok cucu bongsu dia muka kecut, terus dia hidang nasi suruh makan. Masa dia umur 5-6 tahun dia puasa cuma masa waktu nak berbuka sebab kami semua cakap orang tak puasa tak boleh makan sama dengan orang puasa. Jadi bila hampir waktu berbuka secara automatik dia mengaku dia puasa dan dia orang yang pertama duduk mengadap makanan. Mujur bila dah tingkatan 1 ni Wajdi (adik bongsu) tak macam dulu, siap rajin puasa sunat isnin khamis lagi. Almaklum duduk asrama, tiba-tiba jadi baik.. HAHA. Mudah-mudahan baik selamanya. Amin..

Jadi inilah kisah puasa aku yang biasa-biasa saja masa kecik-kecik dulu. Mungkin tak ada yang menarik dari pandangan mata anda tapi ianya tetap kenangan yang tak boleh dilupa dan bakal dikongsi dengan anak-anak aku pula (mudah-mudahan). Ini cerita aku, cerita korang macam mana pula?

p/s - puasa jangan tak puasa!

terima kasih sudi baca ^^


Aug 12, 2011

Jenis-jenis Kuih yang Glemer di Bulan Ramadhan.

Assalamualaikum..

Setiap kali Ramadhan memang kuih jadi tumpuan. Pergi la kat bazar ramadhan mana pun wajib ada bermacam-macam jenis kuih muih yang pelbagai bentuk dan rupa. Ada yang cantik bukan main sampai rasa sayang nak makan, ada yang tak berapa lawa, yang bermacam warna macam pelangi pun ada. Kalau rajin sangat pergilah bazar setiap hari, boleh la menjamu anak mata dengan melihat kuih muih itu sambil telan air liur seterusnya jangan lupa melubangkan poket anda demi untuk menjamu anak tekak pula. Tak perlu beli banyak, sejenis kuih beli sebiji saja, Bajet sehari seringgit so dapat la 3 jenis kuih (kalau kuih 3 seringgit). Kiralah sendiri bila dah sebulan berpuasa berapa jenis kuih yang kau dapat rasa? Banyak tu..

Time bulan puasa ni lah kita dapat jumpa kuih-kuih yang jarang-jarang kita dapat makan bila time bulan lain. Tapi kena ingat ye semua, bulan puasa ni janganlah terlalu membazir. Kalau nak beli ikut je macam yang aku sarankan tadi. Sehari seringgit dan make sure kuih tu kau habiskan. Tak perlu nak beli banyak-banyak. Buka puasa bukan kita makan banyak sangat pun, makan sikit saja sudah kenyang. Jadi kalau kau teringin macam-macam, kau simpanlah untuk esok pula. Bersikap adil lah terhadap kuih muih itu sebab dia pun teringin jugak nak kau beli dia. Jadi bila dah cukup 3 jenis kuih, kau cakap kat kuih lain yang esok kau akan beli dia pula (tolong cakap dalam hati saja).

picture source


Bila dah macam-macam kuih ni ada pulak yang mengkategorikan jenis-jenis kuih ni. Kreatif betul lah manusia yang merekacipta benda ni. Jangan pulak lepas ni ada yang taknak makan kuih-kuih ini lagi.
Kuih paling gangster ------> Lompat Tikam (takut kot nak makan)
Kuih paling sexy ------------> Puteri Mandi (orang laki suka kot seksi-seksi ni..opss)
Kuih paling keji ------------> Taik Itik (ada yang nak makan lagi lepas ni?)
Kuih bajet cute ------------->Cek Mek Molek (pemakan kuih ni agak-agak cute tak?)
Kuih untuk awet muda ----> Seri Muka (wajib makan)
Kuih paling alim ----------------> Kuih Ketayap (*kelip-kelip mata)
Kuih penyakit lelaki kronik---> Batang Buruk (erk?!)
Kuih suka pukul ----------------> Kuih Lompang (tak pasal kono lompang!)
Kuih dalam zoo-----------------> Badak Berendam (kena makan dalam zoo je ke?)
Semoga anda terhibur di pagi ini dan ceria-ceria selalu. *jenis-jenis kuih di ambil dari kawan di fb* 
p/s - "Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."  (Surah al-Israa : 27) 
terima kasih sudi baca ^^

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya