Oct 31, 2011

Pandai masak, suami pun sayang.

Assalamualaikum..

Tergelak baca entry Cikgu Ma jadi nak jugak memanjangkan cerita.

Selalu orang tua-tua selalu cakap, masak nasik pun tak lepas lagi macam mana nak kawen bila ada orang dok tanya-tanya bila anak dara dia nak kawen.

Kemahiran memasak penting jugak dalam rumahtangga. Kalau asyik makan kat kedai je, jangan pulak kau meradang bila tiba-tiba laki kau kawen dengan tokei kedai atau anak dia. Tapi itu terpulang pada pasangan korang la. Kalau dapat yang memang jenis suka makan, so pandai-pandai la korang belajar masak.

kalau nak pandai masak, jangan lupa beli buku  ini.

Kalau korang nak tahu, kita masak kat suami dan suami pulak puji kata sedap.. ya Allah seronoknya tak dapat nak cakap. Bangga gila kot..Ni aku la kan, tak tau la pulak orang lain tu. Suami aku ni memang bagus. Dia cakap " U kalau masak apa pun I makan. Sedap." Kau tak rasa tiba-tiba pokok berbunga dalam taman hati ke kalau berada kat tempat aku nih?

Apa-apa pun bak kata cikgu ma,
tak salah cari calon isteri pandai masak tapi kenapa calon isteri sahaja yang perlu perfect serba serbi? calon suami pula, solat masih tunggang langgang, setakat nak cari calon isteri pandai bela perut, boleh bahagia ke?
Aku setuju sangat bab tu. Setiap pasangan tu diciptakan untuk saling melengkapi. Jadi why not bila isteri belajar memasak, suami pulak belajar mengaji. Bila isteri belajar menghias diri untuk suami, suami pula belajar untuk melengkapkan diri sebagai suami yang tahu serba-serbi (bab agama dan rumahtangga). Give and take bak kata omputeh. Baru la Bahagia.

Tapi kan aku sebenarnya kesian sangat bila my husband cerita ada wife kawan dia yang memang tak pandai masak. Jadi dia tak pernah masak kat suami (kecuali masak nasik) sejak dari mula kawen sampai la dah ada anak tanpa rasa nak belajar. Pelik tu. tak payah la nak pelik, dah laki dia tak kesah, kau kesah apa?


Apa-apa pun banyak manfaatnya bila kita masak kat suami ni. Masa memasak tu setiap perlakuan kita tu dikira pahala beribadat. Senangnya kita nak dapat pahala asalkan kita ikhlas kerana Allah. Bila kita selalu masak, suami pun makin sayang apa .. ^__^

masak kerana Allah, pahala dapat suami pun sayang. heheh


p/s - masak la makanan yang berkhasiat!

terima kasih sudi baca ^^

13 respons:

Anak Wak Mail said... [Reply to comment]

wahh,nak belajar masak la cmni..

yana-feehily said... [Reply to comment]

hehehe..belajar jgn tk belajar ^__^

Cikgu Ma said... [Reply to comment]

yana....kalo bakal suami memang untung arrr dapat kami..pandai masak...hahaha...oh Tuhan, kawan sapa ni perasan tak boleh blah...

atIEsAyAnGkAmU said... [Reply to comment]

i like statement tu..

pandai masak suami pun syang..

sebab perut kenyang...makan bayk kali...pastu tmbah gumuk..
yeahhhh!!

Jue said... [Reply to comment]

Bagus2..so moral of storyyyyyy...jom masak ramai2 supaya suami..bakal suami makin cyg..hahahaha

Shiela Luddin said... [Reply to comment]

maser anak dara hakak tak pandai masak tapi biler dah jadik bini org tetibe pandai lak masak..heran betul *yerlahh pandailah sgt tuh*...

Anonymous said... [Reply to comment]

hai dear... salam kenalan ..

emmm zr dulu b4 kawin xpenah blajor msak, takat yg simple2 tau arr.. tp lepas kawin entah cmner leh je masak, tp idok le pro

yana-feehily said... [Reply to comment]

cikgu ma..hehe mmg untung pun sapa dapat anak sulong cikgu lid n mak ngah zaharah tu..

yana-feehily said... [Reply to comment]

hahhaa..fahmie dah gemuk ke atie?

yana-feehily said... [Reply to comment]

ija pandai masak..mmg bertuah la cdia tu...hehehe

yana-feehily said... [Reply to comment]

hakak cnn...klau cik abang kata sedap, tu dah ckup dah kan? tiada yg best melainkan best je...hehhe

yana-feehily said... [Reply to comment]

kak zura..bila kita ada kemahuan nk masak, insyaallah akan pandai..bukan susah pun nak masak ni kan? :)

Anonymous said... [Reply to comment]

sangat menarik, terima kasih

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya