Aug 16, 2011

Kisah puasa yang biasa-biasa saja.

Assalamualaikum.

Diam tak diam sudah 16 hari berpuasa, sedar tak sedar ramadhan yang berkat ini bakal meninggalkan kita tak lama lagi. Tahun depan tak tentu lagi kita dapat bertemu dengan bulan yang mulia ini.

Siapa yang masih puasa penuh sila angkat tangan! Satu dua tiga eh semua tak puasa penuh. Aku je yang masih bertahan 16 hari puasa. Haha..Ok tak lawak. Mari kita bercerita pasal pengalaman puasa masa kita kecik-kecik atau lebih dikenali sebagai zaman tiada masalah. Eh siapa kata tak ada masalah, time gaduh dengan kawan-kawan, time tak ada duit macam kawan-kawan lain semua itu masalah apa?

Aku start berpuasa penuh bermula dari umur 7 tahun. Tiada paksaan, tiada upah yang dijanjikan oleh mak dan abah. Aku sendiri sukarela nak puasa penuh. Ini bukan riak. Zaman itu berapa kerat sangat ibu bapa dikampung macam mak abah aku janji nak bagi sehari seringgit bila anak dia puasa. Walaupun mak abah asalnya berkenalan di Petaling Jaya tapi mereka tidak menerapkan budaya upah mengupah ini tak kira dalam apa jua perkara. Walaupun aku dapat tempat pertama dalam kelas, tiada hadiah khusus dari mak dan abah. Cukuplah hadiah yang berlambak-lambak yang aku dapat disekolah. Banyaknya hadiah yang aku dapat disebabkan tempat pertama dan hadiah matapelajaran terbaik (setiap subjek dapat 100 markah) tapi akhirnya abang aku juga yang bertuah sebab kebanyakan hadiah masa tu ialah water color yang budak darjah satu tak pandai pun nak guna.

Dua tahun aku berpuasa penuh (darjah 1 dan 2) tapi darjah 3 terpaksa ponteng. Bukan suka-suka tapi demam yang teruk sampai muntah hijau! Masa tu punya la sayang nak buka walaupun mak berkali-kali paksa. Arwah tok pun sama. Akhirnya saya tewas jua apabila terpandang buah anggur dalam peti sejuk. Dengan muka tak malu mintak izin pada mak, "Mak..Kakak nak bukak posa.." maka tak cukuplah puasa aku untuk tahun itu.T____T

Walaupun mak dan abah tak pernah menerapkan budaya upah tapi dapat dapat juga hadiah setelah penat berpuasa menahan lapar dahaga semasa berumur 7 tahun. On the way nak balik ke kampung abah di Jitra untuk menyambut aidilfitri, abah berhenti di kedai emas dan belikan saya gelang emas yang ada loceng. Tapi masa tu aku rasa seronok sebab ada loceng saja. Manalah tahu emas itu mahal (masa tu masih murah) dan ianya adalah satu pelaburan yang menguntungkan. Sepupu-sepupu yang ikut pun dapat juga tapi mereka punya bukan emas betul lah. Cuma emas celup. Bila kena air warna emas pun luntur. Aku punya tak! ^____^

Semasa darjah 2 kalau tak silap aku dapat pula jam tangan Alba. Tak pasal-pasal abang pun dapat juga. Tapi jam itu aku tak pasti hadiah untuk apa. Abah macam tu lah, bukan nak beritahu. Lagipun masa tu bukan aku tahu itu hadiah ke apa sebab abah tak balut cantik-cantik. Beli dan terus pakai sebab aku pun ikut sekali pergi beli. Lepas dah besar sikit dapat basikal. Yang saya hairan sangat kenapa apa benda yang aku dapat (kecuali emas) abang pun dapat sama padahal dia tak pernah buat apa-apa yang membanggakan mak abah (ayat cemburu?). Tapi sekarang aku suka sangat kalau dapay hadiah yang berbalut. Sanggup buka hadiah tengok benda apa dan balut balik cantik-cantik.

Dah melalut pasal hadiah pula. Berbalik kepada kisah berpuasa waktu kecik-kecik, hari tu tengok nasi lemak kopi 0 di tv9 dan tetamu undangan budak-budak kecik sebab topiknya puasa dan masa tu baru nak mula puasa kalau tak silap. Temamunya dua orang lelaki, adik Fimie dan adik Haziq, seorang perempuan tak inga nama siapa tapi dia tu peserta idola kecil. Masing-masing bercerita pengalaman puasa dan yang paling tak tahan cerita Haziq. Kreatif betul dia curi minum masa mandi. Caranya dia sedut air yang lalu kat mulut dia masa dia jirus air kat kepala. Saya tak pernah terfikir pun nak buat macam tu. Betul tak tipu!

Walaupun aku puasa penuh umur 7 tahun tapi tak la bangga sangat sebab anak sepupu aku puasa penuh start umur 6 tahun. Adik aku yang nombor lima pun sama. Tapi yang 5 lagi semuanya hampeh belaka. Tak boleh diharap puasa penuh masa kecik. Adik yang bongsu lagi la. Mentang-mentang bongsu dia buat ikut suka dia ja. Darjah 3 pun masih lagi puasa tak puasa. Arwah tok bukan boleh tengok cucu bongsu dia muka kecut, terus dia hidang nasi suruh makan. Masa dia umur 5-6 tahun dia puasa cuma masa waktu nak berbuka sebab kami semua cakap orang tak puasa tak boleh makan sama dengan orang puasa. Jadi bila hampir waktu berbuka secara automatik dia mengaku dia puasa dan dia orang yang pertama duduk mengadap makanan. Mujur bila dah tingkatan 1 ni Wajdi (adik bongsu) tak macam dulu, siap rajin puasa sunat isnin khamis lagi. Almaklum duduk asrama, tiba-tiba jadi baik.. HAHA. Mudah-mudahan baik selamanya. Amin..

Jadi inilah kisah puasa aku yang biasa-biasa saja masa kecik-kecik dulu. Mungkin tak ada yang menarik dari pandangan mata anda tapi ianya tetap kenangan yang tak boleh dilupa dan bakal dikongsi dengan anak-anak aku pula (mudah-mudahan). Ini cerita aku, cerita korang macam mana pula?

p/s - puasa jangan tak puasa!

terima kasih sudi baca ^^


Aug 12, 2011

Jenis-jenis Kuih yang Glemer di Bulan Ramadhan.

Assalamualaikum..

Setiap kali Ramadhan memang kuih jadi tumpuan. Pergi la kat bazar ramadhan mana pun wajib ada bermacam-macam jenis kuih muih yang pelbagai bentuk dan rupa. Ada yang cantik bukan main sampai rasa sayang nak makan, ada yang tak berapa lawa, yang bermacam warna macam pelangi pun ada. Kalau rajin sangat pergilah bazar setiap hari, boleh la menjamu anak mata dengan melihat kuih muih itu sambil telan air liur seterusnya jangan lupa melubangkan poket anda demi untuk menjamu anak tekak pula. Tak perlu beli banyak, sejenis kuih beli sebiji saja, Bajet sehari seringgit so dapat la 3 jenis kuih (kalau kuih 3 seringgit). Kiralah sendiri bila dah sebulan berpuasa berapa jenis kuih yang kau dapat rasa? Banyak tu..

Time bulan puasa ni lah kita dapat jumpa kuih-kuih yang jarang-jarang kita dapat makan bila time bulan lain. Tapi kena ingat ye semua, bulan puasa ni janganlah terlalu membazir. Kalau nak beli ikut je macam yang aku sarankan tadi. Sehari seringgit dan make sure kuih tu kau habiskan. Tak perlu nak beli banyak-banyak. Buka puasa bukan kita makan banyak sangat pun, makan sikit saja sudah kenyang. Jadi kalau kau teringin macam-macam, kau simpanlah untuk esok pula. Bersikap adil lah terhadap kuih muih itu sebab dia pun teringin jugak nak kau beli dia. Jadi bila dah cukup 3 jenis kuih, kau cakap kat kuih lain yang esok kau akan beli dia pula (tolong cakap dalam hati saja).

picture source


Bila dah macam-macam kuih ni ada pulak yang mengkategorikan jenis-jenis kuih ni. Kreatif betul lah manusia yang merekacipta benda ni. Jangan pulak lepas ni ada yang taknak makan kuih-kuih ini lagi.
Kuih paling gangster ------> Lompat Tikam (takut kot nak makan)
Kuih paling sexy ------------> Puteri Mandi (orang laki suka kot seksi-seksi ni..opss)
Kuih paling keji ------------> Taik Itik (ada yang nak makan lagi lepas ni?)
Kuih bajet cute ------------->Cek Mek Molek (pemakan kuih ni agak-agak cute tak?)
Kuih untuk awet muda ----> Seri Muka (wajib makan)
Kuih paling alim ----------------> Kuih Ketayap (*kelip-kelip mata)
Kuih penyakit lelaki kronik---> Batang Buruk (erk?!)
Kuih suka pukul ----------------> Kuih Lompang (tak pasal kono lompang!)
Kuih dalam zoo-----------------> Badak Berendam (kena makan dalam zoo je ke?)
Semoga anda terhibur di pagi ini dan ceria-ceria selalu. *jenis-jenis kuih di ambil dari kawan di fb* 
p/s - "Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."  (Surah al-Israa : 27) 
terima kasih sudi baca ^^

Aug 9, 2011

Kemaruk..apakah?

Assalamualaikum semua..tengahari yang agak mengantuk ni apa kata kita rajinkan diri dengan meng-update-blog. daripada mengantuk tengok kerja pun tersengguk-sengguk macam burung belatuk baik la pergi berjalan-jalan ke blog orang yang amat ramai ini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

Blog siapa yang aku suka intai nih? tentulah blog kawan-kawan yang updated kan. Satu lagi kegemaran yang tak dapat disangkal lagi adalah berjalan-jalan ke blog masakan. Dapat tengok gambar masakan tu dah rasa kenyang kot. Teruja habis-habisan sampai rasa macam dan dan tu jugak nak masak dan la la tu jugak nak p beli bahan masakan tanpa mengira waktu itu waktu apa. Kat rumah tu macam-macam bahan ada untuk buat cake cookies dan tak lupa juga bahan untuk buat apam polkadot yang dulu aku hegeh sangat nak buat sampai beli pewarna yang bermacam-macam kaler tapi akhirnya semua bahan tersusun dengan rapi di dalam ice box.

Tapi tapi tapi..sempat jugak buat sejenis biskut konon-konon nak try la kalau sedap nak buat banyak-banyak dan bawak balik kampung masa raya nanti dan sudah tentu akan dapat pujian dari mak dan mak mertua. Disebabkan niat riak itu sudah tumbuh sejak awal lagi, maka dengan kuasa Allah biskut tu tak berapa sedap apabila dimakan. Sebenarnya sedap je (nak sedapkan hati sendiri) tapi biskut tu sangat tepung *istilah apakah ini?* yelah biskut tu cuma ditambah mixed fruit saja dan ianya sangat simple. resepi yang dicilok secara halal di lama web myresepi. Senang banget buat biskut ni, sambil pejam mata pun boleh buat. ok tipu.

Bila dah siap baking, lepas bukak puasa aku terus rasa dan paksa suami rasa. Jadi sebelum suami cakap tak sedap lebih baik aku cakap dulu.. "tak berapa sedap kan biskut ni bie? rasa dia macam biasa sangat.." suami pulak cakap, "yelah..biasa je tapi ok.." jadi aku tanya la suami boleh tak nak buat biskut ni banyak-banyak bawak balik kampung? Dia terus jawab tak payah lah.. T______T sedih kot tapi takpe..Aku pun cakap kat dia.. "U tau tak, orang yang bisnes kuih-kuih dan kek tu dorang try banyak resepi sebelum jual tu.." kononnya aku pun akan jadi camtu la. Ceh perasan la kau..Kalau dah tak sedap tu tak sedap jugak. Takpe lepas ni aku nak buat biskut lain pulak. Suami kata dia suka makan simpul kasih. Ceh, tu bukan biskut.

Jeng jeng..biskut apa seterusnya? haa aku nak buat chip choc cookies yang aku ushar resepi dia kat blog daridapurkecah.blogspot.com. Cookies dia serius nampak menarik oh dan aku jadi tak sabar lagi untuk tunjukkan skill buat biskut ni. Tapi kali ni aku kan berhati-hati supaya benih riak tak sempat disemai dalam diri aku. Amin. Cookies ni rupanya taklah fancy atau bling-bling tapi rasanya sedap bila masuk ke anak tekak. Cakap macam pernah rasa je kau kan? tapi betul la, choc chip ni macam chipsmore tu je. Sedap kan? Tapi kau reti ke nak buat? Kau pernah ke buat cookies sesedap chipsmore ni? Haa belum cuba belum tau, see the leg la bro! Aku nak buat ni bukan setakat chipsmore tapi chips the more the merrier..HAHAHA. Nantikan launching produk terbaru saya ini pada hari raya pertama dan sila pengsan selepas rasa.

Inilah rupa bentuk biskut yang bakal terjadi ^^ belum buat sudah ada gambar. magic tak? sila kagum
.
 Jadi sekarang ni boleh dikatakan aku kemaruk melawat blog-blog masakan. habis semua aku jelajah. Paling best myresepi la dan tak lupa juga blog Che Mat Gebu. Bila tengok blog masak-masak ni tiba-tiba aku rasa nak jadi suri rumah sepenuh masa dan masak masakan yang sedap-sedap untuk keluarga seterusnya suami aku pun jadi gemuk akibat makanan yang dimasak terlampaulah sedap *perasan lagi*. Masa tu orang pun akan kata wah pandai dia jaga suami dia. Bukan suami saja yang gemuk malah isterinya si tukang masak pun mendapat saham lemak tu sekali. Itu bagus lagi tapi kalau ada yang kata, Yana tu tak sedar yangdia tengah membunuh suami dia secara perlahan (sebab makanan tak healthy). Terus takut dan tak jadi nak tukar status kepada suri rumah. tipu lagi.

Sekarang ni tengah sangat tak ada masa untuk baking. Balik rumah terus masak or pergi beli saja makanan kat bazar, cuma masak nasi dirumah, lepas tu solat dan solat terawih pun dirumah saja seterusnya terus pengsankan diri. Pagi esok bangun masak untuk sahur, siap-siap nak pergi kerja dan begitulah seterusnya selama seminggu. Insyaallah hari cuti hujung minggu nak buat jugak. nak jugak nak jugak nak jugak (sambil hentak-hentak kaki). Dah kau kenapa tiba-tiba jadi macam terlebih gula pulak?

Setelah penat menghentak kaki maka entry ini pun tamat. Sekian.

p/s - Jangan lupa cuba resepi ini (walaupun takde satu hapa resepi yg di post disini) ^__^

terima kasih sudi baca ^^

Aug 8, 2011

Berhati-hati di Jalan Raya

Selamat Hari Isnin untuk semua..Assalamualaikum..semoga sihat dan ceria selalu.

Pagi-pagi tadi dapat mesej dari Yam pasal sepupu dia Khalidah, suami dan anak mereka kemalangan. Adik-adik Khalidah pun ada sekali. Ya Allah, besar sungguh ujian dan dugaanMu kepada mereka. Rasa macam baru saja aku pergi walimah Khalidah dan rasa macam baru saja lagi Yam bagitau Khalidah bersalin dapat anak perempuan dan sekarang dikejutkan pulak dengan berita sedih ini. Khalidah dan baby di hospital terengganu, suami dia still di Hospital Tanah Merah sebab keadaab yang masih teruk. Ya Allah, Kau selamatkanlah mereka.

Bila dengar pasal kemalangan ni rasa takut semacam. Memang setiap kali nak pergi mana-mana, doa yang selalu aku mintak jangan la eksiden dan aku taknak mati dijalan raya. biarlah mati dalam keadaan sempurna. Amin..

Sebenarnya ketakutan ini mengikut aku kemana saja tambah-tambah sekarang ni berulang alik ke tempat kerja dengan motor. Agak jauh perjalanan tu tapi terpaksalah sebab tak tahan dengan keadaan jalan yang sesak waktu pergi dan balik kerja. Dalam perjalanan tu macam-macam doa aku baca kot, berzikir je sepanjang masa. Bukan la nak kata aku ni warak ke alim ke tapi itulah hakikatnya. takut weh..

Lepas sampai kat ofis aku, suami pulak meneruskan perjalanan ke ofis beliau. masa tu ketakutan terus menghambat aku pulak. mana taknya, suami bawak motor sorang-sorang, aku kat ofis dok fikir dia selamat sampai ke tidak. terus berdoa lagi. oh~

Jangan kata, oh dah kahwin ni risau la kat suami kan? Bukan kat suami saja, tapi kat mak abah dan adik beradik lain juga. Aku jadi sangat risau bila mak abah keluar kemana-mana dan aku duduk kat rumah. Masa tu memang sangat risau dok fikir mana la mak abah tak balik-balik lagi. Masa tu macam biasalah kompom doa tak henti-henti siap call lagi tanya kat mana. bila diorang sampai je kat rumah dan aku nampka dengan mata kepala aku, masa tu tak tahu nak cakap betapa leganya hati ini. bersyukur yang amat sebab mak abah selamat sampai kat rumah.

Teringat dulu-dulu masa aku tak ada lesen tapi aku dah boleh bawak kereta (jangan tiru aku). Satu hari sepupu aku nak balik ke asrama dia kat pokok sena nun dengan menumpang kawan dia. Jadi sesiapa yang ada lesen tu bertanggungjawab untuk hantar sepupu aku ke rumah kawan dia yang jaraknya lebih kurang 30km kot. Time tu abang sulong saja yang ada lesen tapi dia buat-buat tidur konon macam mengantuk sangat, kejut-kejut tak reti nak bangun. Sepupu aku dan mengelabah sebab kawan dia asyik call je tanya kat mana, abang aku pulak memang dah mati kot masa tu. memang geram sangat. Masa tu tok ada lagi T____T. Last-last tok kata, kakak la p hantaq. aku? sepupu aku pulak menyokong cadangan tok dan tak ada siapa yang bangkang.

Jadinya aku pun start enjin, tapi sebelum sepupu aku naik aku cakap kat dia jangan naik lagi, aku baru nak testing saja. undur je kereta aku bajet macam sukses so aku pun suruh dia naik. adik aku yang bongsu pun nak ikut jugak, almaklum kakak dia firsttime bawak kereta jadi dia terlebih seronok la pula. Lepas tu dengan tak bawak sebarang dokumen pengenalan diri hatta duit sesen pun kami berangkat dengan bertawakal kepada Allah. Cuak juga tapi tiba-tiba rasa macam bangga pun ada sebab aku jadi penyelamat keadaan (sila muntah).

Apa jadi masa dalam perjalanan? Selamatkah kami? haa ofkos la selamat, kalau tak takkan wujud blog ni. Alhamdulillah selamat pergi dan kembali. Yang lebih mengharukan T_____T bila sampai saja kat rumah, tok terus cakap Alhamdulillah cucu tok selamat sampai, meh sini tok nak cium sekali. Tadi tok buat solat hajat mintak Allah selamatkan cucu-cucu tok. Sedih sangat bila teringat hal ni. Masa cerita kisah ni kat suami pun air mata dok bergenang. Sekarang ni memang agak sensitif bila terkenang kisah dengan tok.

Ngeri sungguh bila tengok berita pasal kemalangan tambah-tambah yang meninggal. 3 tahun lepas ada seorang kawan di uitm dulu meninggal masa otw balik beraya. Tak lama lagi kita bakal menyambut hari raya jadi diingatkan bersama agar berhati-hati dijalan raya. Semoga kita semua selamat sampai ke destinasi masing-masing dan dapat bersama meraikan hari kemenangan (awal sangat kot cakap pasal raya~lempang laju-laju). Ingatlah orang tersayang. ini bukan iklan.

Jadi setakat ini sahaja perkongsian untuk kali ini. Moga berjumpa lagi dilain masa.

p/s - Moga Allah pelihara kita dari segala mala bencana. amin

terima kasih sudi baca ^^

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya