Nov 25, 2009
.:salam eidul adha:.
haila..sekejap je dah nak raya haji..rasa macam baru sangat je sambut raya puasa, rasa macam baru je balik kampung, rasa macam sekejap tadi je berkumpul dengan saudara-mara kat umah nun..
hari ni mak abah bertolak dari kedah ke KL..tahun ni raya kat pahang pulak..memang dah jadi tradisi pulak kalau raya haji kitorang kat kedah turun KL, sebab raya puasa dorang yang kat KL turun kedah..lagipun tok ada kat PJ sekarang..disebabkan raya kat PJ pun tak best, so mak n abah decide untuk raya kat pahang..
hari ni aku dapat call free selama seminggu, tp bukan birthday aku tau..sim kad tu pakai i/c adik aku punya member..so blh la aku call sapa2 yang dalam senarai 8pax aku tuh..ada la dua tiga orang.tak penuh pun sebab yang lecehnya nombor Upax ni takleh nak aktif kan no orang lain selain upax..so aku blh la call nekmah, dia nak tunang raya pertama nnt..tak dapat le aku berada di sisi dia hari tu..takpe la naimah, abg lan kan ade..ahaks..
hari ni last date utk program korban di darfur tu..tapi time last2 minit ni la ramai yg call..haila rakyat malaysia, suka sungguh macam ni..kelam kabut kita di buatnya..bukan apa, takut tak sempat nanti..tapi apa-apa pun terima kasih banyak-banyak atas penyertaan..mudah-mudahan amalan kita ini di terima Allah..amin..
esok dah last keje..esok jugak hari arafah, disunatkan berpuasa..jadi selamat berpuasa sunat kepada semua dan salam eidul adha..sama-samalah kita hayati kisah pengorbanan nabi ibrahim,nabi ismail dan siti hajar..
salam..
Nov 23, 2009
::aku bersyukur pada Allah kerana?::
Untuk renungan kita bersama... Insyaallah.
Dari manuscript lama yang tercatat di atas kulit kambing yang dijumpai berkurun masihi di sebuah negara "middle east". orang yang menulis tidak dapat dikesan. Ini adalah sesuatu yang harus
direnung dan difikirkan bersama bukan setakat baca dan lupakan, harap kita semua dapat mengelakkan diri kita terjatuh dalam golonggan seperti dalam manusript dibawah.
Amin..
Seorang nasrani berkata, " saya amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa nasrani. Ini kerana saya lebih mulia dari bangsa Majusi.
Seorang majusi pula berkata, "saya juga berasa amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa Majusi. Ini kerana saya lebih mulia dari orang kafir
* Cuba kita meneliti dua perbualan diatas,kita dapati kedua-dua kafir tidak mengaku mereka kafir dan mereka saling bandingkan dengan orang kafir...
cuba kita lihat pula apa orang kafir kata...
Seorang kafir pula berkata, "saya juga rasa bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan kafir. Ini kerana kafir lebih mulia dari dilahirkan sebagai anjing.
Anjing pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai anjing. Ini kerana anjing lebih mulia dari dilahirkan sebagai babi.
* Mari kita teka apa kah kesudahan perbualan ini, dan cuba kita teka apakah yang babi akan kata dan siapakah yang babi akan bandingkan dengan dia...
Babi pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai seekor babi. Ini kerana saya lebih mulia dari manusia yang tidak solat".
Ini adalah sebuah manuscript yang memberi kesedaran kepada umat Islam yang masih tidur dan juga umat yang selalu membandingkan diri mereka dengan insan yang lebih buruk dan lemah dari mereka. Jika ini berterusan, umat Islam tidak akan maju.
Tercatat didalam Al-Quran, bahawa umat Islam yang meninggalkan solatnya akan menjadi semakin banyak dan lumrah pada akhir zaman... adakah ini akan berlaku atau sedang berlaku atau telah berlaku?
Sesungguhnya mati itu adalah benar, azab neraka itu adalah benar dan syurga itu adalah benar...
maha suci ALLAH.
Wassalam..
yanafeehily@pemudamasjid
Nov 19, 2009
::Sejarah Haji::
~Sejarah Haji;Nadamurni~
(dinyanyikan oleh allahyarham ustaz asri;rabbani)
Haji mengingatkan kita
Sejarah pengorbanan
Pengorbanan yang ikhlas
Agung lagi suci
Kerana Allah Nabi Ibrahim sembelih anaknya
Nabi Ismail kerana Allah nyawa tebusannya
Sejarah berkata lagi
Tentang pengorbanan itu
Siti Hajar kerana Allah
Taatkan suami tinggal sendiri
Tinggal di Tanah Haram
Suami datang setahun sekali
Di tanah kering kontang
Hanya tawakkal kepada Ilahi
Tatkala Nabi Ismail lahir teruji lagi
Air susunya telah pun kering sama sekali
Siti Hajar mencari air
Ke hujung ke pangkal
Berlari-lari dari Sofa ke Marwah
Beberapa kali
Aduh hatinya cemas
Anak kecilnya tiada rezeki
Tapi hatinya teguh kepada Allah
Yakin sekali
Di dalam mencari-cari
Terpancar air dari bumi
Berkat dari tendangan
Kaki anaknya bakal Nabi
Dia pun mengumpul air sambil bersyukur
Dengan menyebut Zam-zam, Zam-zam
Itulah dia air Zam-zam
Yang kekal hingga ke hari ini
Mu'jizat seorang Nabi berkat isterinya
Sudahkah kita mengambil
Pengajaran dari cerita ini
Cintakan Allah menegakkan agamaNya
Wajib berkorban
Taat, sabar dan tawakkal
Jadikan pakaian
Cintakan Allah
Pengorbananlah sebagai bukti
*moga mendapat iktibar..
Nov 17, 2009
cuti sekolah=kenduri kawen
pening..pening..pening
banyak sungguh kenduri bulan 11 n 12 ni..ramai pulak kawan-kawan kawen..sampai confius nak pegi yang mana satu..
yela kan..kalau kenduri kat kedah tu sampai tiap2 minggu ada, jenuh la aku nak balik..mau pokai overdose macam ni..gaji kalau sejuta sebulan takpe gak,heh..
macam ni la kalau tibanya cuti sekolah..sana kenduri, sini kenduri, situ kenduri..haila..lama2 darah pun naik sebab asyik makan daging je..huhu..
bertambah pulak dengan kawan nak bertunang lagi..tak pegi karang kecik hati, lagipun kalau orang dah jemput, kena la pegi la kan..wajib tu..tapi kalau ada sebab munasabah, takpe kan?
tapi buat masa ni aku akan cuba penuhi semua jemputan selagi terdaya dan termampu..eceh..yela..nanti time aku kawen buatnya takde kawan-kawan datang, mesti sedih kan?
wahai kawan-kawan dan sahabat-sahabat yang bakal bertunang dan berkahwin..insyaallah saya akan cuba untuk berada di majlis anda pada tarikh yang tertera pada kad jemputan..pada yang tak bagi kad jemputan tu, yang jemput pakai mulut ja..insyaallah jugak.. mudah-mudahan masih diberi kesempatan untuk hadir..amin..
kepada bakal-bakal pengantin, aisyah zamberi n pasangan, ummi aziyah dan pasangan, nor fadilah dan pasangan, kak bie dan pasangan..selamat pengantin baru (buat ucapan siap-siap)..moga bahagia kekal hingga ke syurga dan diberkati hendaknya..
adioss..
Nov 8, 2009
jalan-jalan cari..?
jumpa wan dulu kat jalan TAR, shopping ckit kat mydin..beli stoking n stongan, then g sogo untuk solat..pkl 4 baru dapat jumpe sarah kat mid valley..punya la jauh mid valley tu dengan bank negara..mana taknya, salah naik tren! yang pegi naik tren ke port klang tu ape jadahnye..terpakse turun kat pantai dalam, patah blk ke KL sentral then baru la ke mid valley..org dlm tren tak payah ckp la, hari minggu la katakan..penuh bersesak-sesak..
tujuan ke mid valley? hmm..dorang yang cikgu-cikgi tu nak beli buku kat MPH..iskk..nape la tak p kinokuniya je kat KLCC? tak pun g MPH kat pavillion ctu, adoii..aku ni ngikut je sbb ada sorang kawan cik wan pun dtg gak,kak ju namanya..dia yg nak p sangat..so pegi la kan..
kat MPH belek-belek jugak novel JS..novel yg ada situ, smua aku dah ada kecuali satu, penulis ruby hazri;kopi susu sepatu biru..sempat baca sikit, macam nak beli tp biar la..baik aku order je,murah ckit..heh..
lepas dah beli buku2 tu,pegi makan la plk..nak makan ape ek? kak ju nak makan kenny rogers, wan kata dia nak mkn nasik sbb dia org kampung..hahhaa..aku n sarah tak kisah, janjii blh kenyang, hehhee...so p mkan kat the chicken rice shop..banyak tu, dengan nasik, gado2..pai tee..tauhu nye lagi..blh abis ke? haaa..di sebabkan kesemua pemilik perut yg ada kat situ kelaparan belaka, maka dengan secara sengaja maka habis la makanan2 tu selamat bersemadi di dalam..alhamdulillah..cik wan je tak abis nasik, on diet..td nak sangat mkn nasik..sekeh baru tau..
lps makan p solat, pastu tunggu maghrib sekali sbb 6 lbh dah masa tu..lps solat terus balik naik putra dari stesen U..aku n sarah ke setiawangsa, wan n kak ju ke pasar seni sbb dorang nak pegi cheras umah kakak kak ju..sampai umah amik kunci kete n dyana, g giant then terus hantar sarah kat umah kakak dia di ampang..
balik dari hantar sarah, dyana ajak tgk movie..tgk cite los dan faun..baru suku cerita aku yang lost...zzzzzz..pagi tadi baru found semula..hek
ni nak sambung tgk cerita tu blk..harap2 tak lost lagi sekali..daaaaaa..
Nov 6, 2009
::ibadah korban di Darfur::
dah seminggu bertapa kat masjid wilayah..i mean ofis pemuda masjid utk bantu kerja-kerja ibadah korban darfur..semalam kuar kat MHI pasal program tu..tak putus2 orang call..hotline..ramai yang join,alhamdulillah..tahun lepas dapat dalam 200 ekor lembu tp still tak cukup untuk orang2 kat darfur,dorang ramai..dapat sorang sikit je..sian..
so tahun ni haji target 1000 ekor..woww..dapat ke? insyaallah..tak salah kalau target tinggi sbb Nabi pun pesan,kalau nak mintak syurga,mintak la syurga firdaus..jadi kat sini Rasulullah suka umatnya bercita-cita tinggi..mudah-mudahan Allah permudahkan semuanya..moga kita dapat bantu saudara2 kita yang susah di sana..
kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai ibadah korban di darfur kali ini, butir2 adalah seperti berikut;
satu bahagian lembu : RM250
seekor lembu : RM1750
seekor kambing : RM250
hubungi talian 03-62012340 untuk keterangan lanjut..
~yanafeehily@pemudamasjid~
Nov 3, 2009
what a special about women..
"..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kain lap je lah...tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...
baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan
botol....basuh botol jap...ok settle...
ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru....rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...
Tetiba dengar suara papa...
"..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."....
" ..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."
masuk toilet..buat apa2 yang patut....cuci muka dulu..2jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..
bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..
dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..
ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyaknya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...
ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...
aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv...
"...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."
... selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....
So?....apa yang peliknya..??
Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...
SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...
Tak kira la wanita berkerjaya atau suri rumah...setiap wanita adalah istimewa dengan cara mereka sendiri...
Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...
HIDUP UNTUK KAUM HAWA!!!
Nov 2, 2009
::takde tajuk yang sesuai setakat ni::
Ini Blog Saya |