Feb 16, 2012

Sejauh mana keikhlasan kita?

Assalamualaikum..

Bila baca blog Puan Eeiyss, entri bertajuk penat yang membahagiakan, terasa nak berkongsi jugak. Biasa la, Puan Yana bila dah mula BW sampai melecet jari, baru ada idea nak dihumbankan kat sini.


Ikhlaskah kita menjadi hamba Allah?

Ikhlaskah kita menjadi seorang anak kepada ibu bapa?

Ikhlaskah kita menjadi suami/isteri kepada pasangan kita?

Ikhlaskah kita menjadi seorang pekerja?

Ikhlaskah kita menjadi ibu/bapa kepada anak-anak?


Masih adakah secebis ikhlas itu seandainya diri kita sering saja mengeluh dan merungut? Selalu membebel kepada anak-anak dan suami dan mengungkit tentang kerja-kerja yang telah kita buat?

Dikongsikan disini tentang kisah Khalid Al Walid yang telah dilucutkan jawatan sebagai Panglima Perang. Tempat Panglima Perang kemudiannya digantikan oleh Abu Ubaidah al-Jarrah. Meskipun dilucutkan jawatan Khalid tanpa rasa kecewa telah menanggalkan serban yang melambangkan panglima perang dan menyerahkan kepada Abu Ubaidah.

Beliau sedikit pun tidak berkecil hati malah dengan semangat yang tinggi terus berjuang dan berjihad bersama-sama pasukan tentera Islam diketuai oleh Abu Ubaidah demi menegakkan Islam tercinta. Ini menunjukkan betapa pengorbanannya selama ini bukan kerana meraih pujian dari sesiapa tetapi hanyalah untuk mendapatkan redha Allah semata. Keikhlasan tidak nampak dengan mata tetapi akan terlahir dari setiap perbuatan dan perlakuan kita.

Cuba bayangkan kita berada ditempat Khalid Al Walid. Dah tentu-tentu akan rasa kecil hati, sakit hati, sedih dan macam-macam perasaan yang sewajarnya sebagai seorang manusia biasa akan rasa. Kenapa ya kita mesti nak rasa sakit hati? Sebab bila kita buat baik kepada manusia, kita mengharapkan orang itu berbuat baik juga pada kita. Tapi bila sebaliknya..Dah la tak dapat pahala, sakit hati pula yang kita rasa.

Jadi, sama-sama kita berdoa agar Allah ikhlaskan hati kita dalam melakukan semua perkara. Moga kita sentiasa berada dalam keredhaanNya..


p/s - terima kasih kepada mereka yang sudi baca dan komen disini. dengan ikhlas ^^

Feb 14, 2012

Terima kasih semua!!

Assalamualaikum..

Malas nak bermukadimah berjela-jela. Boleh baca kat Blog Anak Wak Mail. Apa yang dia tulis, memang sama apa yang ada kat dalam kepala otak aku.

Entri ini dibuat khas setelah Puan Atie membelasah aku di fb chat pagi tadi. Jadi dengan semangat berkobar-kobar mencuri masa aku update blog ini buat tatapan semua.

Dikesempatan ini, aku nak mengucapkan Thank You So Much kepada meraka di bawah ini kerana telah memberi kata-kata semangat di entri yang bertajuk Kadang-kadang. Sangat terharu tau. Sayang korang semua ketat-ketat.



Semoga Allah murahkan rezeki dan memudahkan urusan kalian semua. Insyaallah dalam masa terdekat puan yana akan BW sampai melecet jari. Tunggu....

Terima kasih kerana mengunjungi blog yang suram-suram nak terpadam ni. May Allah bless us.



Feb 2, 2012

Kadang-kadang...

Assalamualaikum..

Kadang-kadang fikir, letihnya jadi kuli orang ni. Tambah-tambah kalau dapat bos yang ok tapi ada orang lain pulak yang suka campur tangan, terus jadi tak ok.


Kadang-kadang aku fikir, kenapa ye orang yang suka campur tangan tu macam ada rasa tak puas hati dengan aku sedangkan aku rasa aku tak pernah pun nak ganggu hidup dia? Tak pernah pun kacau hidup dia. Never.


Kadang-kadang bila aku fikir mungkin aku hebat kot, sebab tu dia dengki? Aku pulak yang dah perasan lebih-lebih ni. Seriusly kadang-kadang kecik hati. Bukan kadang-kadang, tapi berkali-kali.


Kadang-kadang aku letih nak fikir kenapa dan mengapa, tapi aku tetap jugak fikir dan buat andaian. Kenapa? Sebab orang tu ada terus menerus membuatkan aku kecik hati. Mungkin dia tak sedar?


Kadang-kadang otak jahat aku fikir, orang macam tu ada ke hati lagi nak sedar diri yang dia dah buat silap kat orang? Sedangkan salah sendiri di tuding ke muka orang, salah orang apatah lagi.


Aku fedup. Aku letih. Aku tension. Aku stress.


Tapi aku masih ada Allah kan? Ya...Hanya dia yang Maha Mendengar, Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. Dia tak pernah tinggalkan aku dan tak pernah lupakan aku walau sesaat pun.


Tapi aku? Kadang-kadang lupa Dia lewat hari-hari gembira aku. T____T Bila duka, baru nak mengendeng-ngendeng. Baru nak bangun tengah malam nak mengadu macam-macam. Jadi, padan la muka diri sendiri.

Ya Rabbi..Ampuni hambaMu yang hina ini..

Spontaneous Thursday

Ramai blogger jawab Pisang goreng lagi tepat di entri ini, jadi terfikir pulak lagi..

Antara ;

Sambal Ayam dengan Ayam Sambal, 


Ikan Masak Lemak dengan Masak Lemak Ikan,



yang mana satu pulak yang betul ni?


p/s - mama amana kata yang penting, dua-dua boleh makan

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya