Jan 31, 2012

Pernah makan tak?

Assalamualaikum..

Masa kecik-kecik dulu kat kampung kadang-kadang dapat makan buah hutan. Siapa bagi? Aku pun tak ingat. Rasanya ada orang-orang kampung yang masuk hutan lalu sedekah pada kami dan kami pun dapat la merasa. Jadi aku nak kongsi buah-buah yang aku penah makan tapi susah nak jumpa.

Yang pertama buah rotan. Ini bukan buah rotan yang kita beli kat kedai, yang ada bijan tu...ini original buah dari pokok ok?
buah rotan
Ini lah rupa dia..Rasa dia masam-masam kelat kot. Tapi yang pastinya masam tu. Tak tau la Cikgu Ma penah makan ke tidak sebab dia anak yang baik, duduk rumah saja..hihi. Mana nak dapat buah ni lagi?

Kemudian buah Khakao. Ishh aku tak ingat la nak eja macam mana tapi bunyi dia kaka. Bukan kahkahkah gelak tu ye..Buah ni kulit dia kedut dan isi dia masam. Oh masam lagi..menaip pun nak kecur air liur. Malangnya disebabkan tak tahu nama saintifik dia, jadi tak jumpa kat google. Huhu..sedih dan kecewa sebab tak dapat tunjuk kat korang. Nak ambik gambar pun mana penah jumpa dah buah ni...

Yang ketiga buah keriang. Orang kedah sebut buah ghiyang. (riang-disebut oleh lisa surihani). Ada dua jenis, kecik dengan besar. Buah ni rasa manis-manis kelat gitu.

buah keriang lada
Ini ghiyang dot a.k.a lada namanya. Pokok dia ada kat padang bola kampung aku. Sekarang ni jangan kata pokok, padang bola pun dah tak ada. Tapi aku dapat makan buah ni time belajar kat kelantan dulu. Dalam kolej aku ada tapi tak siapa pun reti nak makan. Jadi buah ni bertaburan sampai jalan bertukar jadi kaler ungu.

buah keriang
Sekali pandang macam buah anggur pun ada kan? Tapi bukan. Ini pun buah ghiyang jugak tapi versi besar. Aku 1st time makan kat umah Cikgu Ma time raya haji masa sekolah rendah dulu. Lama dah..lebih 15 tahun. Masa ni jakun habis sebab tak penah tengok, dok makan yang kecik ja..Lepas makan kat umah cikgu ma, aku tak ingat dah penah makan ke tak lagi. (cikgu ma pun ingat ke tidak aku penah makan buah ni kat rumah dia)

Seterusnya buah rumbia. Dengar macam atap rumbia je kan. Aku rasa ye kot buah ni dari pokok rumbia yang buat atap tu. Belakang rumah aku ada pokok ni dulu. Buah dia pun rasa manis-manis kelat juga.
buah rumbia
Rupa dia ada macam buah kelubi kan? Tau ke buah kelubi tu apa? Ahh tak payah jawab la sebab kita tengah cakap pasal buah rumbia. Spesis kulit dia agak serupa dengan buah rotan, tapi buah rumbia ni besar dan kulit dia tebal. Buah rotan kecik dan kulitnya nipis.

buah lemba
Last sekali buah lemba. Masa kecik-kecik memang seronok makan buah ni sebab lepas makan, bila minum air kosong, air tu jadi manis. Aku tak berapa ingat rasa buah ni macam mana tapi pastinya manis kot sebab manis dia melekat lama kat lidah kita. Sebab tu la minum air kosong pun rasa manis. Kalau nak jimat gula, boleh la hidangkan buah ni dulu then hidang air sirap tanpa gula pada tetamu anda.

Ini pula rupa pokok lemba. Kecik saja pokok dia dan buah dia ada kat akar kot. Ke buah tu akar pokon ni? Ahh..apa-apa la..

Teringin pulak nak makan buah-buah ni. Sapa pernah makan salah satu dari buah-buah di atas, boleh la share juga...

p/s - semua gambar dari google image.

Kerana sehelai BULU MATA

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya x pernah malakukan perkara itu..."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa "


Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."


Jawab malaikat, "INilah saksi-saksimu....."

Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang,"

disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"

Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu"

Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap"

Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"

Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu"

"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi,


" Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini."


Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"


"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."


Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."

PENGAJARAN YANG BOLEH DI AMBIL..

Walau sebesar mana pun kesilapan yang dilakukan, apabila ada kesedaran dan keinsafan..bertaubatlah dengan sepenuh hati. Maka Allah akan beri keampunan pada orang yang bertaubat.
Mudah-mudahan taubat kita diterima oleh Allah..

entri tahun 2008.sumber dari emel

Jan 30, 2012

Negara Malaysia kini

Assalamualaikum..

Raykat Malaysia sekarang ni dah tak perlu nak melancong keluar negara sebab duduk dalam negara sendiri saja dah terasa macam melancong kat luar negara.

Mana taknya, kalau pergi Jalan TAR dah terasa macam kat Bandung pun ada. Lepas tu pergi isi minyak tiba-tiba dah sampai Bangladesh, tak pun Vietnam. Hebat kan? Tak perlu buang duit beli tiket flight nak pegi sana..

Kes rompak, ragut, bunuh, buang bayi dan segala macam jenis jenayah makin menjadi-jadi.Setiap hari ada je cerita pasal hal ni. Tak cerita bab rasuah lagi.

Sampai bila nak macam ni? Aku risau Malaysia ni akan jadi macam Palestin. Terjajah di bumi sendiri. Hishh mulut tu celupar sangat kenapa? Tapi serius, aku risau..Rasa tak selamat di tempat sendiri walaupun polis berkawal disana sini.

Kalau keluar, takut kena ragut.

Duduk rumah, takut kena rompak.

Beli kereta baru, takut kena curi.

Korang rasa tak macam yang aku rasa ni?

Jan 28, 2012

Kegembiraan Berganda.

Hari ni pegi sambut CNY dengan saudara baru. Dapat tengok tarian singa dengan jarak yang dekat. Aku seronok sampai rasa nak menangis...dowh. Gembira.

Lepas tu incik suami izinkan pegi jalan-jalan jumpa kawan. Bestnya dapat naik bas rapid. Dah lama tak naik bas. Lepas tu naik putra lrt pulak pegi jumpa sue dan temankan dia beli tiket kat hentian putra. Dapat jalan kaki kat laluan jalan kaki yang baru siap tu. Lepas ni aku tak jakun dah. Gembiranya..

Sebelum pegi hentian putra, singgah makan Mcdonalds dulu kat masjid jamek. Makan prosperity burger. Nyum3. Incik suami pulak jeles, nak jugak makan. Otw balik rumah beli pulak. Kali ni beli family dinner box. Mau pengsan makan. burger ada dua ketul lagi. Sapa nak? Gembira-gembira.

Tengok berita TV9 lepas champion tv show habis. Tiba-tiba nampak muka sendiri kat tv. Hohoho. Bajet glemer. Muka eksaited nak menangis sebab terlalu gembira dapat tengok tarian singa dalam jarak 5 meter keluar kat berita der...

Gembira, Gembiras, Gembirasest..Alhamdulillah


Hari ini gembira, esok macam mana pulak? Beringatlah sebelum kena. Kalau gembira tu, jangan gembira sangat. Ingatlah juga perasaan orang yang tengah bersedih..insaf.

“YA TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU HUKUM KAMI JIKA KAMI LUPA ATAU KAMI TERSALAH. YA TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU BEBANKAN KEPADA KAMI BEBAN YANG BERAT SEBAGAIMANA ENGKAU BEBANKAN KEPADA ORANG-ORANG SEBELUM KAMI. YA TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU PIKULKAN KEPADA KAMI APA YANG TAK SANGGUP KAMI MEMIKULNYA. BERI MA’AFLAH KAMI; AMPUNILAH KAMI; DAN RAHMATILAH KAMI. ENGKAULAH PENOLONG KAMI, MAKA TOLONGLAH KAMI TERHADAP KAUM YANG KAFIR.”

Rezeki bukan manusia yang tentukan..

Satu pagi di ofis Akhi Fairuz Presiden MZMFC tanya aku..

Angah dah berapa bulan?

Berapa bulan apa?

Yela..Mengandung dah berapa bulan?

Krik Krik bunyi cengkerik

***************

Siapa yang kata angah pregnant ni? Sebab angah gemuk ke?

Ye la..ingatkan pregnant, sebab badan dah nampak berisi.

T____T

***************

Rezeki ni bukan kita manusia yang tentukan. Semua tu rahsia Allah dan kita tak tahu bila Dia nak bagi. Sebabnya hanya Allah saja yang tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Mungkin kita rasa kita dah mampu nak jadi ibu tapi Allah Maha mengetahui. Dia tak bagi itu maknanya belum masanya lagi. So kita enjoy!

Siapa yang taknak anak bila dah kahwin ni kan..Betul tak Puan Rara? Nak sangat tapi kena sabar la..Honestly aku tak kecik hati bila orang tanya, tak de pape lagi ke? Aku anggap orang-orang yang tanya tu sangat caring lagi loving. Teruskan berdoa.. ^__^

Makasih ^^

Jan 26, 2012

Spontaneous Thursday

"Angah..Macam mana nak bagi muka putih balik ni.."
(mandi pantai)

 Guna la clorox!

p/s - ini bukan entri tajaan

Game tag. Jawab soalan Cikgu Ma.. Mari jawab dan tanya.


Tentang YanaFeehily
  • Anak tunggal perempuan dari 7 orang adik beradik.
  • Ada dua orang anak sedara lelaki dan perempuan.
  • Sudah berkahwin dan kahwin dengan classmate sendiri.
  • Berkawan dengan Cikgu Ma sejak dari umur 6 tahun.
  • Geli cicak dan katak. Takut nak pegang lembu, kambing, ayam, burung yang hidup.
  • Berani pegang ular sawa. (dekat taman ular saja)
  • Umur dah nak masuk 28 tahun tapi orang selalu cakap umur 23 *ehem*
  • Tiada binatang peliharaan. 

Jawapan kepada soalan Cikgu Ma

#macam mana kenal blog CM?
Dah nama pun kawan sejak berzaman, jadi kami sama-sama bina blog dan tukar link.

#nama seseorang yang paling unik anda pernah dengar
Nik Novi Vianti.

#teman blogger paling anda sayang a.k.a mesra.
Semua blogger terutama yang rajin komen sebab komen-komen itu membuatkan saya terus bersemangat.

#tempat kerja/ belajar anda sekarang
Raudhatus Sakinah Selangor

#nama penuh anda
Siti Fazhana binti Ariffin

#nama seseorang yang sedang melekat dalam kepala anda sekarang
Alya-sebab nak pesan makanan kat dia.

#kalau sudah kawen, bila tarikh perkahwinan anda? jika belum, bila agaknya? =)
Tarikh Perkahwinan, 1 Rejab 1432h bersamaan hari Jumaat.

#perkara memalukan yang anda pernah lakukan/ lalui
Tak ingat..errr

#5 patah perkataan anda untuk CM.
Bila CM nak balik kampung?

#1 potong doa yang sering diamalkan.
Surah Al-Baqarah ayat 286

#dah like fanpage CM blum? kalau belum sila like
Sudah..


Soalan Yana

  1. Apa masakan yang korang paling terer masak?
  2. Dilahirkan dimana?
  3. Hobi?
  4. Anda suka baca novel tak? Kalau suka, bagi satu judul novel yang paling korang suka.
  5. Bilangan adik beradik korang?
  6. Paling rapat dengan siapa?
  7. Makanan paling sedap yang penah korang makan/kat mana?
  8. Tempat yang anda teringin nak pergi.
  9. Kerja/belajar dalam bidang apa?
  10. Dah habis ganti puasa?
  11. Nama penuh please....(bangga la dengan nama yang mak abah bagi)
Mereka yang perlu jawab soalan/kena tag..jeng jeng..

< Anak Wak Mail > < Puan Atie > < Nurul > < Liyana > < Puan Eeiyss > < Umi > < Kak Aina > < Jue > < Alya > < Siti Kektus > KakZakie

Jan 25, 2012

Beringat sebelum kena..

Assalamualaikum..

Peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa saja.


Bila cantik + orang puji = BANGGA

Bila kaya + orang kagum = RIAK

Bila pandai + orang sanjung = LUPA DIRI 


Ingatlah bahawa apa yang kita miliki tidak akan kekal. Yang cantik takkan cantik selamanya. Yang kaya takkan kaya sampai ke kubur. Yang pandai pun tak guna kalau ilmu tak dimanfaatkan sebaik-baiknya.
 

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? 

Jan 23, 2012

majlis gilang gemilang atau sederhana, yang mana satu pilihan anda?

Assalamualaikum..

Hari sabtu sibuk uruskan majlis pertunangan sepupu. Disebabkan yang nak bertunang tu duduk dengan mak aku dari dia umur 11 tahun, jadi dia dah macam adik aku la walaupun dia panggil aku adik yana. Umur pun muda la, baru 21 tahun tapi jodoh cepat. Insyaallah hujung bulan 5 ni langsung.

Majlis tunang dia simple-simple saja sebab tak sangka pulak nak bertunang. Asalnya nak datang kenal-kenal saja tapi dah alang-alang datang jauh dari kedah, jadi pakteh aku cadangkan tunang je terus.Honestly cakap yang family aku memang simple bab-bab majlis kahwin atau tunang ni. Yang paling penting bab makan. Janji orang makan puas hati dan sedap, itu dah cukup mengembirakan kami. Macam kenduri aku dulu, mana ada pelamin ke apa, tapi alhamdulillah rata-rata yang datang sampai sekarang masih lagi memuji kesedapan nasi daging yang dihidangkan.

Tapi sebenarnya tak salah kalau nak buat majlis gilang gemilang pun asalkan kita mampu. Kalau nak buat majlis besar-besar tapi buat loan sampai ada cucu pun tak habis bayar lagi buat apa kan? Itu dah macam kita zalim pada diri kita. Maaf kalau ada sesiapa terasa, aku tak maksudkan pada sapa-sapa. Just pendapat diri sendiri. Islam sendiri menganjurkan kesederhanaan, jadi rasanya tak perlu la kita membazir buat yang bukan-bukan hanya sekadar untuk mendapat pujian dari orang yang datang. Sekali lagi ditekankan, kalau mampu tak kisah la, tak salah pun nak bergembira pada hari sejarah kita tapi jangan pula kita abaikan hukum-hakam.

Kenapa tiba-tiba aku cakap bab kawen ni? Sebabnya hari Ahad kenduri kahwin cucu sepupu mak aku. Nak kata majlis grand tak la sangat tapi kemain dia pakai gaun. Pakai gaun tu lantak la kan tapi satu hal lain ialah dia macam sombong je dengan sedara mara yang datang. Boleh pulak dia buat tak tahu je, tak salam. Kot nak cakap terima kasih ke sebab datang, hampeh..Bila ada sepupu dia nak ambik gambar, dia berenti. Then dia tanya, dah ke? terus dia blah. Aku dengar orang cerita pun berangin je..Nasib baik aku tak p jumpa dia.


Aku hairan betul la, takkan setakat ko dapat pakai gaun yang konon-konon glemer tu ko dah tak semenggah macam tu? Rasa bangga kot konon-konon ko je la pengantin paling glemer. Konon-konon ko la paling cantik. Konon-konon laki ko best sebab keje ngan david teoh. Ntah-ntah keje bawak lampu je..Astaghfirullah..hangpa semua jangan baca ni. Biaq aku sorang ja mengutuk anak sedara yang hingusan ni.

Jadi terpulang la pada anda sama ada mahukan majlis kahwin ala-ala wedding of the year ataupun yang sederhana. Ikutlah kemampuan masing-masing bak kata pepatah ukur baju dibadan sendiri. Pedulikan la kata-kata orang sebab manusia ni tak penah pun nak puas hati. Buat la majlis besar ke kecik ke, akan ada jugak sok-sek sok-sek kemudian hari. Yang penting diri kita sendiri, ikhlas dan berbesar hati menjemput tetamu bagi memberkati lagi ikatan suci.

Sepupu yang bertunang, pakai baju kurung saja. Selendang tu pakai konon-konon nak bagi lain la sikit dari orang..haha. Aku bertunang dulu lagi dasat. Gambar pun tak sempat nak ambik sebab dok kat dapur tolong hidang makanan untuk tetamu. .


Sekian...

Jan 20, 2012

Mari mengenal loghat Utara

Assalamualaikum..

Episod kali ini adalah untuk membincangkan tentang loghat utara yang mungkin kadang-kadang agak mengelirukan segelintir masyarakat diluar sana. Oleh itu kita menjemput Puan Fazhana bagi mengupas isu ini.
muntah hijau

Ok ok..Kepada hangpa yang bukan orang utara tapi dah berkahwin atau bakal berkahwin dengan orang utara  ni plis be alert la dengan sesetengah perkataan yang mungkin korang akan salah faham.

Contoh 1

"Cek nak p kedai tolong beli roti sama na..Habih dah roti nak cicah ngan ayaq kopi pak hang tu.."

Roti di sini bukan la roti bun atau roti potong gardenia mahupun hi 5 ya. Roti ni boleh jadi biskut lemak hup seng atau pun seangkatan dengannya.


Contoh 2

"Hang cari kasut mak sat. Sapa dia pakai tak tau.."

Jangan pulak hangpa fokus pada kasut saja sebab kasut tu mungkin juga selipar sebab orang kedah hentam kasut ja semua walaupun ianya hanyalah selipar jepun.

Contoh 3

"Hangpa p menyorok tang mana tadi?"

Kalau dapat soalan ni hangpa tolong la jangan jawab kami tak p menyorok, kami p breakfast saja. Sebab menyorok tu sarapan pagi la.


Cukup la 3 contoh saja sebab sebenaqnya aku pun tak berapa tau jugak, yang basic ni ok la. Contoh 3 tu masa kecik-kecik aku terkena dah. Almaklum la kecik-kecik dok KL, bila dah duduk kat kampung sepupu aku yang memang jati kedah tanya, dah menyorok ka? Aku slamber ja jawab, main sorok-sorok? Semua pakat gelak.

Kebatakan aku dan sepupu-sepupu lain yang mix kedah-kl ni terserlah lagi bila raya baru-baru ni ada ustaz yang berubat kak long dan makteh mintak ayam rendang untuk putus ubat. Sepupu aku masuk dalam bilik aku dan tanya macam mana nak buat. Aku pun dengan tak boleh blah menuduh yang bukan-bukan kata ustaz tu bela jin la bagai.

Dalam kelam kabut kami dok tanya satu sama lain macam mana nak cari bahan untuk buat rendang ayam, ustaz tu bersuara.

"La..apa susah nak buat. Letak garam dengan kunyit, panas minyak pastu rendang la.."

Kami pun apa lagi, dengannya rakusnya dok gelak sesama sendiri sebab ayam rendang tu rupa-rupanya AYAM GORENG! Orang tua-tua dulu memang sebut macam tu. Ustaz tu orang hulu, jadi dia memang la guna istilah tu. Maafkan kami orang hilir ini ya pak ustaz. Mak Njang kami yang dah masuk kategori warga emas pun tak tau apatah lagi kami yang muda belia ini.

Ini RENDANG AYAM (pic from google)


Ini pulak AYAM RENDANG (pic from google)

Jadi anda-anda yang bakal jadi warga utara, kalau tak mau kena gelak boleh la belajar siap-siap ok?

Jan 18, 2012

Kenapa jadi begini?

Assalamualaikum..

Bila baca entri terbaru cikgu ma, aku rasa beban aku makin bertambah. Bila tengok gambar dan cerita-cerita pasal gejala yang tak sudah-sudah, rasa macam nak botak je kepala. Bila setiap hari orang call pasal anak dia dah mengandung anak luar nikah, rasa macam kepala otak ni dah tak boleh nak terima dah. Stress.

Sedih.

Kecewa.

Makin lama makin menjadi-jadi seolah-olah macam tak ada pendekatan untuk membendung gejala sosial dikalangan remaja masa kini. Padahal berlambak kot. Tapi kenapa nampak macam tak berkurang malah makin teruk? Tolong jawab sat..

Kadang-kadang aku dengar jugak perkataan fedup dari warden. Aku sendiri pun terkadang mengungkit jugak apabila seseorang pelatih tak berubah even dah dibimbing selama 13 bulan disini. Aku cakap kat ibu, sia-sia ja dia duduk sini.

Lalu ibu tegur aku. Dia kata kita tak boleh fikir macam tu. Dorang tu semua amanah kita. Bila kita ni buat kerja dakwah kita  tak boleh mengungkit dan merungut, nanti lagi sia-sia usaha kita. Penat saja tapi satu pahala pun tak ada. Kena ingat yang Allah takkan tanya berapa orang dah yang berjaya berubah tapi dia tanya apa yang dah kita buat. Dorang berubah atau tak, itu bukan kerja kita. Yang penting kita ikhlas. Dan jangan lupa, bila kita buat kerja-kerja macam ni, dugaan dan cabaran dah tentu terbentang depan kita.

Satu lagi ibu kata kita beruntung sebab Allah pilih kita di jalan ni. Bukan semua orang boleh buat. Bukan semua orang mampu. Jadi kita kena buktikan dan teruskan usaha ini. Korang semua kena ingat tau, walaupun tak semua orang mampu, tapi hal-hal macam ni adalah tanggungjawab semua. Kami jalankan tanggungjawab kami, masyarakat pun jangan lupa bagi sokongan sebagai tanggungjawab bersama.

Tolong doakan ye!

p/s - kalau nak tahu lebih lanjut tentang program ni, boleh tanya saya.

Jan 17, 2012

Fon genggam dan pulsa.

Assalamualaikum..

Tajuk sikit punya klasik lagi dewan bahasa dan pustaka serta keindonesiaan..haha.

Pulsa tu kad topup kot orang indonesia panggil. Masa program dengan orang Acheh dulu, bila nampak muka aku saja dorang panggil.. "Mbak Hana mana pulsanya.." Fon genggaam tu handphone la menurut bahasa A Samad Said.

Nasib baik aku faham jugak sikit-sikit bahasa asing tu sebab adik aku ada belajar kat Medan. Macam kawan aku hampeh tak tahu, boleh dia jawab 'tak' bila ada peserta tanya kereta tu pergi bandara ke tak. Dia ingat bandara tu bandaraya, padahal airport. Orang sebut nombor hape, dia kata nombor happy. Aduh..

Berbalik kepada tajuk asal, seingat ingatan aku start pakai handphone tahun 2002 masa study kat UiTM dulu. Masa tu Nokia 3310 la paling glemer. Sapa boleh pakai tu kira hebat dah la kot. Ceh. Time tu tak meluas sangat penggunaan fon genggam ni dikalangan budak kampung macam aku. Budak-budak KL ramai la yg pakai. Kami guna public phone saja kalau nak call mak abah. Rumah pun sepelaung ja.

Kad sim starter pack mana nak dapat bawah RM10 masa tu. Kalau sapa pakai Maxis memang bangga kot sebab starter pack dia saja dah RM200 lebih. Nak murah sikit kena pakai Celcom la. Topup tu kau tak payah la nak cari RM5 ke, RM10 ke, mana dapat..Paling murah RM50. Maxis pulak RM60. Lepas tu dah lama sikit baru Maxis buat topup RM30 dan offer stater pack murah, RM68. Aku pun apa lagi beli la..Tapi time tu kalau beli topup RM50 dapat harga RM47.

Sebab dah mahal, masalah kawan asyik tukar nombor pun tak timbul macam sekarang ni. Bila clash je tukar nombor baru. Bila bergaduh je tukar nombor telefon. Bila nak kenakan orang, beli nombor baru. Kalau nak uji boyafren sanggup beli yang baru konon nak tengok pakwe/makwe nya melayan atau tak. Almaklum la murah..Dulu sanggup je orang jual kad sim tu kalau dah beli kad lain. Sekarang ni campak je kalau dah taknak.

Time tu jarang sangat nak call orang pakai handphone. Mesej je. Mesej pun mahal, RM0.20 per sms. Nak mesej pun berkira. Kalau Celcom ke Celcom ok, tapi kalau ke Maxis sorry la. Macam tu jugak pengguna Maxis. Terpaksa sangat la baru mesej. Call lagi la mahal. Lagi jimat guna public phone. So kalau nak call, baru la rasa betapa bergunanya public phone kat tengah blok tu. Kalau tak, lalu nak pegi dewan makan buat nampak tak nampak je dia.

Masa tu jugak suka main missed call missed call. Pantang dapat nombor tak dikenali, terus ambik handphone kawan buat missed call balik. Lepas tu nombor tu merebak ke seluruh blok sampai kan kawan aku bertemu jodoh melalui tu. Alhamdulillah. Satu lagi suka buat panggilan 2 saat. Call dan cakap cepat-cepat, "nak makan tak?" lepas tu letak. Nanti kawan call balik jawab "nak" cepat-cepat jugak letak. Kes nak jimat punya pasal. Free je. Hehe..

Tapi sekarang ni dah tak kisah. Call je apa susah sebab rate dah murah. SMS ni jarang-jarang nak layan dah sebab takut tak sampai maklumat nanti payah. Kalau terdesak sangat saja baru nak SMS tu pun minta orang tu call baliklah. Handphone pun semakin canggih, bukan setakat dengar suara ja, tengok muka pun boleh dah..Macam-macam da...

Siapa yang pernah ada pengalaman macam ni? Meh la share...

p/s - handphone mahal tapi takde kredit pun tak guna jugak.

Jan 16, 2012

Mati itu pasti..bersediakah anda?

Tahu tak kebaikan dapat suami yang tidur berdengkur? Kebaikannya ialah bila kita terjaga tengah malam dan dengar dengkuran halus atau kasar itu, kita tahu yang suami kita masih bernafas!

Ada beberapa kali terjadi bila aku terjaga tengah malam, suasana sunyi tanpa dengkuran halus suami. Aku letak tapak tangan di belakang badan suami sebab dia membelakangkan aku. Tiada pergerakan. Berdebar jantung aku, rasanya kalau lampu terpasang mesti nampak muka aku yang pucat . Takut yang amat. Aku panggil dia sambil goncang badan. 5 saat lepas dia alih badan dan menyahut .. "hmmmm...."

Alhamdulillah.

Sungguh aku tak sanggup kehilangan dia dengan cara tu. Bukan saja suami, tapi mak dan abah juga. Setiap hari aku berdoa, jangan la Allah ambil mereka secara mengejut macam tu. Takut dan tak tertanggung oleh diri ini.

Tapi kita semua maklum yang mati itu pasti. Itu janji Allah pada kita kerana kita semua hak Allah jadi kita perlu bersedia untuk menghadapinya. Kita tak tahu antara kita, siapa yang akan di panggil dulu. Muda atau tua tidak dikira.



Oleh itu hendak atau tidak, kita perlu bersedia untuk kehilangan insan-insan kesayangan apabila panggilan itu sudah sampai dan jangan lupa untuk beramal sebagai bekalan di alam sana. Masa itu pasti tiba.

Jan 13, 2012

Orang yang banyak nama panggilan @samaran aka glemer

Assalamualaikum..

Pernah tak korang jumpa orang yang ada banyak nama panggilan? Tak pernah? Haaa sekarang korang mesti dah jumpa sebab aku la orang tu. bangga

Berikut dimaklumkan nama-nama aku
  1. Kakak
  2. Yana
  3. Nana
  4. Angah/Kak Ngah
  5. Faz
  6. Hana
  7. Ana
Sampai tujuh??? Aku baru sedaq ni bila buat senarai kat sini. Awat la nama panggilan banyak sangat. Hishh..

Kakak tu panggilan family, Yana tu orang kampung dan kawan-kawan sekampung dengannya yang guna. Family pun ada jugak. Nana tu pilihan kawan sekolah teknik dan keluarga mertua. Angah pulak terpilih untuk kawan-kawan kolej dan tempat keja sekarang. Faz tu kawan lama aku punya bini yg bagi. Hana ni based on nama Fazhana, dipendekkan jadi hana..Ana pun sama tapi makcik-makcik or client yang call, bila sebut nama Fazhana dorang terus panggil Ana.

Setakat ni nama yang serasi pastinya Yana dan Angah selain kakak. Nana tu memang khusus untuk kawan sekolah teknik saja. Bila aku kawen, family belah suami pun panggil Nana sebab aku dengan incik suami tu sekelas masa sekolah teknik. Haha. Korang baru tau ka aku kawen ngan classmate?

Yang jadi banyak tu sebab orang lain yang pandai-pandai bagi nama tambahan kat aku. Tapi biar la sebab kadang-kadang aku fedup bila orang salah sebut nama betul aku...Puan apa tadi? Faziana? Fauzana? Fazlina? Farhana? Tettt..salah, tolak markah. Perlu ke aku eja nama aku? Hishhh..Sebut betul-betul....
FAZHANA !

Jadi apa nama panggilan korang? Banyak tak? Hmmm..



terima kasih sudi baca ^^


Jan 12, 2012

Yang indah...

Assalamualaikum

 
Sesungguhnya Allah itu indah dan sukakan keindahan. Maka sesiapa yang cintakan keindahan itu secara tidak sedar dia sebenarnya mencintai Allah.

Jan 11, 2012

Jan 10, 2012

Azam Tahun Baru 2012

Assalamualaikum..

Nak bercerita pasal azam tahun baru padahal hari ni dah 10 jan 2012 pun. Macam biasa kalau bab nak buat entri pasal sambutan perayaan atau tahun baru mesti aku lambat (kadang-kadang takde pun).

Tahun ni aku nak jadi pekerja yang rajin lagi berdedikasi
*rajin la sangat kan, padahal time kerja dok update blog. cait..

Nak jadi hamba Allah yang lebih bersyukur dan lebih taat. Insyaallah.

Mungkin aku nak jadi seorang ibu? Amin ya rab. Tolong doakan. Nak juga jadi isteri yang solehah. ^__^ selama ni tak solehah kot?

Nak jadi kaya. Bila kaya boleh la ikut anak wak mail pegi Krabi. Ngeh ngeh..boleh tak Rifhan?

Mudahan-mudahan dapat kerja area utara. Lagi best kalau dapat gomen. Boleh la mintak tukar sesuka hari.

Nak jadi blogger yang tegar, dan dapat duit iklan yang banyak (phuiii..ni bukan azam, angan-angan kosong. jangan percaya)

*********

Itu je kot yang terlintas kat kepala otak. Sebenarnya tak payah tunggu tahun baru pun memang aku nak semua yang di atas. Saja je gatal nak kata tu azam tahun baru. Ceh. 

Moga segala yang diimpikan akan menjadi kenyataan. Amin. Aku doakan Allah permudahkan urusan anda-anda yang baca blog ni. Terima kasih.

terima kasih sudi baca ^^

Kalau hari-hari cuti kan best?

Assalamualaikum..

Kembali ke KL setelah puas bercuti di kampung. Puas ke? Tak langsung. Kalau hari-hari cuti kan best?

Masuk pejabat balik setelah puas berjalan-jalan. Puas ke? Tak langsung. Kalau hari-hari cuti kan best?

Mengadap kerja yang tak pernah habis setelah puas berborak-borak dengan sedara mara di kampung. Puas ke? Tak langsung. Kalau hari-hari cuti kan best?

Hmmm..

Kalau hari-hari cuti maknanya jadi suri rumah la. Bila dah jadi suri rumah mula la bosan pulak sebab duduk kat rumah sorang-sorang. Masa tu mesti fikir, kalau kerja takde la boring sangat.

Macam tu la manusia. Mana pernah puas dengan apa yang ada.
Bila panas, mintak hujan. Bila hari hujan, mengeluh pula.

Bila takda kerja boring tak tahu nak buat apa. Bila dah banyak kerja, malas pula nak buat.
(aku la tu T___T )

Astaghfirullah.. Moga kita jadi hamba yang bersyukur.

terima kasih sudi baca ^^

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya